September 26, 2009

Andai Ku Tahu Perasuah Juga Bakal Calon UMNO?

Salam Bloggers!

Rasanya sudah hampir dua minggu terpampang berita mengenai siapa yang bakal menjadi calon UMNO di Bagan Pinang dalam PRK kali ini. Tiada muka lain yang dipaparkan selain wajah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang yang disebulat-suarakan dan disehati-jiwakan oleh 33 AJK UMNO Bahagian tersebut. Beliau ialah seorang manusia yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Linggi, Ahli Parlimen Jempol, menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan paling lama dalam sejarah negeri itu iaitu selama 22 tahun. Pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum meletak jawatan akibat tuduhan rasuah politik dalam UMNO. Mantan Naib Presiden UMNO yang digantung keahlian selama 6 tahun sebelum hukuman tersebut dikurangkan kepada 3 tahun, Layak bertanding untuk jawatan yang sama sebelum digantung keahlian UMNO tetapi tewas. Beliau seorang yang sudah kenyang dengan harta kekayaan dan kekuasaan tetapi amat menghairankan apabila UMNO Bahagian Teluk Kemang masih lagi mencalonkan beliau sebagai satu-satunya calon terbaik untuk mewakili UMNO dalam PRK kali ini.

UMNO Malaysia khususnya Najib dan Muhyiddin sememangnya berada di dalam keadaan terlalu dilema akibat keengganan UMNO Teluk Kemang mencadangkan lain-lain nama sebagai bakal calon. Maka ributlah suasana dalam UMNO Malaysia apabila pelbagai pihak mula menghalakan senjata ke arah kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO Malaysia agar tidak salah memilih calon kali ini. Antaranya Mantan Presiden UMNO dan PM Tun Dr. Mahathir yang menentang keras sebarang pencalonan ISA SAMAD sebagai calon BN di Bagan Pinang walaupun mungkin TDM mempunyai agenda tersendiri dalam hal ini.

Saya secara peribadi, sememangnya tidak menyukai pilihan yang UMNO ada kali ini kerana ia menunjukkan UMNO seolah-olah tiada pelapis lagi dan menggunakan kaedah kitar semula. Sudah habiskah pemimpin pelapis UMNO di Bahagian Teluk Kemang itu? Atau memang ini hakikat UMNO yang sedia ketandusan pemimpin pelapis akibat mainan politik keterlaluan para pemimpin yang tak mahu dicantas ‘awal’? Atau inilah hakikat UMNO yang mengamalkan politik ‘Siapa Berkuasa Dialah Raja’ akan pupus dalam masa terdekat ini?

Apa agaknya yang difikirkan oleh TS Muhyiddin dalam mencongak calon terbaik yang dicadangkan oleh pucuk pimpinan UMNO Bahagian Teluk Kemang sedangkan dalam masa yang sama beliau menerima tekanan daripada pelbagai pihak untuk tidak sesekali mencalonkan semula Tan Sri Isa Samad yang sudah ‘andropaus politik’ untuk membuat ‘comeback’ seterusnya mengganggu-gugat kestabilan yang tak sekukuh mana MB Negeri Sembilan yang sedia ada yang sememangnya takut untuk menghadapi gelombang kedua dari mantan MB Negeri Sembilan yang masih kuat dan hebat pengaruhnya itu?

Apa pulak yang difikirkan oleh Sang Presiden UMNO yang terkenal dengan konsep Satu Malaysia itu? Adakah beliau akan campur tangan atau membiarkan calon ‘terbaik’ yang dicadangkan terus menjadi pilihan BN dalam PRK Bagan Pinang kali ini? Walaupun Isa Samad hanya disabitkan kesalahan rasuah dalam parti tetapi kesannya cukup hebat kepada UMNO jika mereka terus tegar meletakkan beliau sebagai calon. Di sini hebatnya UMNO, tak perlu SPR(SPRM) untuk meletakkan kesalahan rasuah, cukup sekadar Lembaga Disiplin Parti menyatakan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka tak perlu lagi bagi Pegawai SPR(SPRM) untuk memulakan siasatan rasuah kerana di Malaysia sememangnya UMNO paling berkuasa mengatasi perlembagaan atau undang-undang yang ada?

