April 06, 2010

PRK Hulu Selangor... Aduhai UMNO!!!

Salam,

Bila membaca laporan ini bermakna NAJIB terpaksa menggunakan suara vetonya sebagai Presiden BN/UMNO untuk mengelakkan soal pemilihan ini menjadi konflik dan menyebabkan perpecahan lebih besar berlaku dalam UMNO khususnya di Hulu Selangor. Saya bukan orang Hulu Selangor tetapi kengkawan boleh kata ada juga dan rapat dengan kerja dan aktiviti parti UMNO. Dari situ saya mula menilai bagaimana betapa sukarnya perjuangan BN/UMNO kali ini walaupun digambarkan begitu hebat oleh akhbar propaganda sepertu Utusan Malaysia dan Berita Harian tentang bagaimana GAH sokongan rakyat dan pengundi khususnya kepada UMNO/BN. Sukarnya kerana terpaksa memilih secara lebih teliti dan ditetapkan sehingga 15 APRIL 2010 iaitu dua hari sebelum Hari Penamaan Calon untuk menamakan calon yang terbaik yang mampu merampas kembali kerusi kuat BN sebanarnya sebelum dipecahkan monopoli BN selepas G.Palaniviel tewas dengan majoriti tipis bagai memberikan isyarat penolakan rakyat kepada calon yang 'cerah' kulitnya ini dari terus dinobatkan sebagai calon terbaik BN kali ini.

Pengunjung Blog yang Dihormati,
Saya teringat ucapan TS Muhyiddin yang menekankan BN tidak pernah ketandusan calon yang berwibawa tetapi jika inilah wajah yang akan 'digalas' oleh pejuang BN/UMNO dalam kempen PRK Hulu Selangor 2010 maka apakah kewajaran ucapan seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden BN/UMNO???

Begitu juga bila peruntukan segera yang diumumkan dan dinyatakan sebagai bukan berkaitan dengan PRK kali ini? Bukankah ia diumumkan dalam eddah pra PRK? Kenapa memilih waktu ini? Kita seperti terus mengiyakan kata-kata pembangkang bahawa ini musim projek Mee Segera dan pembekal Mee Segera Terkenal akan terus menjaja kehebatan Mee Segeranya untuk dinikmati pelahap-pelahap yang sedia menunggu. Ini kerana biasanya pelahap-pelahap yang ada akan menyapu lebih banyak projek Mee Segera berbanding rakyat yang benar-benar memerlukannya. Aduhai! UMNO seperti tak mahu berubah lagaknya.. Hanya retorikkah kata-kata yang terpasang di Institut Latihan Memperkasa UMNO di Janda Baik.

Dengarlah rayuan akar umbi jika tidak kali ini maka tak terkejut UMNO akan terus dibadai TSUNAMI pada PRU-13 akibat pemimpin masih mendabik hebat di kala BAHTERA makin karam....Insaflah....Apa pengorbanan yang hendak dilakukan demi menagih dan merayu simpati?

thx!

p/s: Yakin sangat keupayaan UMNO untuk merampas kerusi secara bergaya dalam PRK kali ini...Inilah masa kita menguji kestiaan orang lain dan bukannya terus menguji kesetiaan kita sendiri yang sedia setia....Aduhai UMNO!!!

4 ulasan:

wanmohd berkata...

Jika BN mltakan UMNO btanding peluang PR dn BN nk mnang dHulu Selangor 50-50.Jika MIC pula dltkan calon,Pluang PKR utk mnang tbuka luas.Bg pndapat sy tkperlu mna2parti yg blh mndabik dada dgn mgatakan peluang utk mnang itu cerah.Jelas plawanan kali ini antara krajaan negeri mnntg Krajaan Pusat.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Terima kasih atas pandangan tuan. Sy bersetuju..Di sini medan menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap apa yang dikatakan perubahan khususnya dalam UMNO.

