Julai 10, 2009

Sayang....Rupanya UMNO Masih Tak Berubah? Part III

Salam Bloggers!

Walaupun jutaan nafian dibuat namun siapa dapat menyatakan UMNO sudah berubah? Lihat satu lagi laporan tipu ini jika anda rasakan UMNO telah berubah di bawah kepimpinan PM 'Satu Malaysia'.

Balaci-balaci UMNO sememangnya teguh mempertahankan setiap tindakan yang akan, sedang atau telah dilaksanakan oleh pemimpin mereka satu-persatu walaupun ada dalam kalangan mereka langsung tak faham apa yang dipertahankan mereka hanya mengikut kuat jeritan 'menyokong' semata-mata. Lihatlah kepada pemansuhan PPSMI pada 2012 oleh TPM semalam, ramai yang bertanyakan rasional untuk apa ia dimansuhkan pada 2012 sedangkan pelbagai laporan dan kajian menunjukkan ia gagal dilaksanakan atas faktor yang tertentu. Kenapa tidak dimansuhkan selewat-lewatnya tahun 2010? Kenapa mesti ada lagi murid dan pelajar di Tahun Satu dan Tingkatan Satu tahun hadapan dan dua tahun ke depan 'menanggung siksa' pelaksanaan idea 'hebat' seorang mantan PM yang nampaknya agak terkejut dengan keputusan kabinet memansuhkan PPSMI ini. Saya ada meyaksikan rakaman ucapan TPM TS Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkenaan pemansuhan PPSMI. Apa yang menarik cara beliau berucap seolah-olah PPSMI telah dimansuhkan serta-merta sedangkan harus diingati masih ada tiga tahun lagi 'peluang' untuk para kontraktor mengaut segala keuntungan dari 'kecerdikan' orang-orang politik mengaut khazanah dan wang rakyat dengan rakus. Adakah ini menunjukkan UMNO telah berubah?

Dalam masa yang sama, penyokong TDM dalam blognya telah mengundi menenang pemansuhan PPSMI dengan bersungguh dan ini telah membuka ruang kepada TDM untuk bingkas menghentam semula kegoyahan UMNO dalam menangani isu-isu panas dan jika kita baca 'laporan tipu' ini maka umum sudah mengetahui mungkinkah ini satu lagi peperangan yang akan tercetus untuk memuktamadkan hayat UMNO selepas ini. TDM secara terang-terangan membidas PM 'Satu Malaysia' yang dilihat banyak melakukan pembaharuan 'negatif' berbanding positif. Apakah penyokong setia TDM yang ada di Manek Urai akan mengundi PAS sebagai protes kepada keputusan kerajaan BN/UMNO dalam beberapa perkara yang dilihat sebagai 'cuba menjolok sarang tebuan'. Apapun kita tunggu sahaja apa keputusan rakyat Kelantan khususnya di Manek Urai yang sudah tentu 'akan termakan' segala hasutan jahat dari PAS dan sekutunya serta 'terpengaruh' dengan hamburan 'MEE SEGERA' sepanjang tempoh kempen berjalan. Adakah nasib malang UMNO/BN akan berakhir di Manek Urai? atau mungkinkah ia menjadi satu lagi penanda bahawa UMNO/BN sudah 'mahateruk' sedahsyat penangan pendermik 'SELSEMA BABI H1N1'? Kita tunggu.....

p/s: Apa pula komen Pengarah Indah Water dalam ulasan kali ini...Aku tunggu....

4 ulasan:

anti ppsmi berkata...

slm,

PPsMi ni ibarat lain yg sakit..lain diberi ubatnya.Sekarang ni dh betul lah...belajar sains dan ilmu hisab dlm BM balik.

kelemahan BI kita ubati dlm subjek BI ajer...

istilah2 sains dlm BM tlah ada lama.dh diusahakan oleh dewan bahasa dan pustaka.
cuma tun mahadir xyakin dgn BM.semenjak wujudnya SPM dh beribu2 tenaga profesional dilahirkan .Untuk maju dlm sains kita kene jadi printis ilmu.bukan penguna teknologi org.
sistem pelajaran kita mmg begitu menekankan peperiksaaan utama UPSR PMR SPM.

RM 12 billion ni merangkap berbagai2 prkara, dr mesyuarat,kursus, modul2,perkakasan, dsb. Pada saya perkakas yg dibekalkan sekarang tidak membazir sebab ia masih boleh digunakan.Xkan lah kerana xde PPSMI semua LCD dan laptop ,dan courseware yg ada xleh dipakai langsung.kemudahan yg ada kita tetap gunakan mcm biasa.cuma alih ke bahasa melayu.cikgu2 pun xde masalah,tak perlu kursus2 lagi.sememangnya mereka mendapat ilmu dlm BM jugak.cuma berubah buku teks aje.

lagi satu jimatnya tak perlu bayar elaun kritikal kepada cikgu2 sains ,mate,dan BI lagi..jimat byk tuh....