Buat UMNO, inilah masanya untuk membuktikan kepada rakyat bahawa anda sedang melaksanakan perubahan dari segenap sudut dan ingin kembali dengan imej terbaik yang digemari rakyat bukannya terus dibenci rakyat kerana mengulangi episod drama yang sama. Jika ‘penawar’ yang ada ini masih tidak digunakan pimpinan UMNO yang hebat itu maka tak hairanlah jika UMNO sekali lagi akan tersungkur di Bagan Pinang walaupun di atas kertas, umum melihat kelebihan UMNO dengan undi pos hampir 5000 orang itu tetapi dalam PRK macam-macam boleh berlaku dan janganlah negatif yang terus dicium UMNO dan kemudiannya berbangga dengan kemenangan moral yang entah apa-apa itu seperti yang dihebah-hebahkan di Manek Urai dan Permatang Pasir sebelum ini. Rakyat semakin bijak menilai. Rakyat tidak sebodoh dan setempurung dulu. Usah hukum dan salahkan rakyat jika mereka sekali lagi menolak kebobrokan UMNO yang semakin jelek kerana mengekalkan kebodohan yang berkurun.

THX!

p/s: Seronok bila membaca luahan hati seorang pencinta setia UMNO tentang hal ini dalam blog hebatnya. Akhirnya beliau mengaku juga UMNO banyak buat kesilapan mudah yang merugikan.

5 ulasan:

ZORRO.TEAM.2010 berkata...

ADA-kah UMNO/BN akan senasib parti LDP di JEPUN?????
RATA2 org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BARISAN NASIONAL.....

Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
org MELAYU..!!)
18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
peruntukan....
19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
ahli2 biasa tak di endahkan....
20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!

FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!!

anakpahang berkata...

Go to hell UMNO

red rooster berkata...

Kalau Isa Samad jugak yg direcycle jadi calon, memang Umno cakap tak serupa bikin...

red rooster berkata...

Salam bro,
Semlm dah komen, tapi hari ni teringat nak bertanya berkaitan kenyataan tuan..'umum melihat kelebihan UMNO dengan undi pos hampir 5000 orang'.
Sebenarnya apa hal dgn undi pos yang dipertikaikan itu? Tuan pernah ke mengundi secara pos? Atau betul2 fahamkah bagaimana proses undi pos dikawal dan diselia oleh pihak SPRM?
Kadang2 kita ini hanya suka mengulangi kata2 yang orang lain pernah kata, tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiasat atau mengambil tahu tentang kebenaran 'kata-kata' itu (it's too bad).
Kalau seseorang tentera (atau sesiapa yg mengundi secara pos) itu mengundi/memilih parti lawan semasa proses undi pos, pernahkah di dalam sejarah ada individu diambil tindakan oleh ketuanya kerana memilih parti pembangkang semasa undi pos?
Sekadar bertanya...

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Red Rooster,

Saya terpanggil untuk menjawab persoalan tuan kepada tuan tanah.

Bapa saya pernah mempunyai pengalaman dalam mengundi secara pos lebih dari lima kali sebelum beliau bersara. Sememangnya secara majoritinya undi pos akan memihak kepada parti yang memerintah.

Jarang sangat berlaku undi pos akan memberikan kelebihan kepada parti lawan. Lihat sendiri senario pengundian undi pos di Bagan Pinang dalam PRU yang lalu. Mungkin kita boleh menilai apa sebab saya menyatakan secara UMUMnya undi pos akan memberikan kelebihan kepada parti BN yang memerintah.

Soal individu dikenakan tindakan kerana mengundi parti lawan hanyalah kes yang terpencil sahaja kerana ia bukan suatu yang boleh digembar-gemburkan dan selalunya ia berselindung di sebalik arahan peertukaran keluar negeri atau keluar unit sahaja.

Siapa orang awam yang pernah menjadi Ketua Tempat Mengundi di dalam Kem Tentera atau Balai Polis? Rujuk SPR dan tuan akan dapat jawapannya.

Untuk makluman tuan, lampiran kertas undi yang dipangkah oleh anggota akan disahkan dahulu oleh pegawai atasan yang berada dalam dewan pengundian sebelum dimasukkan dalam peti undi. Dalam kes-kes tertentu ada juga anggota yang khusus diarahkan untuk memangkah semua kertas undi 'DUPLICATE' sekiranya kawasan tersebut dilihat sebagai bermasalah. Jadi secara UMUMNYA saya ulangi, undi pos tidak perenah mengecewakan BN dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Saya hanya menjawab dari apa yang saya dengar dari pengalaman seorang bapa.