Salam Bloggers!
Sayang sekali bila menilai perwatakan UMNO yang kononnya mahu dilihat sudah melaksanakan transformasi tetapi terus beretorik terutama menjelang musim pilihanraya sama ada PRK atau PRU. Sila baca laporan tipu ini.
Ia jelas menunjukkan bahawa pendekatan Projek Mee Segera dan penyalahgunaan fungsi kementerian tertentu terus dijalankan tanpa ada perasaan bersalah. Kali ini TPM TS Muhyiddin pula yang menyalahgunakan peruntukan kementeriannya walaupun dia tahu apa yang dibuatnya itu salah sama sekali tetapi saya yakin dan amat yakin ahli UMNO tetap menyokong secara 'membabi-celik' apa jua cara dan kaedah yang digunakan.
Maka, pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran terus melaksanakan 'titah perintah' Timbalan Maharaja Malaysia demi menjaga periuk nasi masing-masing walaupun jauh di sudut hati mereka terlalu benci dengan amalan 'korupsi' yang terus dipaksa untuk dibuat oleh mereka. Itu semua belum dikira siapa yang mendapat kontrak mee segera membekalkan sumbangan tersebut. Sahih kroni 'penjilat punggung' UMNO.
Bagi saya tak salah untuk pihak KPM menyumbangkan apa jua bentuk sumbangan tetapi mengapa yang bercakap itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, seolah-olah apa jua peruntukan kementerian itu menjadi milik UMNO dan hanya UMNO berhak mengambil segala peruntukan yang ada untuk disumbangkan demi parti. Kenapa hanya sekolah di Manek Urai sahaja yang mendapat peruntukan tersebut? Kenapa tidak disalurkan kepada semua sekolah yang ada di Malaysia? Inlah yang saya katakan UMNO tidak pernah berubah yang berubah hanya slogan 'bodoh' yang menjadi bahan ketawa dan mainan generasi kini. Kalau sudah tua, mesti tua segala. Apapun, syabas kerana berjaya mempamerkan kebodohan yang sedia diketahui umum. Tahniah UMNO!
thx!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
saudara indah water, tulisan hang semakin hari semakin membosankan. bila lah hang nak pandai menulis ni. aku kesian sangat kat hang sebab tu lah aku gelar hang indah water. sebab pemikiran hang sama dengan tong najis indah water tuu.
salam,
ikut suka sdr la nk kata apapun...
Patutlah peruntukan kgsk sesetengah negeri dah habis. Claim dari januari lagi, lum dapat. Dibawa ke mu, ke?
Salam,
Tanpa Nama 22:57,
Saya tak boleh komen sebab pengarah indah water ada dok perhati blog ni..sebab tu komen pun macam taik juga....susah nk bg org fhm...tmbhan kl mmg tk mau nk fhm...biarlah..
Stratji Kempen Tok Pa dah dijalankan dengan baik dan calon BN sudah kerja kuat, dan pemuda pun dah buat kerja kekoho.
Timbalan Pres UMNO pula lontar habuan "KALU" BN mene !
Emas Pendang di katake "emas bodoh", MU nak di beri "ANAK EMAS" pulak.
Jange TS .to sah lah buat lagu ni.
Cuba kecek mace ToK Pak.Rendah diri dan iklas.
Punah weh strateji janji mas.
Ini lah cara pati lawan nak bui pukulan tomoi, mati habih langkah BN.
Ambo rasa payah weh lagu ni.
HjMae Berek12.
Catat Ulasan