Februari 04, 2009

BN Bentuk Kerajaan Baru Di Perak...Siapa Yang Tidak Bermoral?

Salam Bloggers!

Saya tak tahu berapa ramai ahli UMNO yang bangga dengan 'kejayaan' Najib menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak hari ini. Inilah hakikat politik 'wangi' UMNO yang dicanangkan selama ini. Saya yakin sesuatu yang lebih dahsyat akan berlaku khususnya di Perak dan akan merebak ke seluruh negara. Inilah antara kesan yang mungkin berlaku apabila mandat majoriti rakyat dipermainkan oleh pemimpin.

Jangan terkejut kalau darurat diisytiharkan dan MAGERAN ditubuhkan dalam dua tiga hari ini.

thx!

BN bentuk kerajaan baru di Perak
04/02/2009 5:19pm

PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan

5 ulasan:

USD berkata...

Salam sdr, bmana ulasan kita jika 16/9 lalu PR bjy jd kjaan psekutuan?

perfectwater75 berkata...

Salam UstazSAID,

Salam Ziarah Ya Ustazz....,

Terima kasih atas komen dan soalan tuan.

Beginilah tuan, kenapa perlu diikut tingkah yang tidak bermoral itu kalau UMNO benar-benar parti yang memegang kesucian demokrasi dan tidak menerima orang yang tiada prinsip untuk menjadi sebahagian daripada mereka, kerana kita akan disamakan juga dengan pihak yang di sebelah itu atau tuan akan berkata inilah politik semata-mata?

Tak payahlah saya nak mengajar tuan Ustaz pula dalam hal ini kerana Ustaz lebih 'aarif dalam hal sebegini. Cuma sekadar contoh, saya buang najis di depan rumah Ustaz dan kemudian Ustaz gunakan cara yang sama kepada saya. Tidakkah kita sama 'busuk' perangai dan peribadi?

Ad-din As-Siasah...Agama itu kenegaraan (Politik). Saya amat yakin kalau sesuatu yang kita lakukan melalui politik kalau ia benar mengikut apa yang digariskan Islam maka kita akan menolak perbuatan 'BANGSAT & TIDAK BERMORAL'

Mereka ini tak layak menjadi wakil kepada rakyat kerana mengkhianati amanah rakyat.Itu yang dikatakan oleh pemimpin dan 'akar umbi' UMNO selepas melompatnya Dato' Nasa ke dalam PKR. Cuba tuan tonton dan dengar ceramah Dato' Nasa bersama DSAI di Bota, saya rasa sudah cukup untuk kita menilai...Inilah wajah pemimpin masa kini yang dilahirkan UMNO. Saya yakin, kalau duri selumbar ini tidak dilupuskan maka ia akan menjadi barah yang merosakkan sistem siasah kita nanti.

anyway thx!

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang memulakan permainan tawar-menawar ini??? BN ke PR?? PR sanggup bersekedudukan dengan DAP dan PAS untuk menjatuhkan BN di Perak...sekarang nak salahkan UMNO pula dohh..!!

Calon MB Perak : Dato Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi.

perfectwater75 berkata...

Salam jomo,

Bukan soal nak menyalahkan sesiapa dalam artikel saya ni, cuma seperti yang Tun Dr mahathir katakan, apakah BN/UMNO begitu terdesak sehingga sanggup menerima sokongan dari ADUN Perak yang sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah? Kesan jangkamasa panjang kepada UMNO yang menjadi persoalan bukan nak salahkan sesiapapun....

thx!

perfectwater75 berkata...

Salam,

sanggupkah Dato Zahid hamidi melepaskan jawatan menteri yang disandang serta bertanding dalam pilihanraya kecil menentang pembangkang dalam mood yang terluka ini???