Februari 26, 2009

TOL NAIK LAGI!!!!! HADIAH BN UNTUK RAKYAT YANG DISAYANGI....

Salam Bloggers!

Pengumuman Menteri Kerja Raya dari UMNO/BN mengenai kenaikan tol yang akan bermula 1 Mac 2009 bagaikan menguji hati dan perasaan rakyat yang memang kerajaan semasa sayangi ini. Baik para perwakilan UMNO yang akan memilih atau rakyat dua kawasan Parlimen dan DUN masing-masing satu di Perak dan Kedah.

Mana slogan atau kata-kata manis pemimpin kerajaan yang tak mahu menambah keperitan rakyat dalam zaman ekonomi meleset seperti ini? Mana dia pemimpin yang selalu suka bermanis mulut menata retorik politik tahap tertinggi untuk menawan hati rakyat?
Kenapa pula ia berkaitan dengan pemilihan UMNO dan 'By-election' tersebut? Mudah sangat kalau kita hendak mengetahui tahap penerimaan antara keduanya.

1) Para Perwakilan UMNO yang layak tentunya akan berfikir 10 atau 100 kali jika hendak memberikan undi mereka kali ini kepada Menteri Kerja Raya yang turut bertanding kali ini. Jika mereka memberikan kemenangan kepada beliau maka tentunya rakyat secara umumnya akan menilai betapa tidak sensitifnya ahli UMNO yang diberikan amanah untuk memilih insan sebagai pemimpin mereka kelak. Adakah ahli UMNO yang menjadi perwakilan akan mengenepikan semua kemungkinan kerana mereka telah terikat dengan "SURAT TAULIAH" yang telah diberikan calon yang bertanding kepada mereka sepanjang kempen 30 hari yang berlangsung ini? Fikirlah sendiri....

2) Para pengundi di kedua kawasan yang telah disebutkan pula tentunya akan menjadi penentu tentang keputusan kerajaan menetapkan kenaikan tol atas alasan yang tak dapat dielakkan. Kesan yang tak sepatutnya akan berlaku kerana keputusan ini. Lainlah kalau para pengundi di kedua 'bukit' ini juga akan terikat dengan "SURAT TAULIAH" yang akan diberikan pimpinan parti terutama parti pemerintah semasa.

Maka selepas ini, saya tak terkejut kalau ada komen yang masih menyokong tindakan kurang popular Kerajaan BN ini menggunakan alasan yang stereo-type sama seperti sebelumnya. Cuma, saya ingin bertanya kepada khalayak yang setia menjenguk laman blog saya ini. Kenapa perlu UMNO/BN mengeluarkan keputusan ketika saat genting seperti ini. Adakah ia satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan bakal PM 'BIJAN' kerana keputusan PRK akan datang bakal memberikan tanggapan berbeza bergantung kepada keputusan yang bakal dicatatkan rakyat.

Nampaknya UMNO masih tak berjaya menguruskan kekalahan PRU-12 dan tak pernah serik untuk kalah lagi selepas ini. Renungkanlah....Wahai pemimpin budiman...

Apapun, Saya tetap takkan menyokong kenaikan kadar TOL ini!!!!!

4 ulasan:

kembara putih berkata...

Biasanya Menteri Kewangan yang luluskan kenaikan tol. Rasa saya Menteri Kerja Raya pun tak bersetuju, tambah2 lagi sebelum berlangsungnya PAU. Hanya orang yang di posisi selesa je yang berani buat. Siapa lagi kalau bukan bakal Presiden UMNO yang menang tanpa bertanding tu. Tindakan ni pun macam tergesa2, seperti juga kes pembelian Eurocopter dulu. Kenapa beliau tak tunggu sehingga selesai peralihan kuasa? Tentulah nak palitkan taik ke Pak Lah, dengan masa2 yang berbaki ni.

perfectwater75 berkata...

Salam Kembara putih..,

ada kemungkinan juga semua ini boleh berlaku. Pokonya...., orang yg mengumumkannya menteri yang berkenaan...

mana-mana perwakilan yang berhajat menggunakan PLUS bila nak ke KL nanti harap2 timbang2kanlah kemungkinan yang saudara nyatakan ini...barulah selamat seorang menteri..

hahaha!

anyway thx!

Tanpa Nama berkata...

Haii...takde yang free dalam dunia ni,baru naik 2-3 posen dah macam kena penyakit sampar...tu kepala singh hina sultan dan bangsa korang...korang kecut teloq nak belasah...Poorahhh!!!

perfectwater75 berkata...

Salam Jomo

Tuaran, highwaynya percuma...road tax pun murah...jadi tak hairanlah kalau sdr marah sangat hingga kait sekali dengan anak singh yang sorang tu...hahaha!

thx!