Salam Bloggers!
Kali ini saya akan membicarakan tentang perjuangan 'tulus' UMNO untuk Bangsa Melayu. Sekiranya catatan ini mengguris perasaan sesiapa sahaja amatlah saya kesali tetapi bacalah dengan hati dan minda yang terbuka bukan melulu nafsu dan menyala amarah.
p/s:Kepada para pengunjung saya memohon jasa baik tuan untuk memberikan sebarang komen, saya pohon anda untuk menegur sekiranya tulisan saya ini tidak betul dan fitnah semata.
Walaupun berulangkali dinyatakan bahawa perjuangan yang berteraskan satu-satu kaum atau bangsa adalah perjuangan yang tidaklah murni mengikut syariat Islam.
Adakah menjadi kesalahan apabila saya menyatakan perjuangan UMNO berteraskan kebangsaan adalah palsu dan retorik semata-mata? Saya tak berniat untuk meniup sebarang sentimen perkauman kerana tiada gunanya 'bermain api kalau berumahkan kotak kering'. Namun begitu, atas azam dan iltizam untuk menyedarkan ummah maka saya akan terus menulis tentang tajuk yang mungkin menghangatkan punggung sesiapa yang masih hidup brbantalkan nilai perkauman dan Islam yang menjadi teras perjuangan membangun ummah.
Benarkah UMNO parti Melayu? Melayu mana yang diperjuangkan UMNO? Benarkah UMNO parti yang ikhlas memperjuangkan Melayu? Siapa pemimpin UMNO yang benar-benar Melayu? Lihat contoh yang saya nyatakan.
1. Khir Toyo@Joyo Erodikromo merupakan mantan Menteri Besar Selangor merangkap mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, bapanya berasal dari Pulau Jawa Indonesia.
p/s:Adakah Melayu Jawa yang ingin UMNO pejuangkan?
2. Hishamuddin Hussein Onn merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dari 2004, neneknya Puan Hanim Rogayah berasal dari Scarcia, Turki.
p/s:Adakah Melayu Turki yang UMNO perjuangkan?
3. Syed Hamid Albar Byed Jaafar Albar merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, susur galur keturunannya berasal dari Hadralmaut, Arab Saudi.
p/s:Adakah Melayu Arab yang UMNO perjuangkan?
Mahathir Mohamad Iskandar merupakan Mantan Presiden UMNO dua era iaitu era sebelum dan selepas 1988, keturunannya berasal dari Kerala India.
p/s:adakah Melayu India yang UMNO perjuangkan?
Ini belum saya sentuh tentang ahli-ahli UMNO seramai lebih 3 juta yang terdiri dari pelbagai keturunan seperti Siam, Banjar, Bugis, Bajau, Sungai dan lain-lain.
Di sini jelas, UMNO sendiri keliru dalam mendefinisikan maksud Melayu yang sebenar yang telah diperjuangkan. Kalau hendak katakan Islam menjadi teras kepada UMNO , mengapa ada dalam kalnagan ahli yang bukan beragama Islam? Kedaulatan bangsa manakah yang heboh diperkatakan UMNO? Maksud singkatan UMNO sendiri memberi erti "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu". entah Melayu mana yang dimaksudkan UMNO.
Kadang-kadang, saya terasa lucu bila ada yang bersungguh mempertahankan kononnya apa yang disifatkan sebagai ketuanan Melayu dan Islam dari kalangan ahli UMNO sedangkan bila timbul isu seperti kehadiran Pasukan Kriket Israel(sebuah negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia dan terang-terangan memusuhi Islam seperti ayng berlaku di Palestin), kehadiran Pasukan Bolasepak Chelsea yang mana pengurus dan salah seorang pemainnya adalah warganegara Israel, boleh dikatakan tiada wajah-wajah setia Melayu UMNO yang muncul di kaca TV untuk membantah kehadiran mereka itu, tetapi apabila timbul isu seperti yang berlaku di Pulau Pinang apabila seorang ketua bahagian yang status originaliti Melayunya boleh dipertikai, lantas kedengaran dan kenampakan muka-muka pengecut UMNO menentang 'kemungkaran' ini. Mengapa perlu wujud 'double standard' dalam hal sebegini khususnya dalam diri pejuang UMNO?
