Salam,
Buletin Utama TV# jam 8.00 sebentar tadi telah memaparkan Surat Rasmi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang menyatakan perletakan jawatan sebagai ADUN oleh dua ADUN yang dikhabarkan akan keluar dari PKR seperti yang diwar-warkan dengan ceria ole Pak Lah sepanjang hari ini. Namun dengan tersiarnya surat tersebut maka satu lagi episod PRK di Malaysia dan kali ini di Perak akan disaksikan rakyat seluruhnya.
Sesungguhnya inilah implikasi akibat 'lompatnya' seorang ADUN UMNO ke dalam PKR. Bayangkan jika ada lagi ADUN yang teringin melakukan perkara yang sama maka saya yakin mungkin selepas ini Najib pula yang kena letak jawatan akibat gagal seluruhnya dalam memimpin UMNO. Bahkan keputusan semasa undian dalam satu laman blog
http://harismibrahim.wordpress.com/2009/01/28/5986/
telah membuktikan kepimpinan Najib masih gagal diterima walaupun ia sekadar undian terpencil namun ia serba sedikit memberikan gambaran jelas ketidaklayakan bakal PM Malaysia itu.
Inilah penyakit UMNO yang sudah memasuki tahap keempat dan sukar untuk diubati lagi, maka saya ingin mencadangkan agar seluruh kepimpinan UMNO di peringkat PUSAT agar meletakkan jawatan beramai-ramai untuk memikul tanggungjawab atas kegagalan memacu UMNO ke arah yang lebih mantap terutama selepas PRU 12.
Biarlah semua ahli UMNO memilih kepimpinan yang baru. Berikan hak tersebut. UMNO mesti tubuhkan satu suruhanjaya untuk menjalankan pemilihan kepimpinan baru. Setiap individu UMNO diberi hak mutlak untuk bertanding dan memilih calon terbaik pilihan mereka. Saya yakin jika ini dilakukan sekarang maka imej UMNO akan kembali segar dan kembali ke tahap berdaya saing untuk mengambil semula apa yang telah mereka hilang sebelum ini. Sesungguhnya UMNO kini langsung tak berdaya untuk bersaing dengan parti-parti lain.
Fikirkan....
thx!
(kemaskini)
Dua ADUN PKR nafi letak jawatan
01/02/2009 10:01pm
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.
ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.
Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan