Februari 14, 2009

Siapa Pelacur Bangsa? UMNO atau NIZAR PR?! Siapa Nak Jawab Nie?!

Salam Bloggers!

Saya ambil sebahagian petikan ini dari sebuah blog Pro-PR.Tujuan
saya cuma satu...Nak tahu benar atau tidak semua hal yang disebutkan ini atau ia satu lagi PEMBOHONGAN oleh pembangkang? Siapa Nak Jawab Nie????!!!! FITNAH ATAU BENAR?


Pelacur? Ni ha pelacur yang melacur sampai hampir binasa orang-orang Melayu: Bukan setakat tanah sahaja yang telah diberikan kepada tauke-tauke Cina oleh Umno demi mengambil hati kaum itu (termasuk 22,000 ekar - ya! dua puluh dua ribu ekar - tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung; 5,000 ekar di Bruas; 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR); 12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor; 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! - dan banyak lagi jumlah yang kecil di seluruh negeri Perak) dan tak pernah didengar ada bangsawan yang sebak dan mengeluarkan air mata buaya. Porrahhh!)


Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka. Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan. Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

p/s: FAKTA atau AUTA? Harap ada yang sudi beri ulasan....terutama yang hebat ilmu dan pengetahuannya...sila-silalah yer...

10 ulasan:

Mr Joker berkata...

Salam bro...

Semua diatas tu adalah fakta dan bukannya auta...

Tak percaya?

Ask ur party themself.

perfectwater75 berkata...

Salam Bro TopengPerak...,

thx 4 ur comment but i'm still waiting for the UMNO's members who want to take part after...........

thx!

kembara putih berkata...

Ini memang fakta..didedahkan sendiri oleh MB Nizar.

UMNO
22000+5000+1500+12000+200= 40,700 ekar yang digadaikan UMNO kpd taikun Cina. 'Taikun Cina' ye bukan 'cina miskin' tau..

PR
anugerahkan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru(kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli)= hanya 3000 ekar sahaja. Berapa? 3000 ekar sahaja totalnya. Untuk penduduk miskin. Siapa? Untuk penduduk miskin..

Tanpa Nama berkata...

Lu org semua bangang sgt pe ke hei? Jawatan tu dah dikhaskan kuota kpd cina. Serupa la mcm MB Perak dikhaskan kpd melayu walaupun DAP menang lebih kerusi. Lu org hentikan la berpolitik kalo dah bangang semacam. Baca la perlembagaan negeri yg dah dipersetujui sejak dulu lagi. Bahlol korang ni.

Tanpa Nama berkata...

Penang voters 60% chinese, macam mana nak tuntut MB Penang untuk UMNO? Tak campur ke MCA dan GErakan punya kerusi?

DAri tulisan saudara, saudara ni orang UMNO atau PR? Atau "orang" Ku Li yang taksub hingga melihat Ku Li sebagai Nabi Muhammad?

Nabi Muhammad bersih dari dosa. Ku Li is no saint. If Anwar was the man who made money politics, popular. Ku Li was the man who started it!!!!

perfectwater75 berkata...

Salam,

Bro Tanpa Nama 08.12,

Saya Orang ISLAM....tak tau la sdr orang mana? UMNO? PR? ANWAR? KU LI?

simpan saja soalan ini....

thx!

perfectwater75 berkata...

Salam,

Apa kaitan soalan ini yang minta dijawab dengan parti? jawab secara rasional...nak guna emosional sampai bila2 pun tak selesai masalah...

Saya melihat kenapa perlu wujud double standard dalam hal ini..kl benar UMNO beri mesti kena akui dan bukannya menafi...hairan juga bila PR beri dikatakan pengkhianat bangsa...kl UMNO beri..semua itu tak salah walaupun melampau sesuatu pemberian tersebut.ini yg timbul musykil...Adakah ISLAM mengajar sebegini?

entahlah...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 08.12,

komen kedai kopi...bacaan meter politik rendah...tak payah layan la bro PW

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
sebenarnya saya betol2 pelik, kemana2 blog yang sy pergi mesti komen ntah ape2..
korg semua xpikir dosa ke??
senang la saya bg contoh..
klu korang sokong BN skrg, korang nampak tak dorg tegakkan hukum syariah??
tangkap zina bayar je dah lepas beb..
klu korg sokong BN maksudnye korang dah bersubahat, menyokong kepimpinan tanpa syariah.. Tak pasal2 dapat dosa kering tiap kali org malaysia buat maksiat.. MasyaAllah..
Korg bygkan komen yang korang utarakan menyokong pemerintahan sekarang bertahan 10 taun kat internet, 10 taun la saham dosa kering korg kene tanggung.. Kepada pemilik blog juga, anda fikirkanlah, adakah anda mempunyai saham tersebut???

Tanpa Nama berkata...

sy ingin beri satu sinopsis, bayangkan anda ahli tertinggi BN..
Sepanjang memegang jawatan byk duit rakyat yang anda telah makan.. p/s: mane ade ahli tertinggi BN yg tak kaya.. btol x?
Anda akhirnya dpt melihat sendiri BN dah jauh terpesong..
Tp anda nk keluar BN, anda dh mkn duit rakyat.. Sanggupkah tembelang anda dipecahkan
?? anda dipenjara??
Inilah yg berlaku skrg dah alang2 org kate.. nk kuar dh terlambat, baik teruskan je..
Tu yg sampai sanggup bidas ckp ulama mcm Nik Aziz, wlupun dorg tahu,akhirat nanti sape nk bg korg syafaat klu bukan ulamak..
Dah terang lagi bersuluh, PAS nak jlnkn hudud tapi kerajaan pusat x bg... Sape x sokong hudud????? Cube ckp???

regard,
syokzone
http://syokzone.blogspot.com