September 07, 2008

Perlukah UMNO Memohon Maaf?

Salam Ramadhan Al Mubarak...




Alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan untuk terus menulis dalam blog saya yang terlalu biasa ini. Semoga apa yang saya coretkan ini dapat memberikan 'input' terbaik kepada penganalisis politik semasa tanahair. Mungkin catatan insan kerdil ini hanya dipandang terlalu kecil oleh 'Otai' Bloggers yang ada di Malaysia dewasa ini.




Sebenarnya saya amat terkilan apabila mendengar seorang yang dipandang tinggi memohon maaf kepada bangsa Cina akibat salahtafsir media terhadap ucapan seorang ketua bahagian UMNO yang dilepaskan ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu. Mengapa perlu beliau memohon maaf atas kesalahan orang lain? Adakah dia hendak menunjukkan betapa mulianya hatinya selaku bakal PM pada 2010? Apa yang mengejutkan, bagi empunya diri yang mengeluarkan kenyataan jika diteliti percakapannya dalam sidang medianya langsung tidak menunjukkan rasa mahu memohon maaf terhadap apa yang telah dikeluarkannya.




Saya terasa lucu yang amat sangat apabila mendengar ulasan 'pra kemerdekaan' yang dijadikan intipati utama beliau mempertahankan hujah yang sudah terlepas itu. Beliau dengan bangganya menyatakan Melayu adalah penduduk asal negara ini sedangkan dalam satu ulasan blogger dalam blog hit chedet.com dengan terangnya menyatakan bahawa bapa kepada bapa Tun Dr.Mahathir sendiri berasal dari Kerala, India. Silap haribulan jika diteliti keturunan 'Melayu' ketua bahagian tersebut pun mungkin boleh diragukan. Siapa sebenarnya yang lebih yang berhak untuk menyatakan diri mereka sebagai penduduk asal negara ini? Mungkin beliau agak keliru dengan definisi penduduk tetap negara ini dan dengan bangganya mengenepikan perasaan orang lain terutama bangsa lain yang lahirnya, lahir bapanya, lahir datuknya di Malaysia dan memiliki hak sebagai warganegara Malaysia. Apa yang bodohnya, ramai pula yang bertepuk tangan walaupun sedar hujah yang dikemukakan terlalu mudah jika hendak ditolak. memang susah jika masih wujud orang yang tak faham tentang agama, apa yang mereka tahu hanya mempertahankan semangat kebangsaan walaupun mereka tahu dalam semangat kebangsaan yang sedang dipertahankan ada bangsa lain selain Melayu(jika dilihat kepada ahli UMNO). Inilah wajah UMNO yang sedang nazak dek penangan ahli yang mengaku diri mereka adalah pejuang tulen bangsa sedangkan dalam masa yang sama membicarakan apa projek yang akan di'ngap' oleh mereka hari demi hari.Lainlah jika mereka bercakap soal mempertahankan Islam sebagai Addin dan tak rela ia dihina. Kalau ada yang bercakap pun tak cukup sifat Islamnya. Ditambah pula dengan kenyataannya tentang mantan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dikenalinya selama 18 tahun. Memang aneh bila dia bercakap tentang mantan KM PP yang digelar sebagai 'pelakon terbaik' dan 'pembohong besar'. Kalau kita fahami betul-betul maksudnya, 18 tahun UMNO Pulau Pinang hanya ikut seorang yang cukup pandai berlakon dan bersifat pembohong. memang sudah kena, pembohong tipu pencuri. Mengapa sebelum ini isu ini tidak timbul, tidak dinyatakan dalam mana-mana forum rasmi UMNO dan ditelan begitu oleh keseluruhan pimpinan UMNO yang megah dengan kemelayuannya.


