Februari 06, 2009

Benarkah Politik Malaysia Semakin Malap Dek Najib? Harapnya tidak....

Salam Revolusi....

Semalam sudah menjadi sejarah sebagai lanjutan episod Drama Politik Perak dan hari ini juga bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila majlis Angkat Sumpah MB Perak yang baru akan diadakan jam 3.30 petang ini.

Saya secara peribadi melihat perjuangan MB Nizar baru sahaj bermula dan semestinya ia memerlukan pengorbanan yang besar. Harapnya tiada siapa yang menjadi korban berdarah sekiranya Perhimpunan Rakyat yang dikhabarkan akan berlangsung ketika ini di Masjid Ubudiah menjadi huru-hara dek provokasi sesiapa yang berkenaan.

Saya memohon agar pihak yang mengepalai perhimpunan ini agar menganjurkannya dengan aman sekadar menunjukkan bantahan terhadap Sultan Perak yang semakin hilang penghormatan oleh sebahagian besar rakyat di negeri yang mana baginda menjadi suktan selama 25 tahun itu.

Sesungguhnya 'kambing hitam' sedang dicari untuk dilambakkan bebanan kesalahan atas apa yang berlaku hari ini. Saksikanlah episod Drama Politik Perak yang seterusnya dalam siaran media tempatan milik kerajaan dan media alternatif milik pelbagai. Siapa, apa, bagaimana, di mana, kenapa ia berlaku akan dijelaskan menerusi pelbagai dimensi. Hanya mereka yang tahu sahaja menilai siapa yang benar. Tentunya di Perak sekarang ini, penyokong UMNO/BN yang menajdi pembangkang selama 11 bulan bersorak gembira sebagai ganti kesediahan yang mereka lalui 11 bulan yang lalu manakala penyokong Pakatan Rakyat diramalkan akan terus bangkit dengan semangat perjuangan yang diperbaharui akibat 'kelekaan' dan 'kegagalan' menguruskan kemenangan mereka. Diharapkan pula kepada UMNO/BN agar tidak lagi gagal menguruskan 'kemenangan' mereka kali ini kerana rakyat semakin bijak menilai dan mereka akan membuat keputusan mereka bila tiba masanya nanti. Pada ketika itu, kita akan tahu siapa yang benar atau salah. Tak payahlah kita terus menetapkan hukum ketika ini ketika kesamaran masih berlegar. Usahlah kita menuding kepada sesiapapun. Allah Jua Maha Mengetahui Segala Sesuatu Yang Ditakdirkannya. Terima dengan kesabaran.

thx!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEMAKIN RAMAI YANG OANDAI SEMAKIN RAMAI YANG KURANG AKAL. BIARKAN NIZAR PERGI KERANA TUBUHNYA DIRESAP ROH OLEH KETURUNAN KOMUNIS PERAK.