Februari 28, 2009

KERAJAAN BN PERAK AKHIRNYA TUMBANG JUGA?

Salam Bloggers!

Episod terkini Drama Politik Perak terus berlangsung dan kali ini mungkin akan memberi kesan yang dahsyat kerana implikasinya mungkin...Kerajaan BN Perak akan ditumbangkan mengikut perlembagaan Perak sebagai membalas apa yang telah dilakukan oleh Bakal PM BIJAN.

Kuasa Speaker yang 'tersilap' diimunitikan oleh pihak yang merangka perlembagaan negara sebelum merdeka telah memberikan konklusi yang tak dapat diterima oleh sesiapa yang kuat menyokong pelan peralihan kuasa di Perak. Selama 50 tahun kekebalan itu tidak diganggu, apatah lagi dikurangkan kerana tradisi yang akan memerintah negeri-negeri ialah BN tetapi ia telah berubah dan tak mampu diubah untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan dua ini.

Sebagaimana yang diulas oleh Che Det dalam blog hitnya, bagaimana halnya dengan MB 'baru' yang digantung bersama rakan-rakan yang sama waktunya mahu masuk juga dan apa reaksi oleh Pengawal DUN Perak yang sedia mengetahui peraturan dan kuasa mutlak Speaker DUN dan banyak lagi yang ditanya sudah cukup menambahkalut dan membekukabut krisis yang sudah berlanjutan sejak dari awal Februari 2009 dan belum menunjukkan tanda-tanda mahu berakhir ini.

Maka tak salahlah kalau saya katakan ini juga antara kesan seterusnya "HIJRAHNYA DATO' NASARUDDIN" dan kegelojohan Bakal PM BIJAN bersama kuncunya Menteri Agama Malaysia untuk 'merampas' kuasa yang sepatutnya secara lebih berhemah dianbil kerana jika kuasa dikembalikan kepada rakyat dan BN dengan sokongan yang 'kuat' dan 'padu' daripada rakyat yang 'setia' dan 'memahami' hak Sultan Perak serta 'sangat yakin' dengan 'ketokohan' UMNO sebagai 'pejuang dan benteng terakhir' institusi beraja Melayu di Malaysia sejak dari mula merdeka hingga kini. UMNO kekal dengan 'rekod-rekod bersih' tanpa pernah mempunyai sebarang 'masalah' secara langsung atau tidak langsung khususnya dengan raja-raja Melayu.

Persoalannya..., beranikah UMNO untuk menghadapi satu pilihanraya negeri khususnya di Perak dalam masa terdekat ini?

Seperti selalunya, saya setia menantikan komen hebat pengunjung blog ini...

thx!

Tiada ulasan: