Julai 31, 2009

Nyala Lilin HARAM!!!! Letak Kalungan Bunga HALAL???

Salam Bloggers!



Inilah yang selalu saya katakan 'senjata makan tuan'. Isu 'hangat' yang cuba dimainkan media BN dua tiga minggu ini ternyata telah memakan diri secara total kerana hingga ke saat ini tiada dari mana-mana mufti tua atau muda yang mempersoalkan laporan palsu ini atau kelakuan 'syirik' ini secara 'adhock' sama ada untuk menegur atau menasihat IMAM BESAR Satu MALAYSIA. Mungkin kerana sudah lama difatwakan seperti yang berikut :-

1) Fatwa Mufti Pulau Pinang - Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

2) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

3) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.


Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.


Namun begitu saya yakin, yakin dan yakin sangat apa jua yang IMAM BESAR Satu Malaysia lakukan hari ini tidak akan difatwakan sebagai haram atau syirik kerana mana mungkin ahli UMNO boleh berpemimpinkan seorang yang syirik amalannya dan khurafat kepercayaannya. Saya juga terpaksa 'meyakinkan' diri saya bahawa orang yang meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara hari ini sebenarnya bukan NAJIB tetapi mungkin orang lain yang menyamar...Hahaha!

Mana suara keramat 'MUFTI TUA' yang diagungkan ahli UMNO yang bijaksana? Mana suara MB KUDETA ZAMBRI MANDELA yang lantang mempertikaikan isu LILIN TIGA KUPANG yang dipegang oleh MB NIZAR? Mana suara JAMIL KHIR Menteri Agama dan Timbalannya nan ayu itu? Keluarkan fatwa anda!!!! Mana JAKUN??? Opps...JAKIM???? Memang anda semua hanya tahu menjaga perut agar tak terlepas imbuhan dan elaun perkhidmatan. Kebenaran mesti 'disembunyikan' kerana bukan semua ahli UMNO bijak laksana. Ahli UMNO memang akan terima apa sahaja perbuatan 'agung' oleh pemimpin yang mereka pilih. Syabas dan TAHNIAH wahai ahli-ahli UMNO yang hebat kerana terus mempertahankan ISLAM sebagai Ad-Diin mereka. Saya cabar pro UMNO yang tahap tinggi ilmu agamanya untuk berhujah tentang hukum meletak kalungan bungan ini. Mana tahu ada hujah atau kekhilafan yang mengharuskan perbuatan seperti itu dibuat 'HANYA' oleh pemimpin tertinggi sahaja. Kita tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

THX!

p/s: Elok sangat... Mahathir 'perketat', Pak Lah bagi 'perlonggar', Najib 'perlucut'...UMNO??? Pengecut!!!!! DEMI BUMIPUTERA NAJIB SANGGUP LAKUKAN SEGALANYA.... DEMI NAJIB AHLI UMNO SANGGUP TELAN SEGALANYA...

PRK Pulak!!!! UMNO Dah Ready Ke???

Salam Bloggers!

Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada kaum kerabat Allahyarham YB Mohd Hamdan Abdul Rahman Adun Permatang Pasir yang dijemput Allah awal pagi tadi kerana Komplikasi Jantung di IJN Kuala Lumpur. Semoga Ar-Ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Sudah tentu UMNO akan bertanding kerana kerusi ini kosong mengikut 'perlembagaan'. Sesungguhnya perancangan Allah Maha Hebat untuk ditunjukkan kepada umat. Lagi UMNO tak mahu siri pilihanraya selagi itulah bayangan pilihanraya terus mengekori langkah ngeri UMNO. Kepada TPM yang 'pandai cerdik' itu, janganlah buat seperti apa yang telah dibuat di Manek Urai..Kelak, kemenangan moral yang dicanangkan seantero dunia hanya tingga sejarah semata-mata.

Kepada petugas-petugas pilihanraya dari semua parti yang bakal bertanding. Inilah masanya untuk membuktikan keutuhan sokongan pengundi atau rakyat kepada parti masing-masing. Apakah UMNO akan merampas kembali kerusi ini atau terus menangis untuk sekian kalinya. Kita tunggu sahaja apa bala atau laba yang bakal dimiliki oleh pengundi-pengundi kawasan ini. Apa pula fitnah yang akan diribut-taufankan dalam kempen kali ini? Semuanya pasti menjanjikan 'drama' yang menarik. Kita tunggu dan tunggu!!!