Alangkah baiknya kalau UMNO balik semula kepada perjuangan Islam yang sebenar, barulah kekalutan yang berlaku dewasa ini tidak berlarutan sehingga memberikan kesan yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Saya meletakkan kesalahan ini kepada pejuang UMNO semasa yang dilihat terlalu lemah untuk mengembalikan kuasa politik mutlak yang mampu merubah sebarang perkara di Malaysia. Kenapa bila apa yang dikatakan 'kuasa yang semakin terhakis' akibat kegagalan dan kekalahan teruk dalam PRU-12 baru ada yang bangun dari lena dan ada yang masih tidur dibuai mimpi indah serta menambah kekalutan yang sebenarnya retorik UMNO semata-mata?
Kesimpulannya, inilah akibat kalau masih ada pemimpin yang rakus dan tak mahu kehilangan kuasa pemerintahan sedangkan diri dan umum mengetahui bahawa sang penguasa itu sudah tidak berdaya melaksanakan pemerintahan secara yang terbaik dan adil untuk semua rakyat.Saya tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh Ku Li ketika ditanya wartawan mengenai penangguhan Perhimpunan Agung UMNO iaitu "Pelan peralihan kuasa terbaru antara dua pemimpin tertinggi parti itu sebagai "permainan budak-budak yang tidak habis-habis berebut barang kau dan aku". Ini menunjukkan UMNO itu hakmilik kekal dua orang pemegang jawatan tertinggi dan ahli akar umbi tidak boleh sesekali membantah sebarang keputusan yang dibuat oleh mereka. maka jadilah pemimpin UMNO itu sebagai pemimpin yang 'busuk kaki' dan 'kotor perut' kerana tidak menunaikan hak kepada ahlinya.
Renungkan....
Mohon Bicara Lagi,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
Sesempurna Air,
Bukankah UMNO ini ditubuhkan atas panduan British. Penjajah British sememangnya tidak mahu parti yang berlandaskan Islam menggantikan tempatnya apabila mereka telah pulang ke England.
Setiausaha Tanah Jajahan British di India, Lord Cromer pernah menulis buku The Modern Egypt yang menyebut, British tidak akan menyerahkan bekas tanah jajahannya sehingga ianya pasti bahawa pengantinya akan dapat meneruskan sistem yang ditinggalkan. Untuk menegakkan sebuah negara Islam walau barang sehari, tidak akan dibenarkan sama sekali.
Jadi sebab itulah UMNO sehingga ke hari ini tidak akan boleh untuk menerima Islam sebagai dasar perjuangannya.
Sehingga ke hari ini hanya Republik Islam Iran satu-satunya negara bekas jajahan Barat yang berjaya melepaskan diri dari rantaian Britis itu.
http://rahimkassim.blogspot.com/
"Sehingga ke hari ini hanya Republik Islam Iran satu-satunya negara bekas jajahan Barat yang berjaya melepaskan diri dari rantaian Britis itu"
nampaknya kita tidak memahami sejarah dengan lebih adil. iran sekali pun terlepas daripada British, ia tidak bermakna mereka terlepas daripada bencara yang jauh lebih besar daripada itu, kezaliman puak syiah - sudahkah kita membacanya? British tahu bahawa membebaskan iran adalah jauh lebih baik daripada menjajahnya, kerana pemusuhan iran yang sangat dalam terhadap sunni. PAS menerima dasar Islam, tetapi tidak melaksanakannya. sebab itu PAS jauh lebih bahaya daripada UMNO. kebatilan jika puak mereka lakukan, akan ditutup dengan pelbagai nas, tetapi jika puak UMNO yang melakukannya mereka keluar nas yang lain pula. buta benar hati kita ini. selamat hari raya maaf zahir batin.
Salam!
Terima kasih atas komen yang diberi. Rasanya, kedua-dua memberi komen berlandaskan pembacaan masing-masing jadi saya tiada hak untuk mempertikaikan bacaan mereka yang ilmiah itu tetapi berbalik kepada soalan utama saya, Melayu yang bagaimana UMNO perjuangkan? Mungkin Azli boleh jawab kerana dia memang ahli UMNO yang tulen...
thx!
Bro Water-loo...(Takde nickname ka?)
Pendapat yg bagus,tapi..........
