Zahidi-Azmi Khalid bertembung di Padang Besar
Abdul Rahim Sabri Sep 9, 08 3:39pm
Penyandang Ketua Bahagian Umno Padang Besar akan ditentang oleh ahli parlimen bahagian itu dalam pemilihan jawatan itu Oktober ini.Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri, akan berdepan dengan Datuk Seri Azmi Khalid.
Zahidi mendapat 67 pencalonan manakala Azmi pula mendapat 51 pencalonan setakat ini.Menurut setiausaha kerja bahagian, Che Din Che Ishak, hanya dua daripada 120 cawangan yang belum bermesyuarat.Kedua-dua calon, katanya, layak bertanding jawatan tersebut, setelah mendapat pencalonan minimum dari 24 cawangan.Jun lalu, Zahidi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beseri turut menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua pemuda Umno Malaysia.Beliau dilaporkan yakin akan mendapat sokongan perwakilan Pemuda dari seluruh negara.
Laporan yang saya petik dari Laman sawang MalaysiaKini menyatakan pertembungan antara penyandang jawatan iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin (DZZA) dan mantan Ketua Bahagian UMNO Padang Besar iaitu Dato' Seri Azmi bin Khalid (DSAK)Ahli Parlimen P.1 Padang Besar yang telah digugurkan dari senarai kabinet Pak Lah 2008 walaupun pada awal pencalonan semula beliau sebagai MP, beliau dengan yakin dan bohongnya menyatakan PM mahukan dia terus berkhidmat.
Apabila ditanya oleh seorang rakan kepada DSAK selepas menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan ini, DSAK menyatakan ahli akar umbi mahukan perubahan kepimpinan di peringkat bahagian dan umum katanya lagi memerlukan seorang pemimpin yang bersifat global untuk memimpin dan bukannya pemimpin yang tiada jawatan wakil rakyat seperti DZZA. Menurut sumber itu lagi ia juga bertujuan membalas dendam atas apa yang disifatkan beliau sebagai 'rampasan kuasa' ketika berlangsung pemilihan UMNO 2004. Sedangkan DSAK yang menarik diri dari pertandingan tersebut apabila menyedari beliau bukan lawan arus kebangkitan DZZA ketika itu.
Antara DZZA dan DSAK, kalau ditanya pilihan terbaikmaka saya dengan tegasnya menyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada DZZA yang saya lihat mampu membawa perjuangan UMNO ke arah yang lebih mapan selepas ini berbanding DSAK yang sentiasa dulunya dibayangi oleh Datin Serinya yang glamouris tetapi sejak DSAK tidak memegang jawatan menteri dalam kabinet Pak Lah maka kelibat 'anggun' apa yang dikatakan sebagai 'Wanita Melayu Terakhir' sudah tidak kelihatan lagi. Mengikut sumber rapat, Datin Seri Normala Samsudin (DSNS) sudah jarang bersama dalam majlis yang dihadiri oleh DSAK atas alasan yang tidak diketahui. Apakah DSNS sudah malu dengan kawan-kawannya isteri menteri yang masih mengekalkan kerusi kabinet masing-masing. Maklumlah, kalau setakat isteri Ahli Parlimen Malaysia rasanya ada lebih kurang 150 orang di seluruh Malaysia. Mana 'standard' kalau hendak duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seperti dulu. Hakikatnya, memenag kelibat DSNS tidak lagi dapat dilihat semenjak dari pembentukan kerajaan BN selepas pasca PRU 12. Mungkin ini percubaan terdesak dari DSAK untuk merebut kembali kerusi yang pernah didudukinya sebelum 2004 supaya imejnya yang selama ini hanya ahli biasa UMNO di sebuah cawangan di Titi Tinggi kembali naik dan dapat kembali apa yang pernah dimiliki.
DZZA sendiri selaku mantan ADUN Beseri sebenarnya banyak menyumbang kepada apa yang dikatakan sebagai pembangunan fizikal dan kerohanian kawasan yang diwakilinya dahulu. Ada banyak sumbangan peribadi beliau kepada kampung terlibat meletakkan DZZA sebagai antara YB Beseri terbaik yang pernah ada dalam DUN N.2 Beseri ini. Pastinya DZZA tidak dibayangi oleh kelibat isterinya seperti yang berlaku kepada DSAK. Kalau hendak dibandingkan memang tak dapat dilawan DSNS kerana isteri DZZA difahamkan hanya seorang guru di sebuah sekolah menengah dalam Padang Besar. Kelibat DZZA sendiri sentiasa dapat dilihat setiap minggu di kawasan yang selalu dilawatinya sama ada semasa mahupun selepas memegang jawatan ADUN manakala kelibat DSAK sememangnya sukar dan hanya bertumpu dalam kawasan tertentu sahaja dan hanya orang yang tertentu sahaja yang boleh berjumpa secara langsung dengannya jika mempunyai sebarang masalah. Bagi golongan marhain biasanya akan melalui beberapa prosedur dan jarang sekali boleh bertemu langsung dengan DSAK.