Natijahnya, UMNO tunduk dengan kemelayuannya. Apakah mungkin sebelum ini dia tidak bercakap kerana diberi gelaran 'Datuk' oleh mantan KM PP atau banyak juga projek yang dia sendiri mendapat 'huun' dan apabila Pulau Pinang dirampas oleh Pakatan Rakyat, maka limpahan projek-projek yang sepatutnya dibolot rakusnya oleh pimpinan UMNO Pulau Pinang telah ditiadakan? Apa punya malang UMNO Bahagian Bukit Bendera mempunyai seorang ketua sebegini. Apakah malang Pak Lah 'flip-flop' mempunyai seorang ketua bahagian yang menjadi ahli dalam Badan Perhubungan UMNO yang dipimpin olehnya atau kedua mereka ini mempunyai hubungan misteri yang amat rapat sehinggakan tiada siapa yang mampu untuk menyentuh ketua bahagian tersebut. Usah terkejut kalau ada parti komponen BN yang keluar menyertai Pakatan Rakyat akibat dari isu yang sekecil ini(pada pandangan sesetengah pihak). Kita lihat, seorang demi seorang ahli parti komponen BN telah keluar dan mengisytiharkan diri menyertai Pakatan Rakyat. Apakah senario ini akan menjadi lebih dahsyat penangannya menjelang 16 Sepetember 2008? Kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi.




Saya berpegang kepada prinsip keadilan yang diajar oleh Islam terutama mengenai hal berkaitan siasah atau kenegaraan. Sejarah Nabawiyah telah membuktikan Nabi Muhammad S.A.W berjaya menubuhkan negara Islam melalui Piagam Madinah yang berjaya menyatupadukan rakyat yang juga berbilang suku dan agama tanpa sebarang masalah yang besar. Tidak timbul soal bangsa Arab hendak mempertahankan kebangsaannya tetapi apa yang jelas bangsa Arab tegas mempertahankan nilai keagamaan mereka. UMNO tiada nada lain melainkan hendak menegakkan 'Ketuanan Melayu' sedangkan nada Pakatan Rakyat agak berbeza iaitu menegakkan 'Ketuanan Rakyat'. Saya tak terkejut kalau satu hari nanti hanya UMNO kekal sebagai satu-satunya pembangkang dalam Parlimen Malaysia dek kerana juak-juaknya teguh hendak mempertahankan hak dan ketuanan Melayu yang mereka sendiri kikiskan hari ke hari. Sama-sama kita nantikan.




Sekian, terima kasih.




p/s: tontonilah video ini dan fahamilah setulus nurani anda.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro...

Gua setuju dengan tulisan lu...
Tabik pengakap 10saat untuk lu Brooo...


Roger!

perfectwater75 berkata...

Salam,

Thanks Mr. Aboo.

Tanpa Nama berkata...

Mr Perfectwater..
Saya tidak kisah sekiranya MCA, MIC dan Gerakan nak keluar dari BN.. Saya persilakan dengan hormatnya.. Keluarlah dan jangan masuk lagi, tetapi saya seru semua umat melayu islam bersatu padu lah dan semua kawasan majoriti melayu yang dikuasai oleh Gerakan, MIC dan MCA sebelum ini dirampas kembali oleh parti Melayu Islam UMNO dan PAS.. Lepas tuu kita laksanakan hukum hudud..



BRO..

perfectwater75 berkata...

Salam!

Persoalannya tuan BRO Tanpa Nama,
MAMPUKAH UMNO BERDIRI SENDIRI TANPA SOKONGAN DARIPADA KEDUA PARTI TERBESAR BERASASKAN SUKU KAUM DI MALAYSIA INI? Kita lihat kes Ahmad Said ini pun, TPM mohon maaf bagi pihak...malulah...malu...

itu jer komen balas saya...,
thanks!

Tanpa Nama berkata...

Mr Perfectwater.. kita ada 145 kerusi parlimen milik orang melayu yang majoriti pengundinya melayu.. Kalau melayu islam bersatu hati kita sapu kesemua kerusi tersebut.. Dari jawatan Perdana Menteri sampailah kejawatan Setiausaha Parlimen kita boh orang melayu semua.. kita luluskan undang-undang hudud yang di impi-impikan oleh PAS supaya PAS dan UMNO akan bersatu selama-lamanya.. Nampak macam kartun tapi ianya tidak mustahil dan boleh dilaksanakan..

BRO..