THX!

p/s: UMNO!!!! Ini masa untuk berubah! Kalau tak nak juga, pasti luka dalam makin parah!

Julai 29, 2009

Sabar Menanti Pengeluaran Sijil Halal Dari Seorang Mufti Perut...


Salam Bloggers!

Saya pernah menulis tentang perihal seorang MUFTI yang lebih menjaga PERUTnya sehinggakan mendapat kutukan terhebat secara khusus dari seorang bloggers yang hebat caci dan makiannya namun begitu setelah saya jelaskan secara lembut dan insya Allah dia mula faham dan menerima penjelasan saya.

Maka apabila MB Nizar 'mencetuskan' kontroversi dengan lilin sebagai aktor utamanya maka berduyun-duyun manusia sama ada yang bodoh agama mahupun yang cerdik agama mengeluarkan fatwa termasuklah seorang mufti yang semakin tua tetapi masih digemari oleh Paduka Rajanya untuk membaca doa dalam majlis yang melibatkan rajanya. Biasalah kalau di Malaysia, sebenarnya taraf mufti hanyalah sekadar seorang pembaca doa dalam majlis raja sahaja. (Siapa yang boleh nafikan?)

Akan tetapi bila laporan ini dan ini dan juga ini dan ini dikeluarkan oleh blog-blog penyokong pembangkang maka setia dinanti akan keluarnya satu SIJIL HALAL atau HARAM dari seorang Mufti Tua yang 'paling dihormati' ummah di Malaysia.

Saya ingin menarik perhatian kepada semua yang rajin mengunjungi laman blog saya ini tentang pengeluaran gambar halal yang melibatkan PM Najib dan Isteri dalam satu majlis yang melibatkan panganut agama lain seperti yang tertera di gambar hiasan ini untuk membuat pentafsiran tentang fatwa atau hukum yang terbaik bagi 'menghalalkan' perbuatan PM Najib@BIJAN bersama Bik Rosmah ini. Adakah hukumnya haram? atau hukumnya diharuskan kerana ia menepati konsep kepercayaan SATU MALAYSIA anutan NAJIB@BIJAN dan isteri tersayangnya?


Tunggu sahaja komen berapi dari bloggers pro dan kontra blog ini.

THX!

p/s: UMNO masih tak sedar diri bila suka menggunakan senjata menyerang musuh politik yang mana kerapkali senjatanya itu makan tuan kembali...Renungkanlah...

Julai 21, 2009

BN Kalah Lagi Di Manek Urai!!! Kenapa UMNO Masih Tak Sedar Diri???!!!

Salam Bloggers!

Malam ini secara tak sengaja saya telah terbaca satu tulisan yang menarik untuk dikongsikan khususnya kepada Pimpinan UMNO yang masih tak berubah-ubah dan tak sedar diri untuk menawan hati rakyat secara total. Mungkin ramai dalam kalangan ahli UMNO yang masih tidak sedarkan diri mereka yang lebih banyak diperbodohkan oleh tingkah pemimpin kesayangan mereka yang terus mengaut untung dari polemik politik Malaysia. Pandangan yang cukup ikhlas dari seorang penulis berdarah UMNO yang pada pendapat saya menegur UMNO dengan cara yang lebih terbuka kerana memikirkan kelangsungan kuasa ketuanan UMNO yang semakin goyah hari demi hari. Tulisan ini saya kutip dari sebuah akhbar kerajaan. Sama-sama kita baca dan hayati teguran khususnya kepada ahli-ahli UMNO yang berkepentingan dalam 'memperjuangkan' politik bangsa 'MELAYU' (tak tahu MELAYU mana yang diperjuangkan...kena tanya Presiden GPMS)

Kutip pengajaran dari Manek Urai

Oleh DUSUKI AHMAD

SEPERTI dijangka, Pas terus mengekalkan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. Pilihan raya kecil Selasa lalu membuktikan jangkaan itu. Pas terus menguasai Manek Urai.

Bagaimanapun kemenangan Pas itu bukan kerana parti itu kuat atau disebabkan kelemahan UMNO dan Barisan Nasional. Sebenarnya kemenangan Pas di situ kerana majoriti pengundi di Kelantan tidak merasa apa-apa kerugian di bawah pentadbiran Pas.