Apakah masih ada ruang buat pemimpin untuk terus mendengar rakyat atau sebaliknya, kita kena tunggu 15 APRIL ini sebagai penentunya... jadi, tunggu sahajalah...

thx!

Tanpa Nama berkata...

Johari said...
Kesan daripada sumpah mubahalah Saiful, solat hajat oleh penyokong-penyokong Anwar, kebenaran telah ditunjukkan oleh Allah Subhanahuwataala bagi mereka yang mahu melihat.

1. Kegagalan rancangan mengambil alih kerajaan melalui pintu belakang pada 16 Sept. 2008.

2. Jatuhnya kerajaan PR negeri Perak kerana dua orang ADUN dari PKR keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

3. Tiga AP dari PKR keluar parti dan menjadi AP bebas dan seorang dipecat. Mereka telah membuka pekong Anwar Ibrahim tentang rancangan 16 Sept 2008 yang penuh dengan pembohongan sehingga melibatkan YDP Agong, Ketua Angkatan Tentera, Ahli2 Parlimen dari BN dan Timbalan Speaker. Semuanya adalah pembohongan belaka.

4. Akibatnya hilang majoriti kerusi PKR di Dewan Rakyat. Sepatutnya Anwar bukan lagi menjadi ketua Pembangkang kalau berdasarkan demokrasi. Jawatan itu patut disandang oleh Lim Kit Siang.

5. Penangguhan demi penangguhan perbicaraan liwatnya adalah satu bencana kepada Anwar sebenarnya. Tiap kali ia ditangguhkan semakin jelas kepada rakyat bahawa Anwar bersalah. Tak perlu hakim jatuhkan hukuman, rakyat sudah dapat menilainya.

6. Orang yang yakin dirinya benar pasti hendak perbicaraan dijalankan dengan segera supaya dapat dibersihkan namanya di mahkamah. Lihat sahaja Saiful. Dia mahu perbicaraan disegerakan supaya dapat dibuktikan kebenaran tuduhannya.Apa yang berlaku terhadap dirinya adalah benar semuanya.

7. Anwar lari ke kedutaan Turki apabila Saiful membuat laporan di balai polis adalah satu sifat tidak bertanggungjawab.

8. Kemudian menuduh bahawa nyawanya terancam sebab itu dia mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki adalah pembohongan yang nyata. Sampai ke hari ini Anwar bebas pergi ke mana-mana didalam negara, malah ke luar negara juga dia tidak diganggu.

9. Meminta-minta pertolongan negara asing untuk turut campur dalam kes liwatnya adalah satu perbuatan yang sangat hina sebenarnya.

10. Mana ada kes dalam dunia yang dibela oleh lebih dari 10 orang peguambela. Dalam pada itu takut juga untuk menghadapi perbicaraan.Senjatanya tangguh, tangguh, tangguh dan tangguh. Dan lebih 20 kali.

11. Yakinlah kalau Anwar di pihak yang benar bila dicabar untuk bersumpah dia pasti akan melakukannya bukan sekali bahkan berkali di seluruh masjid di negara ini. Bukan itu sahaja dia akan panggil media asing untuk merakamkannya.

12. Dan akhir sekali pasti dia minta supaya mahkamah menyegerakan perbicaraannya untuk membuktikan kebenarannya.

13. Dan pasti jalannya ke PUTRAJAYA cerah.

14. TETAPI SEKARANG JALAN MENUJU KE SUNGAI BULUH YANG KELIHATAN SANGAT CERAH.

March 31, 2010 2:22 PM

Tanpa Nama berkata...

salam ketua umno padang besar,
dalam kontek ini umno dah tak relevan? bn adalah untuk 1malaysia tiada rasis tentang soal calun, janji misti ditepati. kalah menang bukan persoalan. dlm organisasi suara ahli adalah perlu tapi keputusan adalah kpd presiden. sebagai ahli sepatutnya sokong percaturan politik bn, kalau tak setuju bolih sediakan pelan lompat kpd pembangkang atau kpd terkini bebas awas pru13 on the way
-melayu jangan marah-