Januari 27, 2009

Benarkah Ini Antara Isu Penyebab Kekalahan UMNO Dalam PRK P.036 Kuala Terengganu???

Salam Bloggers!

Kenyataan ini telah saya salinkan dari satu email yang dikirimkan dalam satu group yang saya sertai sebagai ahlinya. Mungkin boleh dijadikan sesuatu yang berguna untuk para penggiat politik khususnya UMNO yang dikatakan terlalu dahsyat mainannya sekarang tambah-tambah menjelang Pemilihan UMNO Mac nanti.

Untuk makluman, saya langsung tak menyunting barang satu huruf bagi memastikan ia tulen daripada pengirimnya yang bernama Azmi Mat Akhir (binmatakhir@gmail.com)

"terlebih dulu uncle mohon maaf kiranya komen uncle ni akn menimbulkan spekulasi kpd sahabat SIM...kerana kita terdiri drp berbagai fahaman politik...sebabnya SIM bebas dari unsur2 politik, jadi ahlinya bebas berpolitik...
Just 4 info, uncle bukanlah dari kalangan org2 politik, tetapi adalah ambil cakna senario politik semasa ni...
secara peribadi uncle dalam risik2 bersama teman2 dlm umno/ pas/ pkr...tempatan kawasan uncle sekitar parlimen kemaman...

salah satu isu yg dimainkan pembangkang ialah PEMBUKAAN PASARAYA GIANT DIMESRA MALL KERTEH masih menjadi tandatanya kerana telah lebih 3 bulan mesra mall dibuka tetapi pasaraya giant masih lagi disekat atas sebab2 yg dikaitkan dgn politik...

Cuba bayangkan anak2 tempatan kemasek/ kerteh yg telah dihantar training oleh pihak giant selama 6 bulan di giant kuantan dan kual trg....bila balik kampong tk dapat bekerja kerana giant tk dpt dibuka...bermcm2 spekulasi yg didgr oleh rakyat kawasan kemasek/ kerteh...termasuk anak saudara uncle 2 org di kemasek tidak dpt kerja lagi atas sbb giant masih dilarang beroperasi...so what???? LEBIH 100 ORANG ANAK2 TEMPATAN KEMASEK/ KERTEH JADI PENGANGGUR SEKARANG!!!!...lu fikirlah sendiri...

keduanya adalah isu wang zakat fitrah fakir miskin bulan ramadhan baru ni...
bagi rakyat negeri terengganu yg sepatutnya layak mendapat wang tersebut telah dinafikan haknya atas dasar kerajaan perlukan wang tersebut untk lain2 urusan...INI KATA DIKALANGAN POLITIK UMNO...so rakyat yg amat memerlukan tidak dpt menerima sebrg alasan kerajaan itu...walaupun kerajaan membahagi2 wang dana hari raya, tetapi itu banyak ditumpukan kpd org2 dlm ahli / penyokong UMNO...tetapi wang zakat semua golongan fahaman politik merasainya...lu fikirlah lagi!!!!


ketiganya...PENGURUSAN JKKK DLM KAMPONG...yg mana JKKK ini bnyk tidak memainkan peranan dlm membantu rakyat yg hidup miskin serta layak dibantu...tetapi atas sifat keegoan JKKK maka ramai yg tidak merasa apa jua bentuk bantuan yg kerajaan sediakan utk rakyat tanpa fahaman politik...HAH!!!...SIAPA SALAH???
dikawasan uncle sendiri betapa ramai org2 tua yg sakit kronik/ miskin dan suami isteri sakit tetapi semuanya dibiarkan pihak JKKK...apabila ada dikalangan ahli UMNO sendiri yg menegurnya maka org itu akan dimatikan karier politik mereka...inilah dasar yg diungguli dlm politik UMNO sekrg ni...maka siapa yg silap pilih pemimpin jika satu2 kekalahan dlm pilihanray itu terjadi????
CUBA RENUNG2KAN...FIKIR2KAN....

dan banyk lagi faktor2 yg menyebabkan rakyat menolak UMNO/BN dimasa ini...
So skrg bagi uncle, jika benar2 kerajaan UMNO/BN hendak pulihkan emej...serta menarik semula perhatian rakyat...maka bertindaklah sekrg...sepertimana YAB Najib katakan semlm...banyak pemimpin UMNO/BN tidak MESRA RAKYAT...

atas pagar....dil tu pagar hi...
uncle lie
kemaman


p/s: Kalau beginilah, perfectwater yakin UMNO akan meninggal dunia tahun ke 63 umurnya sekiranya tiada 'reformasi' dibuat secara agresif bagi memperbetulkan situasi ini. Cadangan ikhlas saya, Najib Letak Jawatan!!! thx!

3 ulasan:

Fazrulls berkata...

Salam,

Mungkin ada benarnya...

Hmm faktor2 ringan yang kadang kala tidak dipandang inilah akan menyumbang kepada kemusnahan.

perfectwater75 berkata...

Salam F.A.Z.R.U.L.L.S,

Rakyat kini bukan rakyat era tunku menjadi PM. Masyarakat kini lebih bermaklumat jadi sekiranya mentaliti pemimpin masih 'seperti dulu' maka tak hairanlah kalau mereka terus ditolak rakyat...akhirnya rakyat juga yang menjadi mangsa akibat kemarahan pemimpin...maka naiklah harga barang atas alasan kerajaan tak mampu menanggung subsidi dan lain-lain.

Bila harga barang naik, kerajaan seperti hilang kuasa untuk menurunkan semula harga barang tersebut...pelik tapi benar...

thx F.A.Z.R.U.L.L.S

NIZAM MAT SAARI berkata...

Salam,

Saya juga tidak suka BN naik! Cuma satu yang saya tak suka pulak dengan PR sekarang kerana mengingkari TITAH SULTAN.

Ya, Sultan bukanlah Tuhan, tetapi itulah simbol yang kita letakkan ketaatan, simbol kestabilan dan pemutus dalam menentukan kestabilan.

Woi, Sultan Perak tu bukan calang-calang orang dalam perundangan negara, dia bekas Ketua Hakim Negara.

Kalau Sultan pun kita dah tak hormat, kita hormat siapa? Diri sendiri pun kita dah tak hormat sebab PR sanggup menggadaikan maruah sendiri dan memukul canang bahawa melompat parti itu halal.

Ahh, usahlah cakap pasal HAK RAKYAT sekarang ini, kerana semasa PR di atas, tak kisah pun pasal HAK RAKYAT.

Masa Nasarudin masuk PKR, tak timbul pun soal HAK RAKYAT!

Sebab itulah ALLAH HUKUM kalian. Itu pun tak sedar lagi!

Bak main politik, mainlah dengan IKHLAS, TAWADUK DAN PENUH KEINSAFAN DAN TANGGUNGJAWAB.

Apakah nilai keimanan dan ketaqwaan Tuan-tuan dalam PR?

NIZAM MAT SAARI
http://nizammatsaari.com/blog
http://nizammatsaari.blogspot.com