Mac 01, 2009

More Flip-Flop Action From UMNO' Leader!.Macam Nie Ker Nak Jadi Naib Presiden?

Salam Bloggers!

Bila saya katakan orang ini kucing, tiada pula ada yang memberi komen, mungkin kerana saya ini pendatang baru dalam dunia blogger yang pelbagai ini. akan tetapi, hari ini (semalam) terbukti kucing ini masih mengamalkan cara flip=flop dalam pentadbirannya kerana apabila KDN mengeluarkan araham untuk membatalkan Warta Kerajaan yang telah dikeluarkan lebih kurang dua minggu sebelum itu tanpa memikirkan kesan buruk dari ketetapan deklarasi tersebut kepada ketenteraman dan keamanan ummah di Malaysia sedangkan kalau ia berlaku kepada penerbitan yang bersifat dakwah Islam maka dengan penuh ketegasan akan ada satu tindakan tegas dan keras wajib diambil tanpa mengira bantahan atau tekanan mana-mana pihak sekalipun.

Kenapa kucing ini tidak menggunakan kuasa penuh yang ada dalam tangannya untuk terus mengharamkan penerbitan yang boleh menggugat kestabilan hidup beragama di Malaysia?

Kenapa kucing ini masih malu-malu kucing untuk menyatakan prinsip diri bila berhadapan dengan tekanan pihak yang engkar kepada arahan sebelumnya?

Kenapa kucing ini sanggup mengambil satu pendekatan yang amat membahayakan dirinya di kala namanya disebut sebagai calon pilihan untuk jawatan Naib Presiden(menurut sumber rapat yang boleh dipercayai, nama kucing ini sedang berada kukuh di tangga ketiga di belakang Menteri Agama Malaysia dan Wakil Menteri Sabah)?

Apa pula kata perwakilan yang sudah menerima 'Surat Tauliah' dari gerombolan atau wakil khas 'kucing' ini akan mengubah pendirian demi kemaslahatan umum atau mengenepikan semua isu yang berkenaan kerana sesungguhnya 'Surat Tauliah' yang sedia ada dibimbangi takkan bernilai lagi dek kerana mengengkari perintah kucing ini?

Kepada seluruh perwakilan UMNO yang akan mengundi nanti, fikirlah sebaiknya demi agama dan bangsa yang anda menjadi penganutnya, kalau kucing yang ada kuasa penuh ini gagal menunjukkan ketegasannya menangani isu yang kecil ini, apakah dia mampu untuk menangani UMNO era pasca PRU-12 ini selaku 'Naib Presiden'

TERSERAHLAH.....

thx!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
saudara bloggers saya mengenali saudara tapi saudara mungkin tak mengenali saya. Sejarah dalam dunia politik di dunia ini telah terjadi apabila pembohongan demi pembohongan berlaku apabila seseorang ahli politik itu nak naik tetapi apakah erti apabila seorang yang munafik dan apakah hukum orang2 seperti dato radzi ni?

seorang setiausaha kerajaan negeri buat ucapan GONG XI FA CAI dan gantung banner seluruh perlis apakah semua? ini kalau setiausaha negeri nak bergelumang dalam politik silakan.

perfectwater75 berkata...

Salam Tanpa Nama,

Terima kasih atas komen saudara. Saya tak mahu menghukum atas 'dosa' yang saudara maksudkan itu kerana ia terpulang kepada cara mana nak ditafsirkan mereka itu.

Gambar yang berkenaan telah dibuang hari ini. Mungkin mereka terlajak nak berpolitik tetapi tak sedar bahawa rakyat memerhati. Nanti kalau saya sempat akan saya siarkan gambar yang berkenaan dan mungkin juga akan saya ulas isu berkenaan. Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan S.S Perlis berbuat demikian dan ini bukan kali pertama beliau campur tangan dalam urusan politik Perlis tetapi bagaimana pula dengan tindakan S.S Perak yang turut berpolitik dalam kemelut Politik Perak?

thx!