Februari 14, 2009

Hakim Syarie Ditukar atau Di pecat? Lagi Konspirasi Singkirkan Shahidan Kassim



Salam Bloggers!

Khabar terkini dari negeri terkecil di utara iaitu Perlis, amat mengejutkan kerana telah berjalan usaha-usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan Shahidan Kassim oleh 'orang kuat' kerajaan negeri.

Selepas Dr.Asri Zainal Abidin Mantan Mufti Perlis, seorang hakim syarie yang berpengalaman telah diarahkan bertukar atas alasan yang kurang jelas oleh pejabat SUK Negeri serta-merta kononya pihak istana negeri tidak menyukai hakim tersebut. Adalah difahamkan ia disebabkan campurtangan orang kuat kerajaan negeri. Antara yang dinamakan terlibat secara langsung ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis itu sendiri iaitu YB. Tuan Mohamad Zabidi bin Zainal. Malangnya tiada siasatan yang dibuat sama ada oleh pihak SPeRMa Perlis walaupun mereka sedia mengetahui keadaan dan campurtangan keterlaluan dalam negeri yang kecil ini.

Tindakan menukarkan secara tergesa-gesa hakim syarie ini dibuat kerana berlaku ketidakpuasan hati pihak tertentu akibat prosedur-prosedur yang melibatkan hukum syarie di Perlis selain dari beliau merupakan antara tinggalan Shahidan Kassim yang masih ada 'kuasa' tersendiri.

Siapakah tangan-tangan yang begitu berkuasa di Perlis untuk mengarahkan tindakan sedemikian direlakan berlaku di Perlis?


Fikirlah sendiri...

thx!

2 ulasan:

Zolkharnain Abidin berkata...

Wah, saya yang duduk di Perlis pun tak terhidu berita ni.

Blog ini dilinkan dengan http://bongkarsauh.blogspot.com/

perfectwater75 berkata...

salam Ustaz,

dua tiga hari lagi mungkin meletup...


terima kasih atas link ustaz