Mac 24, 2009

Pesanan Ikhlas Buat Para Perwakilan UMNO...

Salam Bloggers!

Hari ini sudah mula berduyun-duyun dibanjiri PWTC dan hotel-hotel sekitarnya dengan ribuan Perwakilan dan Pemerhati Perhimpunan Agung UMNO dari seluruh negara termasuk Sabah. Jadi di kesempatan ini saya ingin memberikan pesanan ikhlas khususnya kepada semua perwakilan yang terlibat agar dapat mengambil pengajaran dari apa yang bakal saya tuliskan ini.

UMNO sebuah parti unggul tunjang ketuanan Melayu dan terbukti ia berdiri kukuh selama ini tetapi perkembangan dalam sedekad telah merubah segala yang kukuh yang pernah dimartabatkan sebelum ini.

Bukan salah Pak Lah andai UMNO lemah sekarang dan bukan quwwah Mahathir jika UMNO pernah gah di persada politik negara dulu.Ini bukan masa untuk membandingkan siapa yang bagus dan siapa pula yang sebaliknya.Ini bukan masa untuk meneruskan kesinambungan fitnah dan surat layang untuk menjatuhkan orang lain. Ini bukan masa untuk mengambil ribuan ringgit habuan dan 'garam' dengan 'surat tauliah' yang dimilki.

Inilah masanya untuk UMNO berubah, inilah masanya untuk UMNO bangun semula, inilah masanya untuk UMNO membersihkan dan menyamak 'najis mughalazoh' yang melekat di badannya. Inilah masanya untuk membuktikan kepada dunia bahawa UMNO juga sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai terasnya. Inilah masanya untuk UMNO memilih pemimpin yang terbaik untuk memacu keperkasaan UMNO dalam tempoh tiga tahun lagi khususnya menjelang PRU akan datang.

Andainya gagal, UMNO akan terus dilanda krisis kepercayaan dan tak mustahil akan gugur pemimpin yang memang bersih dan akan naik pemimpin hebat denan kuasa duit. Maka kepada para perwakilan, saya titipkan pesanan ini kerana apa jua yang berlaku maka andalah yang akan dipertanggungjawabkan atas segala yang akan berlaku nanti.

Anda sendiri yang akan membuat pilihan sama ada anda layak dipanggil PERWAKILAN YANG BERAMANAH & MENUNAIKAN AMANAH DENGAN CARA TERBAIK atau anda paling layak dipanggil PERWAKILAN HARAMJADAH dan CELAKA serta PEROSAK KETUANAN BANGSA? Pilihlah sendiri...

UMNO hanya akan kuat semula jika ia bersih dan suci seluruhnya dari pengaruh 'alkohol' seperti ini.

Sekian terima kasih...Jumpa di PWTC!

THX!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam UMNO tiada siapa yg layak lg untuk jadi PM, juga mereka yang menganggotai kabinet. Tak tahulah apa akan jadi pada Malaysia yang mula tidak keruan disegala sudut ni.

In UMNO no one seems capable to become the next PM, also those who are the cabinet ministers. Do not know what is going to happen next in Malaysia at every angles.

PPMSI wajar dihapuskan segera/
PPMSI should be dissolved immediately

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan.

Kita kena beri kepercayaan dan keyakinan kepada para perwakilan untuk buat pilehan kerana mereka telah di beri tauliah pada peringkat bahagian. Kekuatan dan kelemahan pemimpin umno akan datang bergantong kepada perwakilan, kini mereka ada pistol dan peluru maka terpulanglah burung mana yang hendak di tembak jatuh demi survival melayu kita..