Kita mengharapkan cikgu2 BI yg dibekalkan kelak merupakan guru2 yg bkn sahaja fasih malah mahir dlm pedagogi.....

Tanpa Nama berkata...

salam,

aku pun nk komen pasal PPSMI ni dimansuhkan rasa lega ada, rasa ralat pun ada.

rasa lega pasal anak2 melayu, terutama yang latarbelakang keluarga tak bercakap BI kat umah, tak kira dalam bandar atau luar bandar, boleh la dapat belajar dan faham dengan lebih sempurna. bila belajar subjek2 penting mcm matematik dan sains ni, yang paling penting ialah pemahaman konsep. kalau tak faham konsep, tak guna belajar. untuk bagi faham, cara paling lojik ialah budak2 tu diajar dalam bahasa yang difahami dulu. bukannye terus diajar dalam BI. sepatutnya, semua asas pembelajaran diajar dalam BM atau bahasa ibunda.

Rasa ralat, pasal PPSMI ni sebenarnya ada kebaikan jugak, cuma cara pelaksanaan tu mungkin salah. mungkin sepatutnya PPSMI ni kalau nak start pun bukan start dari tahun 1, mungkin patut mula dari tahun 4 atau tingkatan 1.

Ni pendapat aku la.... PPSMI ni adalah idea yang baik. Untuk improvekan pelajar2 malaysia tak kira la org melayu ke, cina ke, india ke ..... tapi idea Tun M tu rasanya lebih nak majukan pelajar melayu. cuma bila dia keluarkan arahan untuk buat PPSMI, cara pelaksaan tu je yang tak betul... pegawai2 kementerian pelajaran buat secara hentam keromo je, janji projek PPSMI ni dijalankan dan big boss tak tanya banyak....

takkan pegawai2 kem. pelajaran tak boleh nak fikir yang kalau budak2 tu tak reti BI, mcm mana diorg nak faham kalau belajar sains dan matematik dalam BI???????? apa salahnya PPSMI ni dibuat secara berperingkat? ???

apa kata, tahun 1-3, semua subject diajar dalam BM (utk sekolah kebangsaan) dan bahasa2 lain (utk sekolah jenis kebangsaan lain). level ni adalah entry level. jadi, ilmu2 asas ni patut diberi dalam bahasa yang difahami oleh diorang. baru adil utk diorg.

untuk tahun 4-6, subject2 mcm math dan sains ni, boleh la dibuat pengenalan dalam BI. Tapi kena campur2 la dengan BM sama. dan peperiksaan pun patut dalam BM dgn menawarkan option BI.

dan naik sekolah menengah baru la subjek2 math dan sains ni boleh diajak dalam BI. Pasal ikut2kan, ilmu asas dalam math utk operasi campur, tolak, darab dan bahagi dah cover ketika sekolah rendah.

Modul2 dan topik2 kalau boleh kena kajibalik la ....

Cuma cara pendekatan utk kita terutama pihak kementerian pelajaran menangani masalah ni perlu diberi perhatian. aku ada dengar rungutan dari rakan2 yang bergelar guru tentang masalah2 yang terdapat disekolah2 diorg. salah satu dari rungutan tersebut ialah bilangan pelajar yang ramai dalam satu2 kelas. lebih kurang 40 lebih. mcm mana cikgu nak beri tumpuan. kalau lecturer lain, dia main ajar je, kalau student tak faham, lantak la .... tapi mcm cikgu lain, kalau ajar, nak kena bagi faham. aku rasa sepatutnya bilangan pelajar untuk kelas yang lemah ni dihadkan ke 25 org atau kurang .... lagi baik 15 org je satu kelas. senang cikgu2 nak monitor.... yang kelas2 ok ni biar la maintain 40 org satu kelas.

dengar cerita, kelas2 kat sekolah asrama penuh dan mrsm pun bilangan pelajar dalam 25-30 org per kelas. itu budak2 pandai.....

benda2 ni, kalau boleh kementerian pelajaran dapatkan input dari pelbagai golongan.... bukan dari org2 akademik jeee.... kalau boleh dari level pemotong rumput sekali pun ....

kalau la ada mana2 NGO ke, kementerian pelajaran sendiri ke, nak mintak aku join committee utk improve pembelajaran ni, insya'allah aku sanggup .......

makacih!

Tanpa Nama berkata...

"Sayang.... Rupanya saudara INDAHWATER Masih Tak Berubah? Part IV"

PUTRA MERDEKA berkata...

salam sdr,
sebarang teguran yang membina adalah perlu bagi menjadi pengimbang kepada suara-suara pengampu yang mengelilingi pemimpin UMNO dan Kerajaan.. teruskan sdr...
terima kasih