Mac 25, 2009

Hishamuddin Terdesak Guna Najib Raih Simpati Perwakilan…


Salam Bloggers!
Menelusuri buah-buah awal Najib ketika merasmikan persidangan bagi tiga sayap parti semalam jelas seolah-olah memberi isyarat bahawa perwakilan jangan mengabaikan sepupunya yang turut bertanding tetapi teruk dilanda kontroversi semasa. Apabila NAJIB menyentuh tentang perlaksanaan PPSMI secara khusus, hakikatnya dia telah meminta kepada perwakilan agar terus memberikan undi kepada satu-satunya pewaris Tun Hussein Onn dalam politik Malaysia agar dapat terus menjadi ahli kabinetnya selepas 7 April 2009.
Apa rasional NAJIB meminta perwakilan supaya tidak membangkitkan lagi isu PPSMI ini dalam perhimpunan sebuah parti Melayu yang unggul sedangkan itu hak para perwakilan yang diberi mandate untuk berhujjah isu-isu berkaitan ‘kemelayuan’?
Apakah NAJIB sudah lupa bahawa beliau akan menjadi pemimpin tertinggi sebuah parti Melayu dalam masa yang menggesa ahli-ahlinya supaya tidak bercakap tentang perkara yang berkaitan Melayu. Adakah pengaruh Mahathirisme sudah mula meresap dirinya semula? Apakah dia juga turut takut kepada Tun Dr.mahathir yang akan diterima menjadi ahli UMNO semula selepas pengesahan tentang ‘hapus kira’ Pak Lah sebagai Presiden UMNO beberapa jam sahaja lagi? Mahathir yang puas dengan tindakannya ternyata masih mempunyai pengaruh yang kuat kepada UMNO walaupun dia bukan ahli UMNO semasa. Peraturan yang mana yang akan digunapakai untuk menerima semula keahlian Mahathir selepas ini? Mungkinkah kerana Mahathir kastanya tinggi maka tidak menjadi masalah untuk mengguna mana-mana peraturan untuk mengiktiraf semula keahiannya dalam UMNO selepas ini? Kita tunggu dan lihat sahaja…

Berbalik semula kepada Hishamuddin yang khabarnya agak terkejut dengan fitnah dan tohmahan yang diterima beliau sepanjang kempen jawatan Naib Presiden berjalan, ternyata beliau agak gusar dan tentunya dalam keadaan ini akan menyerahkan kepada Allah untuk menentukan takdir politiknya selepas ini sekiranya gagal untuk memenangi jawatan kali ini. Seorang sahabat pernah menyatakan kepada saya, gunakan pendekatan TEGAS DALAM LEMBUT & BUKANNYA LEMBUT DALAM TEGAS sekiranya hendak bertahan dalam situasi politik Malaysia yang semakin cerdik ini. Kepada pemimpin sezaman dengan Hishamuddin tentunya mereka menyedari bahawa umum sudah bijak mentafsir langkah dan bicara seseorang pemimpin. Kepada pemimpin era sebelumnya, jangan anggap semua orang masih di takuk pemikiran yang kuno dalam berpolitik khususnya politik UMNO ini.
Apapun, yang benarnya, perwakilan yang berkuasa penuh dalam tiga hari ini, jadi kepada para perwakilan yang sempat membaca atau rakan-rakan perwakilian yang suka berblog…ingatlah pesanan, pilihan untuk ‘mengharamjadahkan diri’ atau ‘menunaikan amanah dengan baik’ terserah kepada diri anda sendiri. Jadilah perwakilan yang terbaik dan jangan sia-siakan peluru dan pistol yang anda milki untuk menembak mana-mana perasuah atau bapak segala haramjadah yang ada bertanding dalam pemilihan kali ini. Ingat, jika ada dalam kalangan perasuah dan bapak segala haramjadah ini naik sebagai pemimpin yang dinobatkan anda, maka jangan sesekali salahkan orang lain seperti ANWAR sebagaimana yang Tengku Adnan buat dua tiga hari sebelum ini. Ini kerana, kuasa di tangan anda! Fikirlah sendiri!
Thx!

1 ulasan:

Sam berkata...

Salam Tuan.
Itulah saya selalu berkeyakinan, Kekuatan serta kehebatan PR sekarang wujud kerana umno terlalu lemah dan mengabaikan kepentingan melayu. Pemimpin asyik nakkan ahli ikut telunjuk sahaja tanpa perlu cuba pemikiran baru. Kepimpinan DS Najib belum teruji lagi keampuhannya, kita tunggu dan lihat saja nanti ada ummpp atau tidak.

Hishamudin perlu ubah cara kepimpinannya untuk terus releven, dia bernasib baik berjaya kerana dibantu dengan hubungan kekeluargaan dengan DS Najib. Harap dia tidak mengulangi kesilapan besar yang meminta maaf kerana menjulang keris pusaka lambang umno atau tak tau lah pula saya sekiranya lambang umno nak di ubah pula.