Mereka tidak merasa sebarang kesusahan dan kesulitan. Rutin harian mereka selesa dan tidak ada perbezaan langsung dengan rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh BN.

Seorang penceramah Pas melontarkan soalan: "Apakah rakyat Kelantan hari ini miskin kerana sokong Pas? Adakah anak-anak muda Kelantan merantau kerana kelaparan di negeri sendiri?"

Bagi penulis, kekalahan BN dengan majoriti nipis itu amat luar biasa dan mengejutkan. Ia boleh dianggap sebagai kekalahan dalam kemenangan.

Seorang pekerja UMNO dan Rancangan Tanah Kampung Peria memberitahu secara sinis: "Jika UMNO Kelantan hendak menang, mesti lakukan dua perkara. Pertama, jangan calonkan orang muda yang cerdik dan berkelulusan. Cari penjual roti atau aiskrim atau yang kerja menjaja di sekeliling kampung. Mungkin calon-calon daripada golongan ini lebih mudah menang.

"Kedua, tawarkan projek semewah mungkin kepada Kelantan sehingga rakyat merasa mereka lebih maju dari negeri lain. Dan projek itu mesti dilaksanakan oleh UMNO."

Dia mungkin sinis dengan kenyataan itu tetapi mempunyai andaian sendiri. Katanya, selagi majoriti pengundi Kelantan tidak merasa rugi di bawah Pas, mereka akan terus sokong Pas. Kelompok itu hanya akan menyokong UMNO apabila mula merasa mereka tidak mendapat apa-apa di bawah Pas.

Namun sekarang mereka tidak merasa begitu kerana semua hajat dan keperluan mereka dipenuhi oleh kerajaan pusat walaupun Kelantan diperintah oleh Pas. Jadi mereka tidak merasa dipinggirkan walaupun telah memilih Pas. Jadi kenapa perlu mengundi BN?

Kenyataan beliau ada logiknya. Sejak sekian lama, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bertukar ganti. Mereka melakukan pelbagai strategi termasuk membawa pembangunan. Namun sehingga kini belum berjaya memujuk pengundi Pas untuk berpaling kepada UMNO. Puncanya, kerana mereka merasakan usaha pembangunan itu dibuat oleh Pas dan bukannya UMNO.

Nelayan, petani, pekebun dan peneroka masih terus mendapat bantuan kerajaan. Mereka mendapat pelbagai subsidi. Ia turut dinikmati oleh golongan yang enggan mengundi UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO sewaktu berkempen sering berkata, rakyat Kelantan mundur, miskin dan terkebelakang.

Namun sebenarnya itu tidak betul. Ia disangkal sendiri oleh rakyat. Bahkan orang luar yang datang ke Kelantan juga dapat merasakan bahawa negeri itu tidak mundur atau ketinggalan.

Semua kemudahan ada di negeri itu. Kemudahan asas dari Tumpat hingga ke Guaa Musang lengkap. Jalan raya, elektrik, air bersih dan sebagainya disediakan oleh kerajaan pusat. Begitu juga dengan sekolah, masjid, madrasah dan dewan orang ramai. Malah pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta pun ada di Kelantan.

Sejak Pas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 1990, beberapa jambatan telah dibina merentangi Sungai Kelantan. Jalan-jalan raya juga diperbesarkan. Jalan-jalan kampung sudah ditar.

Semua itu dibina melalui peruntukan kewangan kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan. Tetapi mereka yang mengundi Pas tidak tahu semua itu. Yang mereka tahu ialah pembangunan tersebut hadir sewaktu Pas memerintah. Maka tidak salah sekiranya mereka menyangka ia dibuat oleh Pas.

Walaupun rakyat Kelantan menolak BN tetapi mereka tidak diketepikan. Maka tentunya mereka tidak perlu menyokong BN hanya untuk mendapat bantuan.

Memetik kata-kata seorang pemimpin Pas: "Adik kakak jangan runsing dan gelabah tentang pembangunan, kerana orang UMNO ada kepentingan dengan pembangunan itu. Ketua-ketua mereka akan buat permohonan dengan menteri-menteri di Kuala Lumpur. Mereka akan mendesak kerana mereka ada kepentingan dengan projek-projek itu.

