Maka Benarlah Suara ‘Utusan Malaysia’...
Salam Blogawan,
Saya makin yakin hari ke hari dengan kebenaran Utusan Malaysia (baca berita ini) yang bertindak sebagai suara UMNO atau dalam erti kata lain sebagai pengampu tahap pertama.
Ini terbukti bila kenyataan bakal Timbalan PM yang kuat dicanangkan iaitu Muhyiddin Yassin mengenai pembelaan yang perlu khususnya buat rakyat Terengganu sambil menafikan ia ‘gula-gula’ pilihanraya.
Saya berasa pelik dan aneh kerana baru-baru ini telah diisytiharkan pemberian balik wang royalti minyak kepada kerajaan semasa sedangkan ia telah ditarik sejak 1999 lagi. Siapa yang memerintah Malaysia selama tempoh hampir 10 tahun itu? PAS? PKR? Atau UMNO/BN? Bukankah kerajaan yang memerintah itu yang menarik hak royalti rakyat Terengganu hingga masih ada yang miskin melarat pada 2009 sedangkan kalau hak tersebut diagihkan secara adil dan saksama, saya yakin kita akan lebih susah untuk mencari golongan atau asnaf wajib zakat di negeri tersebut tetapi hakikat ini tak pernah berlaku kerana kerajaan yang mempunyai kuasa telah menahan royalti penuh tersebut.Atau dalam kalangan rakyat Terengganu yang bermazhab UMNO memang lupa hakikat bahawa UMNO/BN pernah menarik hak royalti rakyat Terengganu hampir 10 tahun kerana merasai nikmat 'Wang Ihsang'.
Kata Muhyiddin,
Pengumuman mengenai pelbagai projek pembangunan yang bakal dilaksanakan kerajaan bukan 'gula-gula' kepada para pengundi sempena pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu seperti didakwa pembangkang.
Kata Perfectwater,
Ini bukan cerita baru tetapi kempen lapuk dan usang dari sebuah kerajaan atau parti yang mengganggap bangsa lebih dari agama. Bila seorang yang dicanangkan umum terutama ‘balachi’ gila kuasa dan kontrak dalam UMNO sebagai bakal TPM menjelang MAC 2009 nanti mengulangi dalam ayat yang lebih baru, saya melihat inilah skrip yang sama yang akan menjerumuskan UMNO kepada satu lagi episod kekalahan dan PRK kedua pasca PRU 2008. Maka selepas ini berduyun-duyunlah pemimpin UMNO yang akan bertanding pelbagai jawatan penting datang menghambur wang dan janji untuk menarik sokongan tak berbelah bahagi kepada mereka dan bukannya kepada parti.
Kata Muhyiddin,
usaha itu perlu dilaksanakan kerana rakyat negeri ini terutama yang miskin masih memerlukan pembelaan dari segi pembangunan.
Kata Perfectwater,
Hairan mengapa sebuah negeri yang menerima royalti minyak yang berjumlah billion RM masih lagi mempunyai rakyat miskin. Apakah ini contoh kejayaan pemerintahan UMNO/BN yang hanya diselangi sepenggal pemerintahan PAS sejak dari tahun 70-an? Siapa yang kaya dengan projek mega di Terengganu? Bukankah kroni-kroni pemimpin semasa UMNO/BN? Dengan kemampuan kewangan yang ada, kerajaan Terengganu sebenarnya mampu untuk memberikan elaun kepada rakyat miskin seperti yang dibuat oleh kerajaan Brunei. Tidakkah ini yang sepatutnya dipentingkan oleh pimpinan yang memerintah bukannya memenuhkan poket dengan wang rakyat semata-mata?
Kata Muhyiddin,
Beliau menegaskan, usaha tersebut bukan dilakukan ketika pilihan raya sahaja tetapi dilaksanakan sepanjang masa.
Kata Perfectwater,
Saya hanya mampu berkata ini antara bukti seorang pemimpin politik yang suka berbohong demi kelangsungan politiknya semata-mata. Siapa mampu menafikan kenyataan ini? Inilah rentak permainan yang sering diolah UMNO/BN ketika musim pilihanraya berjalan.
Kata Muhyiddinn lagi,
''Saya nak tanya Pas adakah mereka tidak bersetuju kerajaan menyediakan peruntukan pembangunan untuk rakyat.
