Oktober 20, 2008

Salam Takziah Buat Keluarga Shamsiah Fakeh...Pejuang Kemerdekaan Yang Dilupakan..

Salam Bloggers,

Petang ini saya mendapat berita dari salah seorang blogger(thanks 2 Tuan Amin Iskandar) tentang kembalinya ke rahmatullah Pejuang kemerdekaan negara yang dilupakan, Shamsiah Fakeh yang telah menghembuskan nafas terakhirnya siang tadi di rumah anaknya, Kamarudin. Jenazahnya kini diuruskan oleh Surau Al-Hidayah, Kucai Entrepreneur’s Park.

Beliau akan dikebumikan selepas Asar nanti di Tanah perkuburan Islam Sungai Besi off Lebuhraya besraya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi anaknya Jamaludin di 019-387-0467 atau anak saudaranya Izad di 012-315-9561.

Negara kehilangan seorang lagi tokoh yang telah mengabdikan seluruh hidupnya untuk tanah yang tercinta ini.

Al-Fatihah buat Shamsiah Fakeh, tokoh kemerdekaan negara. Semoga Allah akan menempatkan dirinya bersama orang-orang yang beriman dan berjuang untuk kebebasan ramai.

thx!

p/s: Kekadang lucu pabila melihat muka-muka yang ditabalkan sebagai 'pejuang kemerdekaan negara' setiap kali menjelang 31 Ogos setiap tahun tetapi mereka yang sebenar-benarnya berjuang terus dilupakan, hanya segelintir rakyat yang mengiktiraf sumbangan mereka. Inilah Malaysia Negaraku Tercinta...

3 ulasan:

Laxmana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Musallam berkata...

Salam,

Versi sejarah arus perdana selalu menonjolkan Dato' Onn,Tengku dan orang-orang UMNO saja sebegai pejuang kemerdekaan.

Orang-orang kiri seperti Ibrahim Yaakob, Dr.Burhanuddin. Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam dll semakin lama semakin dilupakan, padahal mereka juga memainkan peranan penting sebagai pejuang kemerdekaan.

Bersempena demgam kematian Shamsiah Fakeh, seorang pejuang kemerdekaan yang agak panjang hayatnya, saya harap versi sejarah arus perdana ini akan diperbetulkan.

Berilah pengiktirafan kepada pejuang kemerdekaan daripada golongan kiri, sebagaimana yang telah diberikan kepada golongan kanan.

tepet berkata...

salam Perfectwater75...

tq ateh pujian....hik hik hik... blog saya kena spam... tu yang pakai.. sbl ni tak pakaipun