Gua rasa...lu kena belek kamus cari maksud K.E.T.U.A.N.A.N! Thennn...Baru lu start balik sembang soal Melayu mamak...Melayu banjar...Melayu Siam...Melayu Jawa...apa2 Melayu lahh!
Gua yg tak sokong mana Umno ni pun,paham agenda ketuanan tu! Cuma masalahnya, kekayaan tak diagih lah pulakk!Gua tak gemar sgt cakap2 soal Malaysian nihhh...Melayu dlm ruang lingkup Malaysian tu,confirm ketinggalan!
Jangan duk tgk kat diri sendiri je yg hebat, skolah tinggi, kerja bagus! Melayu yang duk melarat kat kampung2 tu..Tu pun Melayu jugak! Ke nak class-kan Melayu tu 2nd Class!
Hmm..Gua tak pk gua ni racist ke apa!Tp...dengan cara pemerintahan sekarang yg dominasinya Melayu (umno) pun...9/10 yang terkaya tu pun non-Malay!Kalau lg nak 'kasi' lagi...Ish,taktau lahhh!
Ops..Gua pun taktau lu skolah tinggi mana,tp bila lu cakap soal Islam nih..Apa kata lu baca secara santai Piagam Madinah!!! Sukatan form 2 je tu...Maybe lu bleh dpt apa2 point!
I like Malaysian..but my love goes to Malays!
Selamat hari raya!
Roger!
Salam,
Saudara Aboo, that's why saya kata UMNO kena balik kepada perjuangan yang berteraskan Islam yang sebenar. Tidak ambil suku-suku...itu yang jadi payah bila pemimpin UMNO suka sangat bercakap tentang semangat ketuanan melayu...saya langsung tidak bersetuju lantaran itu saya bertanakan soalan tentang Melayu yang bagaimana UMNO hendak perjuangkan? Jadi, di sini jelas bahawa selagi UMNO berretorik memperjuangkan Melayu maka selama itulah kita akan dapat apa yang telah kita dapat selama ini.
anyway thx!
Salam!
makna K-E-T-U-A-N-A-N :
hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak;
thx!
Brader,
Yes, Bagus - sebenarnya apa yang saudara tulis dan persoalkan di sini adalah valid. Bukan nak bodek, tapi ternyata saudara adalah "kelas intelek" dalam menyampaikan persoalan-persoalan politik.
Saya ni secara jujur dan ikhlas, BUKAN kelas intelektual bila cakap/tulis hal politik. Sebab tu saya buat satire, spoof & lampoon - saya guna sebagai sumber hiburan. Banyak benda yang saya tak puas hati, confused - kalau duduk diam, akan jadi tekanan mental!
Namun, satu perkara yang perlu disebutkan di sini: Ya, istilah "Melayu" ni sendiri - Saudara telah kemukankan sesuatu yang valid - "SIAPA dia MELAYU ni"? Camana nak tentukan "asli/betul" dengan yang celup?
Masalah, kan? Sebab ramai dari kita tentunya ada darah campuran. Dan di sinilah terletaknya kekuatan PAS... berjuang atas nama AGAMA - clear and simple!
Salam!
Bro Mat Cendana,
Terima kasih atas komen tuan.Saya rasakan pujian tuan ini tak layak buat saya yang baru menjelajah dunia blog ini. Sebenarnya saya pun sedang tunggu Azli memberikan komen tentang persoalan pokok iaitu "Melayu yang bagaimana yang UMNO hendak perjuangkan?"
anyway, thx!
sy sllu pk ttg istilah melayu n umno..adakan umno perlu jd dlm cite pendekar bujang lapuk....si sudin sebut..alif min num wau...sy sokong perjuangan Datuk Zainul Zahidi(maaf andai kte tslp)...sy nk pemimpin yg bnr2 melayu sejati,bukan melayu yg dicelup dgn keturunan lain...sy xnk org melayu berbangga yg org melayu jg blh mld antara 10 terkaya di malaysia...sdgkn,ibu bapa nya berasal dr negara arab...ibarat kite tumpang name pd org yg bkn keturunan kite...mst kite tau sp org "melayu" yg sy msdkn...
dlm perlembagaan,melayu bmsd
(1)seorang yg beragama islam
(2)bertutur dlm bhsa melayu
(3)mengamalkn budaya dn adat resam mlyu
Perfectwater,
Terima kasih kerana logo morhabshi yg 'cantik' tu... harap tidak mencacatkan blog sdra. Memang salah satu tujuan saya utk memberi peluang para blogger yg berminat mencuba dulu. Saya rasa ‘komisyen per klik’ tu tak berbaloi pun kalau nak diharapkan. Saje-saje buat gempaq je...
Berbalik pada persoalan 'siapa Melayu'? Saya lihat ‘Nokiadaun’ telah memberikan rujukan yang tepat. Sebenarnya lah orang Melayu yg diperkatakan di Malaysia adalah merujuk kpd istilah yg terdpt pada Perkara 160 tersbt. Bagi saya perkara ini adalah asas yg tak perlu dibangkitkan semula.
Ketuanan Melayu (SMS drpd seorg intelek kpd saya)
Istilah sinonim - supremacy (dominance), equality, nationalism, fairness. Ketuanan dirujuk pd Raja Melayu sbg ketua negara. Pakej Melayu ialah agama Islam, adat resam, bahasa melayu. Raja adalah guardian pd Islam. Ketuanan Melayu ialah penjagaan syiar Islam. 67% penduduk adalah bumiputera (55% Melayu). Orang asli tidak jadi raja kerana sejarah dahulu kelompok ini tidak pernah ada kerajaan kecuali dlm kumpulan kecil. Orang Melayu ada kerajaan spt Langkasuka, Patani, Johor Riau, Champa dll. Pemerintah wajar ikut demografi. Performans sosioekonomi dan pendidikan Bumiputera hingga kini adalah di bawah 35%. Kelompok ini wajar dibela kerana ada polarisasi kaum sekurang-kurangnya setara dengan kaum lain atau seadilnya 66% (ikut demografi).
Tambahan saya:
Imigran terbahagi dua iaitu imigran antarabangsa yakni kelompok yg menyeberang atau keluar drpd wilayahnya spt China, India, Arab dan Eropah yg berhijrah ke Tanah Melayu. Manakala imigran tempatan merujuk pada penduduk di kepulauan Melayu/nusantara yg berpindah randah antara satu pulau ke pulau lain dalam wilayah sendiri. Hal ini termasuklah Parameswara, Hang Tuah dan saya sendiri iaitu sebelah bapa saya Mandailing (Sumatera) dan sebelah ibu darpd Bugis (Sulawesi).
Walau bagaimanapun semua ini terikat pada Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan 1957 yg dipegang oleh semua pihak. Apa perbincangan sekalipun perlu berbalik kpd fakta agar kita tidak terkeliru dan dikelirukan.
Jika tidak, banyak perkara boleh dipertikaikan termasuklah dari mana keturunan orang Eropah bermula? Dari mana asal usul keturunan Nabi Muhammad dan sebagainya. Akhirnya kita akan mati dgn bertikaian tak habis2.
Saya kemukakan dua catatan ringkas di atas sbg permulaan memandangkan esok hari raya dan saya sedang rebus ketupat kat luar tu. Bagi yg mengikuti tulisan saya dlm blog waadat perkara yg dibangkitkan tadi sudah acap kami bincangkan dan saya dpt byk respon menarik. Malah ramai juga yg sebelum ini keliru dgn perjuangan senduiri akhirnya bersetuju dgn perkara ini. Lagipun, takkanlah selama lebih 50 tahun bapa & datuk kita spt Dato’ Onn, Tunku, Tan Cheng Lok, Tun Sambanthan dan sekalian yg lain begitu bodoh melakukan kontrak sosial.
Meskipun ramai yg mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan yg dikatakan dirumus oleh org luar namun perlu diingat isi kandungannya memang berasaskan kehendak rakyat ketika itu. Kita belum lahir dan tidak tahu langsung keperluan negara pada masa itu.
Soal perjuangan Melayu:
Setakat ini semua pemimpin Melayu konsisten dlm mempertahankan perkara itu termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS. Malah ini juga yg diperjuangkan oleh penasihat PKR suatu masa dulu. Bagi saya kita perlu berpegang pada ayat Al Quran:
“Jagalah dirimu dan ahli keluarga dari api neraka:”
Lihat perkataan ‘dirimu’ dan ‘ahli keluargamu’ dalam ayat tersebut.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya”
(Kedua-dua ayat tsbt saya taip secara spontan dan saya lupa nama surahnya. Betulkan jika saya silap).
Malah itu juga salah satu sebab Allah Taala turunkan nabi Muhammad SAW kpd bangsa Arab yakni utk membetulkan kaum tersebut terlebih dahulu. (kupasannya agak panjang). Rasulullah tahu balasan kpd org yg beriman ialah syurga maka Baginda berdakwah kpd keluarga dan kaumnya terlebih dulu. Peluang utk masuk ke syurga tsbt dibuka kpd ‘ahli bait’ terlebih dulu.
Dalam kita ghairah utk berlaku adil dan memperjuangkan universal atau global, siapakah yg akan memperjuangkan nasib bangsa kita? Adakah pemimpin kaum/bangsa/negara lain akan mengambil berat kebajikan kita?
“Kuntum khairun ummatin ukhrijat linnas”
Bukankah ayat tersebut juga menyebut tentang kaum?
Jika kita ingin bersikap adil pd kaum lain, sememangnya itulah yg dituntut dalam Islam sebagaimana ayat berikut:
“Tiada paksaan dalam beragama” dan “lakum dinukum waliyadin” (kedua-dua ayat tersebut dalam surah berbeza - penulis).
Yakni kita tidak boleh sama sekali memaksa penganut agama lain menyertai agama Islam.
Saudara2 yg saya hormati sekalian,
Semangat dan perjuangan memang indah diucapkan. Terasa begitu luhur dan menyegarkan. Namun kita perlu bersikap realistik. Kesilapan tetap satu kesilapan tetapi jika diungkit-ungkit maka ia menjadi satu lagi kesilapan. Melaka bukan diruntuhkan akibat rasuah tetapi Melaka tewas apabila pemimpin berpecah kerana marahkan isu rasuah. Para pedagang pula sanggup menyebelahi pihak penjajah kerana geram dan tidak puas hati dgn perbuatan rasuah. Itu yg dikatakan marahkan pijat kelambu dibakar.
Saya lihat ramai yg tersarar drpd perjuangan lantaran gagal memahami matlamat kehidupan dan tujuan bernegara. Malah ramai yg sewenang-wenang ‘membunuh Hang Tuah’ dgn membuat pelbagai tohmahan dan ejekan tanpa pernah membaca dan memahami perjuangan beliau. Insya Allah, selepas raya nanti Demang akan mula mengupas sejarah Hang Tuah selaku seorang negarawan, usahawan, ilmuan dan pejuang tulin.
Kebetulan saya sedang membaca buku Hang Tuah’s Strategy Mind oleh Dr Ong Hean Tatt 2004 yg membandingkan pemikiran Hang Tuah selaku wira Melayu dgn Sun Tzu iaitu wira legenda China.
(nampaknya org Melayu sahaja yg tak menghargai bangsa sendiri...)
Berkunjunglah selalu ke http://waadat.blogspot.com
Selamat Hari Raya aidil fitri. Maaf zahir bathin.
(maaf ye tuan rumah. Terlajak tulis lak...)
salam kunjung! hahaha apa jenis melayu sekalipun... kemana kamu semua tika aku memerlukan wang mau membeli nasik bungkus ha? hahahah memang umno langsung tiada dihatiku!
[url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose hybridge[/url] Even then the changes you can get with exercise are a crapshoot, it may help if you're built the right way but even the biggest change will be small, or it may just do nothing except increase your band size (which is what happened to me). [url=http://www.busesbitermi.com]beats by dre[/url] Dwudrs
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin outlet uk[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]Canada Goose Jacken outlet[/url] Gmdaap [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]pandora Sale[/url]
[url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose[/url] They want to look hot, because that gives them more status with their friends.. [url=http://www.busesbitermi.com]dr dre beats heartbeats cheap[/url] Hejghv
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin uk[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]Canada Goose Parka[/url] Koooow [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]pandora bracelets sale[/url]
[url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose bomber[/url] During the rinse cycle, add 1/2 cup of lemon juice. [url=http://www.busesbitermi.com]beats by dre[/url] Xygddw
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin outlet[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]Canada Goose Jacken outlet[/url] Fjbkko [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]pandora uk[/url]
Catat Ulasan