September 15, 2008

ISA...Ada juga yang nak membodek?

Salam Bloggers!

Hari ini saya membaca rencana berkaitan ISA yang ditulis oleh Manja Ismail (Datuk) di bawah tajuk "Tindakan ISA perlu demi kesejahteraan negara". Benarkah Malaysia ini sudah tidak aman? Apakah mesej kemerdekaan dengan tema "Perpaduan Teras Kejayaan" tidak berjaya sejahterakan rakyat? Apakah benar hanya ISA sahaja yang mampu sejahterakan rakyat? Di mana kekuatan Islam yang kononnya dipertahankan? Apakah Islam tidak mampu sejahterakan rakyat sehingga perlukan ISA untuk membantu sejahterakan rakyat marhain? Apa yang dapat saya simpulkan ialah semuanya masih skrip yang sama, tak berubah-ubah dan seolah-olah setiap kenyataan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang menyokong seperti dipandu atau di'remote' oleh sesuatu atau seseorang apabila ingin menegakkan tindakan kerajaan tiada salahnya apabila mengenakan ISA kepada mereka yang berkenaan. Ulasan yang yang saya labelkan sebagai "AMPU-BODEK" yang tak habis-habis dari media perdana yang lebih takutkan manusia dari Allah.
p/s: sila klik kenyataan Mufti Perlis berkaitan hal ISA( http://drmaza.com/home/?p=426 )

Nada prejudis beliau kepada penulis blog yang disifatkan beliau sebagai "peserta yang bersembunyi di sebalik nama samaran" seperti memberi petanda bahawa apa yang dibawa oleh "media baru" (meminjam istilah yang digunakan dalam program "Fenomena Seni") menjadi sesuatu yang digeruni akan gelombang kebenarannya. Manja Ismail juga menekankan bahawa dulu fitnah berkembang menerusi surat layang dan sebagainya dan seolah-olah menuduh semua bloggers secara keseluruhan sebagai pembawa berita fitnah dan tidak benar. Adakah apa yang disiarkan akhbar Berita Harian dan media massa perdana milik orang tertentu yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan semasa memerintah semuanya benar dan bebas?! Hanya orang yang benar-benar "BUTA" hidayah dan sejarah sahaja akan mengiyakan setiap yang dikhabarkan kepada umum oleh akhbar ini dan akhbar yang sama waktu dengannya benar dan bebas.

Wahai saudara Manja Ismail, bukan semua bloggers yang ada dalam media maya ini buta sejarah dan 'zero knowledge' tentang sesuatu isu. Adakah beliau terlalu fobia dengan angin masyarakat kini yang mula beralih arah dari bentuk berita yang 'stereo-type' kepada berita yang lebih "advance, true, fast and free" dalam konteks ketelusan sesuatu berita yang disampaikan. Lihat kepada ulasan 'bodoh' dan 'jahat' beliau mengenai penahanan tiga orang di bawah ISA. Beliau mengulas tentang perihal penahanan Teresa Kok bersabit petisyen sekumpulan penduduk yang sudah tersebar melalui internet dan boleh diragui kesahihannya malahan tiada bertandatangan serta tidak pula menyebut nama Teresa Kok atau mana-mana ahli politik pembangkang. Mungkin kefobiaan Ismail Manja menyebabkan beliau tidak mahu melayari laman web seperti http://www.pembelamelayu.com/ yang telahpun memohon maaf atas keterlanjuran memanipulasi isu berkenaan atau mungkin beliau juga sama seperti Menteri Dalam Negeri menggunakan kenyataan mantan MB Selangor yang kalah teruk dalam PRU 12 sebagi asas utama penyiasatan bagi mensabitkan ahli politik berkenaan dengan tuduhan menimbulkan isu yang sensitif ini. Ini kerana dalam keadaan apa sekalipun 'periuk nasi' mesti dijaga walaupun terpaksa menggadai hak dan maruah orang lain. Jijik dan kotor sekali jika benar telahan saya ini. Teresa Kok sendiri menafikan hal ini berlaku atas usaha-usaha beliau beberapa hari sebelum dia ditahan mengikut ISA.

Dalam kes RPK, nadanya prejudisnya sama sedangkan dia mengetahui rasional untuk disiasat terlebih dahulu kenyataan yang dibuat RPK melalui laporan Polis yang telah dibuat oleh agensi 'ISLAM" sedangkan agensi itu sendiri mengetahui keperluan seorang Islam dilayan secara adil dan dibicarakan secara sah. Ini yang susah dan tambah membingungkan apabila agensi yang kononnya teguh mempertahankan Islam sendiri tidak memegang prinsip keadilan yang dianjurkan ISLAM.(agensi ini hanya bersuara pada waktu-waktu tertentu sahaja...betapa malangnya)(rujuk Mufti sentuh peranan JAKIM http://drmaza.com/home/?p=426)
Dalam kes wartawan Sin Chew Daily pula, Ismail Manja menulis dengan jelas bahawa wartawan tersebut berita mengenai ucapan "BERBAUR PERKAUMAN" oleh Datuk Ahmad Ismail (DAI) Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera dan tidak pula menafikan bahawa apa yang diucapkan oleh DAI itu adalah berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh wartawan tersebut bahkan beliau sifatkan ucapan DAI sebagai "LUAHAN TINDAK BALAS 'MAJORITI SENYAP' YANG MELIHAT PERKEMBANGAN ITU DENGAN PENUH KEBIMBANGAN". Apa yang dibimbangkan oleh DAI dan sekutunya (yang semakin menjauh sebenarnya apabila beliau sudah kehilangan jawatan dalam UMNO)? Adakah kerana Pulau Pinang negeri tercintanya sudah terlepas kepada DAP sedangkan fakta dan SEJARAH telah membuktikan UMNO telah menyerahkan Pulau Pinang kepada parti komponen Cina sejak tahun 70-an lagi. Kenyataan DAI sendiri menyebut beliau cukup mengenali mantan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tewas itu sejak 18 tahun yang lalu sebagai 'Pelakon Terbaik' dan 'Pembohong Besar".Saya tak tahulah kalau mantan KM PP itu seorang Melayu.