"Mereka adalah kontraktor dan ahli perniagaan. Jika tidak pun mereka akan beroleh komisen daripada projek itu."


Tidak tahu benar atau tidak kenyataan itu tetapi itulah yang dipegang oleh pengundi Kelantan yang mengundi Pas.

Walaupun isu-isu yang disumbat ke dalam telinga orang ramai itu kebanyakannya fitnah belaka, tetapi ia sudah menjadi persepsi rakyat.

Andainya semua pihak merasai selesa berpayung di negeri yang kalah maka UMNO negeri Kelantan akan kalah selama-lamanya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah beberapa kali membuat seruan kepada pemimpin peringkat kebangsaan yang terdiri daripada anggota tertinggi UMNO supaya turun ke akar umbi.

Rakyat kini mengukur UMNO berpaksikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri kerana para pemimpin bawahan inilah yang berada bersama rakyat setiap masa.

Maka sebagai persiapan untuk pilihan raya akan datang, biarlah rakyat merasai dan menyedari mereka berada di negeri pembangkang. Pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan juga harus insaf bahawa mereka adalah pemimpin dari negeri yang kalah.

PENULIS ialah Pengerusi Amanah Raya Berhad.

p/s: Benarkah kenyataan bahawa lagi baik satu-satu negeri dipegang pakatan pembangkang kerana ia akan mendapat lebih perhatian dalam semua segi.... Lihatlah Perlis, negeri kecil tetapi ramai puak...terkonteng-konteng kerana ada yang masih mabuk kuasa dan sanggup menikan kawan hanya kerana berebut tanah sekangkang kera....renungkanlah wahai ahli UMNO!

Julai 14, 2009

Malaysiakini....Janganlah Buat Laporan Macam Ni!!! UMNO kan sudah berubah!!!

Salam Bloggers!

Mana betul LAPORAN TIPU ini dan LAPORAN TIPU ini. UMNO kan sudah berubah, jadi mana boleh hal ini berlaku lagi dan dilaporkan pula oleh gergasi media Internet di Malaysia.

Benarkah dakwaan oleh sesetengah pemimpin UMNO Kuala Krai bahawa duit tersebut merupakan duit yang hendak diagihkan kepada 'petugas-petugas' parti? Apapun saya tetap mengganggap 'laporan' Malaysiakini ini satu yang 'palsu' kerana mana boleh sebuah parti yang 'kuat' dan 'teguh' sokongan di seluruh 'Malaysia' melakukan perbuatan 'mulia' ini.

Kepada pimpinan UMNO yang sedar, buatlah apa yang patut, sama ada hendak mengaku atau menafikan apa yang dilaporkan oleh 'laporan palsu' ini. Kalau ia benar-benar palsu maka UMNO 'tetap benar'.. Hahahaha!

p/s: Jambatan Emas Jambatan Bosi...Ada juga TPM macam ni...

Julai 10, 2009

Sayang....Rupanya UMNO Masih Tak Berubah? Part III

Salam Bloggers!

Walaupun jutaan nafian dibuat namun siapa dapat menyatakan UMNO sudah berubah? Lihat satu lagi laporan tipu ini jika anda rasakan UMNO telah berubah di bawah kepimpinan PM 'Satu Malaysia'.

Balaci-balaci UMNO sememangnya teguh mempertahankan setiap tindakan yang akan, sedang atau telah dilaksanakan oleh pemimpin mereka satu-persatu walaupun ada dalam kalangan mereka langsung tak faham apa yang dipertahankan mereka hanya mengikut kuat jeritan 'menyokong' semata-mata. Lihatlah kepada pemansuhan PPSMI pada 2012 oleh TPM semalam, ramai yang bertanyakan rasional untuk apa ia dimansuhkan pada 2012 sedangkan pelbagai laporan dan kajian menunjukkan ia gagal dilaksanakan atas faktor yang tertentu. Kenapa tidak dimansuhkan selewat-lewatnya tahun 2010? Kenapa mesti ada lagi murid dan pelajar di Tahun Satu dan Tingkatan Satu tahun hadapan dan dua tahun ke depan 'menanggung siksa' pelaksanaan idea 'hebat' seorang mantan PM yang nampaknya agak terkejut dengan keputusan kabinet memansuhkan PPSMI ini. Saya ada meyaksikan rakaman ucapan TPM TS Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkenaan pemansuhan PPSMI. Apa yang menarik cara beliau berucap seolah-olah PPSMI telah dimansuhkan serta-merta sedangkan harus diingati masih ada tiga tahun lagi 'peluang' untuk para kontraktor mengaut segala keuntungan dari 'kecerdikan' orang-orang politik mengaut khazanah dan wang rakyat dengan rakus. Adakah ini menunjukkan UMNO telah berubah?