''Lebih baik Pas kata mereka tidak bersetuju kerajaan belanja bantu rakyat walaupun pada waktu pilihan raya atau sebelum pilihan raya.
''Ini bermakna Pas menolak pembangunan sedangkan parti itu menyatakan ia ingin membangun bersama ummah. Tetapi sebenarnya dia (Pas) tidak melaksanakan apa yang dikatakan," ujarnya.
Kata Perfectwater pula,
Apakah taktik dan strategi yang cuba diterapkan oleh Muhyiddin dengan cuba memerangkap ‘pertahanan’ lawan dengan melontarkan persoalan sebegini? Seharusnya Muhyiddin lebih peka kepada isu penolakan rakyat terutama golongan muda kepada kepimpinan UMNO/BN dan bukannya menghentam kromo seperti ini. Mengapa beliau masih menjadi ‘budak-budak’ bila berhadapan dengan kekuatan PAS dan Pakatan Rakyat?
Kata Muhyiddin lagi,
Beliau diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa pelbagai projek pembangunan yang diumumkan oleh kerajaan Pusat dan negeri baru-baru ini hanya untuk menarik sokongan pada pilihan raya kecil berkenaan.
Muhyiddin meminta rakyat supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang itu yang bertujuan untuk memesongkan pemikiran mereka.
Beliau juga berharap rakyat tidak mudah percaya dengan dakwaan berlakunya pembaziran dalam membangunkan negeri ini.
Ini kerana jelasnya, inisiatif kerajaan negeri dan Pusat hanya akan menunjukkan hasil dan impaknya dalam tempoh jangka panjang.
''Sebelum ini parti pembangkang pernah membantah dan menuduh berlakunya pembaziran ketika kerajaan melancarkan beberapa projek mega seperti pembinaan Putrajaya, Lebuh Raya Utara Selatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
''Namun jika kita lihat sekarang, semua kemudahan ini telah memberi kesenangan kepada rakyat," ujarnya.
Beliau berkata, semua tuduhan dan dakwaan parti pembangkang itu hanya satu gimik politik untuk memperdayakan rakyat supaya tidak menyokong kerajaan.
Kata Perfectwater,
Hairan kenapa beliau menafikan sesuatu yang benar. Impak yang bagaimana yang dimaksudkan Muhyiddin? Pembinaan Putrajaya, PLUS dan KLIA? Putrajaya sebagai contoh telah memberikan kesenangan yang amat sangat kepada kontraktor yang mendapat anugerah projek tersebut. Selepas beberapa tahun ia dibina dan disiapkan kenapa masih lemah sistem penyampaian jabatan-jabatan kerajaan sehingga memaksa PM semasa mengadakan pelbagai kaedah dan arahan bagi memastikan semua ini dapat diterjemahkan segagah dan sehebat Putrajaya itu sendiri. Projek Lebuh Raya Utara Selatan pula kita lihat kadar tol yang membebankan terpaksa ditanggung rakyat kerana kerajaan dikatakan terikat dengan perjanjian yang dibuat sendiri dengan pemegang konsesi. Ia seolah-olah menunjukkan kebodohan penasihat undang-undang yang terlibat merangka perjanjian konsesi itu hingga pada akhirnya ia ternyata membebankan rakyat secara keseluruhan akibat kenaikan tol dari tahun ke tahun. KLIA yang dibina untuk kemudahan rakyat yang mana satu? Rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah, pekebun kecil, penghantar surat, pengawal keselamatan atau orang kaya, pengurus syarikat, pegawai tertinggi kerajaan, swasta, golongan peniaga besar? Siapa yang menikmati kesenangannya?
Sudahlah sikit-sikit Muhyiddin, kalau setakat hendak tunjuk diri paling layak menjadi TPM, hentikanlah! Silap haribulan, anda tewas dek permainan ahli politik kecil UMNO yang bakal mempunyai kuasa penuh pada ‘waktu kecedaraan’ Mac 2009 nanti. Tunggulah saat dan ketikanya, anda menangis kerana impian sekadar impian. Ahli UMNO yang bijak diharapkan dapat memberikan pulangan setimpal kepada pemimpin yang lemah prinsip seperti ini kerana dulunya mengekori PM semasa tetapi kini telah berubah nahkodanya. Harapan saya bukan semua orang JOHOR seperti ini. Biarlah dia seorang sahaja yang gilakan kuasa.
Dari Aku…Perfectwater
Januari 06, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan