Februari 03, 2009

Sejak Bila NAJIB Jadi Kaunselor Politik?

Salam Bloggers,

Hairan bertambah hairan, saya terus hairan, selepas satu,dua tiga perkara yang bersangkut dengan bakal PM Malaysia ini. Dulu kes Wanita Mongolia, kemudian Akuan Bersumpah Bala, pengakuan liwat SB, Skandal Eurocopter, sabitan beliau dengan keterangan saksi perbicaraan pembunuhan Altantuya di mahkamah, bawa ADUN Perak 'bersiar-siar' di Pahang dan yang terkini pengakuan mantan Timbalan Menteri Pertahanan yang tewas dalam PRU 12 tentang kebenaran antara pernyataan dalam Akuan Bersumpah Fauzi Muda. walaupun dia pernah bersumpah di 'masjid' namun ia masih belum cukup untuk melepaskan beliau dari bebanan tuduhan yang belum tentu benar atau tidak ini.

Inikah orang yang bakal memegang tampuk UMNO Malaysia pada Mac nanti? Saya tak tahu apa yang menyebabkan 'ramai' perwakilan UMNO di peringkat bahagian terhegeh-hegeh menyokong pencalonan beliau sebagai Presiden UMNO bagi menggantikan Pak Lah yang semakin lelah itu dek tekanan luar dan dalam atas dan bawah 'paras laut' dari lawan, orang yang dulunya kawan, teman, sahabat lama, sahabat baru dan lain-lain lagi.

Namun antara sedar atau tidak sebenarnya wujus gerakan untuk menafikan naiknya Najib sebagai PM satu hari nanti secara senyap dan terbuka mengikut lokaliti dan spesifikasi isu yang berkenaan. Dalam satu pertemuan dengan seorang wartawan sebuah akhbar yang condong neracanya kepaa kerajaan, beliau sendiri terkejut kenapa berita mengenai Fauzi Muda begitu mudah terlepas tanpa tapisan 'keselamatan' terlebih dahulu. Berita sebegini yang mampu menggugat sokongan umum biasanya tidak dimunculkan sebagai berita sama ada dalam akhbar atau media elektronik tempatan tetapi hakikatnya ia telah disiarkan.

Lihat kenyataan Pak Lah pada 1 Februari 2009 apabila ditanya kemungkinan ada wakil rakyat yang akan melompat parti masuk UMNO diterangkan dengan ceria dan yakin sehingga melupakan 'prinsip' yang cuba ditegakkan kebasahannya pasca 16 September 2008 iaitu tak menerima sebarang wakil rakyat yang bersifat 'KATAK' dalam UMNO. Pak Lah dengan selambanya, menyatakan kesediaan UMNO untuk menerima 'petualang bangsa' untuk menjadi ahli UMNO tanpa sebarang syarat sepertimana yang dibuat kepada 'Gurkha UMNO' Mantan Presiden GERAK Ezam Md.Noor yang kini semakin hilang 'sengat politiknya' selepas diterima menjadi ahli UMNO lebih kurang sebulan selepas permohonan beliau diajukan.

Bayangkan wahai ahli UMNO yang setia dengan perjuangan, dulu Cucu Datuk Onn Jaafar bermusuh dengan Anak Md. Noor tetapi kini menjadi sahabat qorib lantaran persamaan haluan politik sedangkan bukan kecil 'dosa' politik Ezam kepada UMNO ketika beliau 'berperang' dengan UMNO seluruhnya dari 1998 - 2008. Tengoklah, 'dosa' sedekad boleh padam dengan 'pahala' sebulan. Lucu sangat mengenangkan UMNO yang terus melaksanakan sistem kasta dalam parti walaupun hampir semua manusia UMNO ini menafikan wujudnya sistem kasta ini. Cuma hubungan dengan Cucu Mohammad Iskandar yang mengidam kerusi Ketua Pemuda UMNO sahaja yang kurang baik kerana dendam tak sudah antara beliau dengan Anak Cikgu Iskandar Al-Kutty. Siapa boleh menafikan ini antara penyebab kepercayaan rakyat dan juga dalam kalangan ahli UMNO sendiri semakin kurang. Buktinya pengundi Melayu terus memilih pembangkang dalam dua pilihanraya kecil yang dijalankan dalam tempoh setahun selepas PRU 12.

Apa yang diharapkan sangat oleh Ahli UMNO kepada Najib yang semakin terserlah 'kehebatan kepimpinan' bersama dengan pelbagai pembongkaran isu semasa dan lama yang bagi saya dia amat bernasib baik kerana berada di Malaysia yang begitu 'TERBUKA' amalan medianya, kerana jika ia berada di negara lain yang mengamalkan yang lebih terbuka amalan medianya maka tentunya dia akan merasa seperti 'baju yang dipakai seperti terlondeh kerana berat dan rosak butangnya'

Fikirlah yang terbaik wahai ahli UMNO kerana jika 'insan' ini dimahkotakan sebagai PM Malaysia keenam maka satu episod ngeri kepada ahli UMNO yang mengangkat beliau akan berlaku. Kita tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

thx!

Tiada ulasan: