Januari 30, 2009

Tajol Sudah Kojol...Kini giliran Shahidan pulak???!!!

Salam Bloggers!

Semestinya kesan paling dahsyat akibat daripada 'lompatnya' Datuk Nasaruddin ADUN BOTA dari UMNO ke PKR ialah 'KOJOL'nya seorang lagi 'pemimpin agung' UMNO Perak yang dijangka akan terus malap selamnya karier politik beliau selepas ini iaitu Dato' Seri Tajol Rosli Mantan Menteri Besar Perak yang mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah BN Perak apabila kehilangan sebuah negeri yang kaya hasil mahsulnya kepada pembangkang (dulunya) yang kini 'megah' menjadi kerajaan negeri yang baru dengan Dato' Seri Ir. Nizar yang sendiri tak menjangka dirinya akan menjadi MB Perak pasca PRU 12 2008.

Ia seperti menambah keperitan UMNO yang baru sahaja tewas dalam PRK P.036 Kuala Terengganu melalui calon 'kegemaran ramai' pilihan bersama 'PM,TPM & MB Terengganu dan bila tewas mula ada yang pakat tak mengaku itu pilihan mereka. Pelbagai teori yang dibentangkan oleh 'cerdik-pandai atau bodoh-bangang' UMNO selepas kekalahan tersebut. Ada yang menyalahkan majoriti pengundi yang keluar rendah jika dibandingkan ketika PRU 12, ada yang menjadi pakar matematik, ada yang terus menghentam kesilapan memilih calon, ada yang tuduh menuduh sesama sendiri kerana tak mahu mengambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut. Biarlah UMNO terjun dengan labu-labunya kalau terus tak mahu mengambil iktibar akibat kekalahan tersebut selepas ini.

Bukan isu PRK P.036 yang hendak saya ulaskan tetapi isu kojolnya TAJOL akan berkait pula selepas ini dengan seorang lagi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri iaitu Perlis, tokoh yang dikatakan bakal menuruti jejak Tajol untuk padam dalam realiti politik UMNO selepas ini ialah Dato' Seri Shahidan Kassim.

Konspirasi untuk melucutkan jawatan lantikan Presiden ini dikatakan telah dijalankan secara senyap-senyap antara pemimpin tertentu di peringkat negeri dan pusat. Khabar ini bukanlah khabar angin tetapi ia merupakan khabar ribut kerana kesahihan khabar ini mencapai peratusan 99.9%. Apa tidaknya kalau pemimpin pusat yang dimaksudkan itu ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru dengan Bakal Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang baru iaitu seorang pemimpin yang dikatakan sepatutnya sudah pencen satu ketika dulu tetapi tiba-tiba muncul dengan pertolongan seorang pemimpin lain yang juga turut muncul di arena politik tanahair atas sebab pembalasan budi PM semasa. Walaupun ironinya, pemimpin tersebut dicanangkan sebagai pengkhianat UMNO satu ketika dulu tetapi tetap diberikan kerusi penting di belakang MB Perlis yang baru.

Pemimpin pusat tersebut dikhabarkan telah memberi jaminan kepada orang-orang pemimpin nombor satu negeri yang mengadu kononnya sukar menjalankan jentera parti kerana ada dua kepala yang tak sehaluan dan jaminan bertempoh telah diberikan oleh bakal Presiden UMNO setakat akhir MAC 2009 iaitu selepas beliau dimartabatkan sebagai Presiden UMNO yang baru.

Kemelut politik terbaru ini bakal memberikan impak kepada UMNO Perlis kerana pengaruh DSSK bukan kecil anak dengan beliau sendiri pernah memerintah Perlis selama 3 penggal dan bukan sedikit yang termakan budi dengan beliau selama tempoh itu. Bagaimana agaknya Bakal Presiden UMNO hendak 'menarik rambut dari jutaan kilo tepung agar ia tak berselerak nanti'??? Saya yakin sesuatu yang kurang baik kepada UMNO sekiranya berlaku pertukaran pucuk pimpinan UMNO Perlis, sekiranya Bakal Presiden UMNO hanya mendengar cakap dua tiga orang yang kenal rapat dengannya seperti salah seorang ADUN di Perlis yang dikhabarkan mempunyai hubungan cukup rapat sehingga dicalonkan dan menang bertanding dalam PRU 12 menggantikan Ketua Bahagiannya yang digugurkan atas alasan yang kurang jelas. Di sinilah antara 'kebaikan' politik UMNO, siapa yang kenal, siapa yang rapat, walaupun dari segi hirarki kepimpinan masih tak cukup layak untuk menjadi pemimpin tetapi atas faktor yang telah disebutkan tadi maka calon itu layak secara otomatis bagi mengisi ruang yang bukan miliknya pada waktu-waktu awal. Apakah kita akan menyaksikan satu lagi episod kehancuran UMNO di Perlis selepas UMNO Perak mengalaminya? Jawapannya ada pada mereka yang berkenaan.

Saya melihat tak mustahil akan berlaku sesuatu yang tak diingini bila masa itu tiba kerana masing-masing mahu membuktikan maruah, kejaguhan, kehebatan poltik mereka. Kita hanya mampu merancang, maka Allah jua yang menentukan sesuatu. UMNO, sedarlah, andai gagal mengatur perjalanan jauhmu ini maka nantikan saat anda dikuburkan menjelang umur 63 tahun iaitu umur yang sama Nabi S.A.W wafat.

Fikir-fikirkan....thx!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

patutlah banyak masa nak komen blog prg lain rupanya blog sendiri yak ada orang nak masuk

Tanpa Nama berkata...

Latokk...sikalang siapa yang kojol?? Watever goes around, comes around...!! Tak caya...cubalah main benda dari australia tu...