Bagi DZZA, beliau akan sentiasa mengotakan apa yang diperkatakan dan akan mengambil tindakan segera bagimenyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat tetapi berbeza dengan DSAK yang pernah memegang jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar tetapi 'totally' GAGAL untuk menyelesaikan masalah seperti banjir kilat di kawasan Pekan Padang Besar yang sudah berlarutan selama 4 tahun. Apa yang melucukan, beliau selaku Ahli Parlimen Padang Besar seperti yang diberitahu oleh salah seorang ketua cawangan yang pro kepadanya dalam ucapan aluan mesyuarat cawangan menyatakan bahawa DSAK telahpun menulis surat kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baru untuk menyelesaikan segera masalah banjir kilat dalam kawasan Pekan Padang Besar. Untuk perkara ini, saya labelkan DSAK dan ketua cawangan tersebut sebagai 'tak ketahuan' tetapi dalam keadaan begitu sekalipun masih ada yang dalam kalangan rakyat yang dungu masih menganggap DSAK sebagai YB yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Beliau pernah menafikan pada satu ketika tentang hubungannya dengan isterinya sekarang dengan menyatakan khabar itu palsu semata-mata(khabar angin) kepada ahli sebuah cawangan UMNO yang mengadakan majlis dialog dengan DSAK sebelum PRU 11 2004. Inilah yang dikatakan politik seorang tua yang sentiasa disokong oleh orang-orang tua yang tak mahu berubah dan suka dengan keadaan yang tak seberapa dalam kawasan mereka asalkan DSAK kekal sebagai ketua mereka walaupun sudah banyak pembohongan telah dibuat oleh DSAK sejak dari mula mewakili kawsan Parlimen Padang Besar ini.
Saya amat yakin bahawa pewakilan UMNO ke Mesyuarat Bahagian Padang Besar yang dijangka akan bersidang selewat-lewatnya awal Oktober ini akan tahu untuk memilih mana yang kaca dan mana yang permata. Mereka tidak akan mudah untuk terus diperbodohkan oleh kelicikan manusia bernama Dato' Seri Azmi bin Khalid yang sehingga kini masih belum mempunyai kediaman yang tetap dalam kawasan yang diwakilinya walaupun disogok dengan imbuhan tertentu bagi mengalihkan sokongan mereka. Kepada Azmi, saya ingin berpesan, undurlah diri secara terhormat sebelum anda dimalukan secara tidak terhormat oleh kawan dan lawan anda dalam pemilihan kali ini. Bertindaklah sebelum terlambat. Keputusan di tangan anda. Rakyat masih ingat detik anda memotong pencalonan DZZA dalam PRU 12 yang lalu. Fikir untuk kesatuan UMNO bukan untuk kesatuan Dato' Seri...
(potong jangan tak potong...)
terima kasih!
September 09, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
salam perkenalan, dalam blog saya ada interview bersama mukhriz. jika tidak keberatan boleh membacanya di sana, salam ramadhan.
Salam!
terima kasih muhammad azli shukri
Saya rasa kedua -dua ada keistimewaan masing-masing - sorang ada G freind - GRO di Carnival dangdut - gi lah tgk mlm minggu kat sana, cuba intai2 - sorang ada isteri yg cantik. performance kerja tak pernah nampak pun dua-dua ni, kalau boleh tak yah ada ketua bahagian kat sana, ok gak,,,,, kat laman saya da poll pemuda gi lah tgk http://www.kpmu.net
salam!
Thanks Singkang!
saya lebih suka kalau ia disertakan dengan bukti bergambar supaya teguran bolehg dibuat kepada pihak yang berkenaan.
thanks!
isteri DSAK tu sedang beranak kecik..sbb tu susuah nak p mana2 le ni
Salam!
Bila pulak bini DSAK mengandung???
Jumpa anak dia yang jantan tu tak kata apa-apapun....
ini cerita sebelah mana pulak ni? DSAK yang lain kot???
hehehe!
mana-manalah yer...moga tak jadi fitnah..
Mr Perfectwater.. Datuk Azmi adalah orang yang paling layak dikalahkan atau dijatuhkan dalam pertandingan merebut jawatan ketua umno bahagian..
kenapa saya berkata demikian.. ahli umno bahagian padang besar pun lebih arif dah kenai serta tahu betapa tidak bertanggungjawab nya beliau kepada penduduk padang besar ketika memegang jawatan menteri dahulu.. maka oleh sebab itulah tahun ini beliau digugurkan terus daripada memegang jawatan menteri..
manusia tak tau buat kerja dok nak pi nak lantik buat apa lagi.. buang masa aje..
BRO...
Catat Ulasan