Februari 18, 2009

Episod Terkini Drama Politik PERAK...Siapa yang rugi?

Salam Bloggers!

Bila saya meneliti keputusan oleh satu-satunya pemimpin PR yang masih berkuasa di Perak iaitu Speaker DUN Perak V.Sivakumar maka rasmilah satu lagi episod dalam Drama Politik PERAK yang semakin hangat akibat kekalutan BN 'merampas kuasa' di Perak serta 'menabalkan' seorang lagi Menteri Besar ketika TITAH RAJA diangkat menjadi firman (menurut sabda MUFTI PERAK rakyat mesti juga takut kepada RAJA selain ALLAH dan RASULNYA) untuk melupuskan seorang menteri besar yang sedia ada.

Inilah yang dikatakan 'kecerdikan' seorang bakal Perdana Menteri dan juak kanannya seorang Menteri yang bermimpi untuk menjadi Menteri Kanan selepas berakhirnya Mac 2009 ini. Oleh kerana 'kecerdikan' merekalah yang membawa kepada apa yang diistilahkan sebagai 'tumbangnya' sebuah kerajaan pakatan pembangkang yang di'HADISkan sebagai tak pernah stabil oleh media tempatan yang semakin kurang pengaruhnya itu.
Sepatutnya dua orang yang 'cerdik' itu menilai dari semua segi dan bukannya kelam-kabut 'merampas' negeri yang mana majoriti rakyatnya telah membuat keputusan 11 bulan sebelumnya. Apabila tindakan yang diambil itu dilihat sebagai tergesa-gesa hingga mengenepikan norma mulia yang ada kekal sebagai prinsip UMNO dengan menerima bakal pesalah rasuah bila sekali mereka menyatakan sokongan 'tak berbelah bahagi' kepada BN untuk menubuhkan sebuah kerajaan bagi menggantikan kerajaan sedia ada. Sedangkan pernah dikatakan pada waktu-waktu awal selepas PRU 12 yang BN takkan menerima mereka yang menang dengan mengalahkan calon BN di mana-mana kerusi yang dipertandingkan.

Bukankah ada baiknya mereka menunggu sidang akan datang DUN Perak yang dijadualkan akan berlangsung pada April 2009 ini untuk menurunkan 'keangkuhan' kerajaan sedia ada dengan jalan yang paling sah dan tak perlulah rakyat membabibutacelakakan institusi beraja khususnya di Perak dengan hinaan dan cercaan paling buruk dalam sejarah Melayu. Tidakkah baik kalau mereka yang 'cerdik' ini MENARIK RAMBUT dengan cara paling lembut agar TEPUNG YANG ADA TIDAK BERSELERAK?

Ia ditambah buruk dengan pegawai kerajaan tertinggi negeri yang tetiba berubah hala dan cara serta 'terlalu beradab' menghalau keluar seorang yang amat dihormatinya 11 bulan sebelum itu. Ia mengundang simpati yang amat sangat rakyat kepada mereka yang digambarkan sebagai teraniaya dan dizalimi oleh kerajaan BN pimpinan UMNO. Jadi...Siapa yang rugi? BN atau PR? anda jawablah sendiri.

Salah siapa? Silap siapa? kegopohan siapa? Kekalutan siapa? Kebodohan siapa? Ketamakan siapa? yang menyebabkan semua hal ini berlaku. Tanyalah akal yang waras untuk menentukan adakah orang itu dan orang ini yang layak untuk menerima jawatan dan amanah yang paling berat sebagai pemimpin atau khalifah di Malaysia dan juga Perak....

Seperti biasa di pihak BN akan menghentam DSAI sebagai punca dan dalang kesemua ini dan PR juga akan menyatakan sebaliknya. Jadi kita tunggu sahaja episod seterusnya DRAMA POLITIK PERAK 2009 yang semakin hangat dan menarik dengan sajian pelbagai variasi undang-undang dan perlembagaan yang dipertontonkan kepada seluruh rakyat.


Seperti biasa,saya menantikan pandangan anda....

thx!

2 ulasan:

ALAM berkata...

Tindakan Speker DUN Perak mungkin dalam keadaan mabuk da gila kuasa. Cuba kita imbas kembali sejarah dan peraturan yang di amalkan. Selepas pilihanraya, sekiranya parti mana yang menang, Dewan Undangan Negeri tidak bersidang lagi, Menteri Besar dilantik, lepas tu Exco dilantik tanpa menunggu Dewan Undangan Negeri bersidang. Adakah perlantikan ini juga telah menghina dewan kerana dewan belum bersidang dan belum melantik speker.

Menyorok kembali tentang jawatankuasa yang mengadili, mb dan exco-exco ini adakah ia satu jawatakuasa yang bebas dan adil. Dimanakah keadilan yang diberikan kepada mereka yang diadili?

MB dan exco-exco perak telah menjungjung titah tuanku sultan. Speker munjungjung tinah nizar dan ngeh.

Persoalan disini, Titah mana yang mana yang lebih mulia, titah yang dititahkan oleh Speker atau titah tuanku sultan perak?

Semua orang tahu, kes speker DUN perak ini, bagaimana beliau memperolehi jawatan ini. Jawatan ini beliau perolehi dengan cara ugutan.?


Alam - Bertindaklah orang-orang Melayu Perak. Jangan biar bangsa-bangsa yang diangkut oleh penjajah menjajah anda.

perfectwater75 berkata...

salam...,

undang-undang tetap undang-undang, apapun alasan dia tetap speaker yang sah dan mempunyai kuasa penuh dan tak boleh difirmankan oleh sesiapapun termasuk raja yang 'mulia'. Setiap ADUN telah bersumpah untuk menjaga kemuliaan dewan dan mereka tak boleh menolak hakikat tersebut.

Firman Sultan Perak datang terkemudian dari sumpah yang mengikat mereka.

thx!