Februari 19, 2009

Sudah Ada EXCO Perak Takut Hilang Jawatan...Lapor Jangan Tak Lapor, SPeRMa Take Action! Jangan Tak Ambik!!!

(SEKADAR GAMBAR HIASAN-TERIMA KASIH KEPADA PENGIRIM EMAIL GAMBAR INI)

Salam Bloggers!

Hari ini ada EXCO Perak yang sudah membayangkan ketidakpuasan menjawat jawatan EXCO Kerajaan Perak kerana mungkin tak mahu mencipta satu lagi rekod Malaysia iaitu menjadi EXCO dalam tempoh paling singkat.

Maka laporan pun dibuat kepada SPeRMa@SPRM yang semestinya akan terus secara pantasnya dan mungkin lebih pantas dari kelajuan cahaya untuk mengambil keterangan dan membuka kertas siasatan dan pada akhirnya membawa 'penjenayah@perasuah' ke mahkamah serta dijatuhkan hukuman sama seperti mantan TPM satu ketika dulu.

Bukan umum tidak mengetahui akan hak dan kuasa mutlak Speaker DUN untuk menggunakan kuasa yang ada tetapi malangnya ADUN yang baru merasa kerusi empuk EXCO tentunya malu dan marah kerana telah digantung oleh individu yang tak boleh dipecat hatta oleh Sultan negeri sekalipun kerana itu yang termaktub. Maka semestinya ia terasmi menjadi episod seterusnya dan terkini dalam DRAMA POLITIK PERAK.

Saya semakin suka melihat gelagat pemimpin yang sebegini. Semestinya apabila MB Zamri dan Kuncu Exconya hadir setelah dipanggil Speaker Sivakumar maka di situ pun sudah terbukti dia masih mempunyai kuasa yang penuh ke atas mana-mana ADUN yang ada. Jadi terima sahaja hukuman tersebut dan tunggu episod seterusnya DRAMA POLITIK PERAK yang semakin hangat dan hangat dan hangat dan akan terus hangat.....

thx!

Tiada ulasan: