Ogos 31, 2009

Alhamdulillah....Minyak Naik Lagi! Ahli UMNO mesti suka sangat?

Salam Bloggers!

Akhirnya harga minyak dan bahan api naik lagi. Hadiah NAJIB kepada rakyat sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 52 hari ini. Kepada sahabat dalam UMNO yang 'terhiris hati' akibat komen dan ulasan keterlaluan saya dalam blog pinjaman Google ini, saya harap sahabat ini dapat berfikir tentang bagaimana hendak melangsungkan 'kekuasaan' kerajaan semasa yang semakin membebankan rakyat. Bagaimana hendak menyatakan UMNO 'PEMBELA RAKYAT' jika hari demi hari apa yang diperolehi rakyat hanyalah bebanan dan kesensaraan semata-mata? Saya menghentam UMNO bukan kerana saya bencikan UMNO tetapi hakikatnya saya bencikan 'watak-watak utama' yang melakonlayarkan perjalanan UMNO sehingga dilihat menghancurkan sisa-sisa perjuangan ahli di peringkat akar umbi. Tidakkah sahabat yang memberi komen ini sedar? Terima kasih kepada sahabat tanpa nama yang memberi komen di bawah :-



thx!

p/s: Mungkin fakta ini boleh membantu mereka yang tak pandai MATEMATIK

http://www.oil-price.net/
crude oil price - $70.93/barrel
1 barrel=158.76litres

http://www.xe.com/ucc
Live rates at 2009.08.31 13:37:54 UTC
1.00 USD=3.52850 MYR

REAL OIL PRICE
70.93/158.76=$0.447 per litre.
0.447 x 3.5285 = RM1.58 per litre

Govt subsidy - 30cents/litre.
Means, RM1.58-RM0.30=RM1.28

2 ulasan:

Fazrulls berkata...

Salam bro,

Sama lah kita, aku bukan benci UMNO cuma Umno ja benci kat aku... heee !! apa pun selamat meyambut hari kemerdekaan. Aku suka minyak naik sebab ini menjana pendapatan negara, aku siap isi penuh lagi untuk support usaha kerajaan ini... syabas...

Salam mesra,

perfectwater75 berkata...

Salam,

Bro!!!

mana pi lama tak masuk? Ada dalam kalangan orang UMNO yang hendak ahli-2nya hanya menggangguk apa sahaja yang diputuskan oleh 'pelakon-pelakon' atasan sedangkan sanggup pula menanggung beban atas keputusan yang dibuat.

Zaman Pak Lah hanya lantik beberapa orang penasihat bertaraf menteri untuk beberapa kementerian tetapi zaman Najib pula, terkasima melantik Menteri bantu Menteri...Apa punya 'cerdik' idea tuan penasihat 25%!!!!

thx!