Hakikatnya memang dari dahulu lagi yang memerintah Pulau Pinang sebagai contoh adalah pemimpin Cina, mengapa perlu timbul apa yang disifatkan sebagai kebimbangan yang melampau oleh sesetengah pihak berkenaan dengan mandat rakyat yang telah diberikan kepada parti-parti tersebut. Apakah pembangkang di Pulau Pinang(BN) hendak menggunakan langkah 'undemocratic' untuk merampas kembali Pulau Pinang seperti yang pernah dilakukan sebelum ini di beberapa negeri dan ini fakta dan telahpun menjadi sejarah. NGO Islam Pulau Pinang yang diketuai oleh Dr.Danial Zainal Abidin sendiri telah menerima penjelasan yang diberikan oleh KM Lim Guan Eng jadi kenapa UMNO perlu mensensasikan isu ini untuk kepentingan peribadi. Apakah UMNO sudah kemiskinan isu yang boleh menarik simpati orang Melayu yang mula membenci permainan politik pemimpin UMNO yang mereka sayangi ini?

Manja Ismail langsung tidak menyebut keperluan menggunakan akta-akta lain yang sedia wujud untuk menangani kes berkaitan seperti Akta Hasutan 1948, Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (Disemak 1978) atau lain-lain akta yang berkenaan. Tak tahulah siapa yang "BUTA FAKTA & SEJARAH" sama ada penulis blog atau penulis rencana akhbar tempatan yang sebenarnya lebih banyak bergentayangan menabur dakyah serta fitnah kepada ummah. Beliau sepatutnya lebih telus dan berani bercakap benar serta mengikut suara hati bukannya nafsu diri.

Sebagai konklusinya, saya menyedari bahawa tindakan UMNO menghukum DAI dengan penggantungan selama tiga tahun keahlian sebenarnya telah menyelamatkan dirinya dan rakan sekutunya dari terkena tempias menggila ISA kerana perkara ini telah ditegaskan oleh Anak Singa UMNO yang mungkin layak dipanggil Kucing UMNO selepas ini kerana menyatakan DAI sudah dikenakan hukuman oleh parti kerana dia adalah ahli parti (UMNO). Kenyataan Kucing UMNO ini menggambarkan Lembaga Disiplin UMNO mempunyai kuasa melebihi Polis dan Badan Kehakiman Negara. Sepatutnya, POLIS dan Kucing UMNO ini melihat kepada blog pro kerajaan seperti http://anginperubahan.blogspot.com/ dan lain-lain yang banyak menimbulkan isu sensitif dan berbaur perkauman dengan bersikap "membaling tahi, sembunyi tangan busuk".

Mohon Berkasar...,

p/s: Adakah ini petanda seterusnya kepupusan UMNO???

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam

Artikel yang baik dari saudara.

Sarat dengan tinjauan dan ulasan yang mampu mencerna minda si pembacanya.

Saya harap saudara akan menulis lebih banyak lagi artikel-artikel sebegini.

perfectwater75 berkata...

Salam Aflah!

Thx 4 ur comment!

I'll try my best!

thx!

naz ilyn berkata...

Salam

Banyak yang dapat dikutip dari blog anda..lahir dari tinta sendiri.

p/s sekadar membaca untuk mengembangkan minda dalam gelombang politik yang sedang hangat diperkata.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Terima kasih naz ilyn!
Teruskan dengan memberi komen bagi setiap artikel saya selepas ini.Saya amat menghargainya.

thx!

Tanpa Nama berkata...

Mr Perfectwater.. isu perkauman akan sentiasa berbau dan semangat muhibbah dikalangan rakyak berbilang bangsa dan agama tidak akan pernah wujud.. selagi tanah air kita dihuni oleh perbagai kaum dan agama maka selagi itulah cina maki melayu, melayu maki india, india maki cina.. cina maki india, melayu maki cina dan seterusnya sampai kiamat..

BRO...

perfectwater75 berkata...

Salam Bro!

Saya sentiasa yakin dengan ISLAM bukannya ISA sebagai penyelesaiannya. Ramai lebih suka memberi alasan dari mencari penyelesaian. Kebanyakan mereka mengetahui solusi terbaik yang wujud tetapi tetap tidak digunakan atas alasan yang kurang jelas. Pada akhirnya bila sesuatu kerosakan itu sudah melampaui batas, kita sudah terlewat untuk menghalangnya.. Fikirkan!

thx!