Januari 17, 2009

PAS Menang! Najib Kalah... Satu Penilaian Semula

Salam Bloggers!

Malam ini satu lagi sejarah telah tercipta. Kemenangan Pakatan Rakyat melalui calon PAS Mohamad Abdul Wahid Endut atau MAWE ke atas calon 'favorite' Pak Lah dan Najib iaitu Wan Farid mantan senator dan Timbalan Menteri dalam Negeri yang dikatakan proksi Pak Lah yang telah menganiayai mantan Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Dato' Razali Ismail yang secara terang dan nyata menjadi mangsa politik UMNO yang kotor teramat sangat.

Keputusan PRK Kuala Terengganu 2009 telah menjadi petanda bahawa calon yang dicanangkan sebagai bakal pengganti PM Pak Lah sekali kali gagal membawa parti yang bakal dipimpinnya selepas Mac 2009 untuk mewnarik sokongan rakyat dan sudah semakin jelas imej semasa Najib yang telah tercemar dengan kes mahkamah semasa juga memberikan 'signal' beliau bukanlah layak untuk menduduki Seri Perdana Putrajaya pada April 2009 ini.

Variasi isu-isu yang lapok ditambah dengan umpan usang BN ternyata secara mutlaknya telah gagal menarik lebih majoriti undi untuk memihak kepada BN dalam PRK kali ini. Walaupun BN disokong oleh kuncu-kuncu Media Perdana Negara yang tak pernah adil memberikan liputan menyeluruh kepada semua calon yang bertanding namun ia dilihat menambah simpati pengundi untuk membantu Pakatan Rakyat menguasai satu lagi kerusi parlimen di Dewan Rakyat. Mainan isu hudud umpamanya telah memberikan kesan negatif kepada kempen BN kerana ia adalah satu kelebihan yang dimilki pembangkang di Terengganu kerana rakyat Terengganu telah jelas mengenai hudud yang telah diluluskan dan mendapat perkenan Sultan Terengganu yang kini menjadi Yang DiPertuan Agung. Harus diingat, hanya Perlembagaan Malaysia yang menggagalkan pelaksanaan Hudud di negeri tersebut bukannya kegagalan Mantan Menteri Besar Terengganu TG Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang. Isu royalti yang cuba diperbetulkan oleh BN/UMNO juga menjadi isu atau senjata yang makan tuan kerana umum mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pusat BN/UMNO yang mengenepikan hak rakyat Terengganu secara keseluruhan selama hampir 10 tahun selepas PAS menguasai Terengganu pada PRU 1999. Bagaimana rakyat hendak menerima penafian Kerajaan BN mengenepikan hak mereka selama hampir sedekad dengan royalti minyak ini sedangkan hakikatnya mereka telah mengambil hak tersebut secara zalim selama sepenggal pemerintahan PAS dan sepenggal lagi ketika era Dato' Seri Idris Jusoh (DSIJ) sebagai MB. Walaupun pada era DSIJ, Wang Ihsan menjadi pengganti kepada bayaran royalti minyak tetapi ia tidak dinikmati sepenuhnya oleh majoriti rakyat Terengganu sama ada dari BN ataupun pembangkang.

Sesungguhnya keputusan pengundian malam ini telah menampakkan kegagalan jentera BN yang terpaksa mengimport ribuan petugas dari seluruh negeri di Malaysia secara nyata. Rakyat Malaysia secara umum dan Kuala Terengganu secara khususnya telah membuktikan kematangan politik yang terbaik dengan memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat iaitu MAWE tanpa mengira isu yang dimainkan oleh BN/UMNO dalam usaha untuk menggambarkan kerapuhan pakatan pembangkang.

Saya secara peribadi ingin mengalungkan ucapan tahniah di atas usaha bersungguh para bloggers Malaysia yang kuat mempertahankan kebenaran dan melaporkan kebenaran tanpa memilih bulu dengan sumber adil dan benar tidak seperti media perdana yang nampak sangat menjadi barua politik UMNO sepanjang minggu kempen PRK ini berlangsung.

Kepada Najib, saya ingin menitipkan pesanan, usah lagi memahatkan pemikiran bahawa rakyat sentiasa bodoh dan bendul dalam menerima setiap apa yang diperkatakan oleh anda. Kalau benar anda layak sebagai PM, buktikanlah secara istiqamah dan bukannya bermusim sahaja. Sama juga keopada semua pimpinan UMNO, anda masih mempunyai masa untuk mengurus kekalahan dengan jalan yang terbaik. Muhasabahlah diri dan terapkan nilai mahmudah dalam perjalanan anda sebagai politikawan UMNO yang teguh memegang perlembagaan UMNO, bukannya mengenepikan nilai pertauran yang sedia wujud dan hanya menggunakannya bila tiba hari persidangan sahaja.

Kepada YB MAWE, ucapan tahniah dan selamat berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru. Semoga anda menjalankan khidmat dengan penuh beramanah dan jujur tanpa mengira fahaman dan ideologi, agama dan bangsa pengundi-pengundi di Kuala Terengganu.

Buat Pak Lah, carilah pengganti yang benar-benar mampu memerintah dengan baik dan berakhlak mulia. Ia satu kewajipan. Kalau Pak Lah berani, buatlah satu pemilihan ala demokrasi Amerika mengikut acuan kita untuk memilih pengganti kerana ia adalah wajib bagi seorang pemimpin. Berilah peluang kepada seluruh ahli UMNO kalau peluang itu tidak mahu diberikan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya untuk memilih pengganti Pak Lah. Saya yakin tentunya wajah lain dan tidak serupa dengan Najib akan menggantikan Pak Lah akan dipilih ahli UMNO.

Tahniah!!!! Rakyat Malaysia Telah Matang Berpolitik!

2 ulasan:

KHAIRUL berkata...

Tun pernah berkata tempoh hari,
"Wan Farid adalah SEBURUK-BURUK calon bagi UMNO" .
Apabila Pak Lah diminta mengulas kenyataan Tun, Pak Lah dengan bodoh sombong dan penuh keegoaan berkata, "MAHATHIR sudah TIDAK RELEVAN dalam UMNO".
Skrg siapa yang tidak RELEVAN?

perfectwater75 berkata...

Salam Khairul,

Bukan setakat wan farid sahaja yang seburuk-buruk calon. Majoriti Ahli Parlimen UMNO sama ada yang menang atau yang kalah adalah seburuk-buruk calon termasuklah Najib dan Pak Lah sendiri.

thx!