Dalam masa yang sama, penyokong TDM dalam blognya telah mengundi menenang pemansuhan PPSMI dengan bersungguh dan ini telah membuka ruang kepada TDM untuk bingkas menghentam semula kegoyahan UMNO dalam menangani isu-isu panas dan jika kita baca 'laporan tipu' ini maka umum sudah mengetahui mungkinkah ini satu lagi peperangan yang akan tercetus untuk memuktamadkan hayat UMNO selepas ini. TDM secara terang-terangan membidas PM 'Satu Malaysia' yang dilihat banyak melakukan pembaharuan 'negatif' berbanding positif. Apakah penyokong setia TDM yang ada di Manek Urai akan mengundi PAS sebagai protes kepada keputusan kerajaan BN/UMNO dalam beberapa perkara yang dilihat sebagai 'cuba menjolok sarang tebuan'. Apapun kita tunggu sahaja apa keputusan rakyat Kelantan khususnya di Manek Urai yang sudah tentu 'akan termakan' segala hasutan jahat dari PAS dan sekutunya serta 'terpengaruh' dengan hamburan 'MEE SEGERA' sepanjang tempoh kempen berjalan. Adakah nasib malang UMNO/BN akan berakhir di Manek Urai? atau mungkinkah ia menjadi satu lagi penanda bahawa UMNO/BN sudah 'mahateruk' sedahsyat penangan pendermik 'SELSEMA BABI H1N1'? Kita tunggu.....

p/s: Apa pula komen Pengarah Indah Water dalam ulasan kali ini...Aku tunggu....

Julai 05, 2009

Sayang....Rupanya UMNO Masih Tak Berubah? Part II

Salam Bloggers!

Sayang sekali bila menilai perwatakan UMNO yang kononnya mahu dilihat sudah melaksanakan transformasi tetapi terus beretorik terutama menjelang musim pilihanraya sama ada PRK atau PRU. Sila baca laporan tipu ini.

Ia jelas menunjukkan bahawa pendekatan Projek Mee Segera dan penyalahgunaan fungsi kementerian tertentu terus dijalankan tanpa ada perasaan bersalah. Kali ini TPM TS Muhyiddin pula yang menyalahgunakan peruntukan kementeriannya walaupun dia tahu apa yang dibuatnya itu salah sama sekali tetapi saya yakin dan amat yakin ahli UMNO tetap menyokong secara 'membabi-celik' apa jua cara dan kaedah yang digunakan.

Maka, pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran terus melaksanakan 'titah perintah' Timbalan Maharaja Malaysia demi menjaga periuk nasi masing-masing walaupun jauh di sudut hati mereka terlalu benci dengan amalan 'korupsi' yang terus dipaksa untuk dibuat oleh mereka. Itu semua belum dikira siapa yang mendapat kontrak mee segera membekalkan sumbangan tersebut. Sahih kroni 'penjilat punggung' UMNO.

Bagi saya tak salah untuk pihak KPM menyumbangkan apa jua bentuk sumbangan tetapi mengapa yang bercakap itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, seolah-olah apa jua peruntukan kementerian itu menjadi milik UMNO dan hanya UMNO berhak mengambil segala peruntukan yang ada untuk disumbangkan demi parti. Kenapa hanya sekolah di Manek Urai sahaja yang mendapat peruntukan tersebut? Kenapa tidak disalurkan kepada semua sekolah yang ada di Malaysia? Inlah yang saya katakan UMNO tidak pernah berubah yang berubah hanya slogan 'bodoh' yang menjadi bahan ketawa dan mainan generasi kini. Kalau sudah tua, mesti tua segala. Apapun, syabas kerana berjaya mempamerkan kebodohan yang sedia diketahui umum. Tahniah UMNO!

thx!