Februari 19, 2009

Opps! Dah ada yang 'gila' calonkan diri sendiri untuk tawan bukit di Perak..


(gambar hiasan)


Salam Bloggers!

Hari ini, Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Kamarulail Sulaiman telah menyatakan hasrat untuk jadi calon dengan alasan majoriti ahli UMNO Bukit Gantang menyokong bersandarkan kepada kejayaan beliau menjadi Timbalan Ketua Bahagian UMNO dalam pemilihan peringkat UMNO Bahagian tempohari. Kome cakap dengan budak sekolah bolehlah yop! Siapa yang memilih kome? Perwakilan yang rata-ratanya sudah kenyang akibat mengambil hak dari ahli-ahli setia UMNO di peringkat cawangan atau duit dalam poket tebal kome tu? Kome bohonglah kalau kata tak keluar sekupang untuk pemilihan yang lalu....

Kalau tak salah, 'budak' ni jadi pensyarah di sebuah kolej Islam tetapi macam tak tahu pulak kaedah jika mengikut apa yang Islam berikan kalau seseorang hendak menjadi pemimpin...Seorang pemimpin dlam Islam tak boleh menamakan/mencalonkan/meminta dirinya sebagai pilihan terbaik dan sepatutnya dalam hal ini beliau serahkan sahaja kepada pucuk pimpinan UMNO Negeri untuk memilih siapa yang layak. Kalau setakat ijazah yang ada masih tak cukup kerana berpuluh ribu rakyat Malaysia mempunyai ijazah juga. Jadi saya cadangkan agar beliau yang berkenaan tidak kelam kabut dan kalut seperti majoriti pemimpin-pemimpin lain yang menyertai UMNO semata-mata hendak menjadi wakil rakyat sahaja dan mengaut segala yang ada serta hanya memberikan sebahagian kecil sahaja kepada rakyat.

Belum apa-apa lagi sudah hebat mencadang dan melobi untuk mendapatkan tempat. Ketua Bahagian Bukit Gantang tak layak ke untuk menjadi calon? Mungkinkah Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang juga orang luar sama seperti calon BN peminun arak tegar yang tewas dalam PRU 12 baru-baru ini?

Sekali lagi saya ingin mencadangkan agar soal pemilihan calon diserahkan kepada yang berkenaan. Bukan apa, nanti nama yang sepatut jadi sudah kena 'reject' dek kekalutan mencanangkan 'kehebatan' dan 'kebolehan' diri yang tak seberapa mana sebagai yang terbaik bagi mengisi kekosongan tersebut. Lu PikirLa Sendiri!!!!

thx!

Tiada ulasan: