Januari 07, 2009

KEMPEN BOIKOT KONSERT HARAM RIHANNA


Salam Bloggers!

Saya menyeru kepada semua blogger yang ada di Malaysia agar sekali lagi menggunakan kuasa dan pengaruh yang ada untuk sama-sama berkempen memulaukan dan menyekat Konsert Rihanna yang dijangka akan diadakan pada 13 Februari 2009. Saya cukup hairan mengapa pihak berkuasa yang ada sanggup meluluskan satu persembahan artis barat dalam masa yang sama kita simpati kepada nasib rakyat Palestin dan membenci kepada apa yang disifatkan sebagai kekejaman Israel(Yahudi Laknatullah) yang disokong Amerika Syarikat.

Dengan ini saya melancarkan kempen pemulauan Konsert Rihanna Kuala Lumpur 2009. Rakan blogger yang rasa terpanggil, saya harapkan dapat menampal imej 'BOYCOTT RIHANNA' yang saya lampirkan bersama artikel ini.

Terima kasih...

4 ulasan:

Fazrulls berkata...

Salam Bro,

YA... kita pulaukan...

takkan di kala umat islam bersedih kita nak bersuka ria dan berhibur pulak....

USD berkata...

Salam, Usaha sdr dsokong penuh!

Tanpa Nama berkata...

Salam, terima kasih kerana bersama menyokong usaha ini.

Saya ingin menjemput saudara ke perbincangan malam ini jika berkesempatan.

azizan berkata...

Assalamualaikum,
Sama-sama kita boikot nanti...nak beli ke perfume yang saya jual tu. Tolong sesama Islam...hubungi saya ye.
Terima kasih.