September 25, 2008

Gempar!!! Perhimpunan Agung UMNO Tangguh Lagi? Biar betul!!!

Salam Bloggers!

Esok akan diadakan satu Mesyuarat Khas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO yang dijangkakan akan membincangkan pelbagai agenda termasuk agenda menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2008. Menurut sumber rapat, 95% sah, keputusan penangguhan perhimpunan kali ini tidak dapat dielakkan..

Sekiranya ia berlaku, apakah faktor yang menyumbang kepada penggunaan kuasa AMT yang masih mengekalkan kedudukannya akibat beberapa siri penangguhan pemilihan UMNO sebelum ini atas nama perpaduan parti? Ternyata ini merupakan satu lagi episod pencabulan hak-hak ahli akar umbi parti yang sebenarnya telah lama menunggu peluang untuk membuat pilihan mereka bagi menentukan hala tuju parti ke arah yang lebih relevan dengan situasi politik semasa Malaysia yang dicanangkan sebagai tidak stabil.Sednagkan umum mengetahui bahawa canangan ketidakstabilan politik kini hanyalah retorik politikus yang takut kuasa semasa mereka digugat dan pada akhirnya mereka akan kehilangan kedudukan empuk yang mereka miliki sekarang.

Terdetik kehairanan yang amat sangat sekiranya masih terdapat AMT yang sanggup menyokong ketatapan sekiranya sah perhimpunan agung kali ini ditangguhkan ke satu tarikh lain. Entahlah apa yang bermain di kepala mereka saat ini. Tidakkah mereka mengetahui bahawa UMNO semakin hilang kredibilitinya akibat daripada mainan politik 'luar tabie' sesetengah pemimpin yang rakus? Walaupun semua ini masih di peringkat spekulasi namun kebarangkaliannya seperti yang dimaklumkan oleh sumber yang rapat adalah 9.5 per 10.

Saya ingin memberi peringatan selaku insan kerdil dalam komuniti bloggers seluruh Malaysia bahawa sebarang usul penangguhan perhimpunan akan memberikan kesan buruk kepada UMNO secara keseluruhannya. Saya tidak akan terkejut ia menjadi 'turning-point' kepada dua tiga perkara 'besar' yang dijangka akan berlaku dalam politik Malaysia selepas ini. Esok, kita akan lihat apa komen dari Harimau, Kucing dan Tikus UMNO tentang keputusan yang mereka sama-sama ambil sekiranya benar spekulasi perhimpuanan agung ini ditangguhkan. Sesungguhnya hanya UMNO satu-satunya parti yang masih menangguhkan agenda wajib setiap organisasi saban tahun iaitu pemilihan bagi jawatan penting. Parti politik lain dilihat sudah selesai menjalankan pemilihan masing-masing. Apakah ini yang dikatakan "DEMOKRATIK SEGAR" UMNO? Dimanakah keberanian "DEMOKRASI SEGAR" UMNO yang dilaung-laungkan selama ini? Adakah pemimpin tertinggi sedia menelan gelaran "BACUL,DAYUS" akibat dari merelakan keputusan songsang seperti ini dilaksanakan? Bilakah lagi kuasa untuk memilih akan diserahkan kembali kepada ahli akar umbi? Jika semua ini berlaku ia akan menguatkan lagi telahan saya bahawa UMNO akan WAFAT menjelang umurnya '63' tahun (kalau mengikut putar belit sejarah penubuhan oleh pemimpin UMNO sekarang) pada tahun 2009 jika dikira tahun 1946 sebagai tahun penubuhan UMNO sedia ada.

Konklusinya, UMNO perlu sedia untuk menjalani 'reformasi' secara menyeluruh kalau tidak ia akan hancur di tangan pemimpin yang tamakkan kuasa dan rakus mengaut kekayaan rakyat dengan menjadi pemimpin UMNO. Fiirkanlah...

mohon mengulas!

3 ulasan:

AhmadRazinHjYob berkata...

Salam,

UMNO sedang diurus dengan cara yang salah pada masa yang kritikal. Bomoh patah selalunya akan menghancurkan tulang yang sedia patah untuk usaha pemulihan. UMNO harus melalui proses pemulihan walaupun dilihat agak keras
dan memilukan bagi yang tidak mahu mengerti.... Jika mereka tidak mahu berubah, kita akan ikhtiar mengikut cara kita....

hafiz berkata...

bro. aku sedikitpun tidak risau atau hairan dengan penangguhan ini. ia seperti diduga. hahaha mana ada demokrasi dalam umno.... dari dulu lagi, pimpinan umno memprogram untuk taat membuta tuli-menjadi yes man...hahaha memang mereka da sampai ketahap bodoh yang membimbangkan! taat konon... perpaduan konon... piiiiiraaaah! hahaha biar umno mati sekalipun bagi aku tidak mengapa. boleh dikuburkan di jirat batu tiga.

perfectwater75 berkata...

Salam!


Itulah usaha yang sedang saya laksanakan melalui penulisan dalam blog ini, dan apabila teguran dan nasihat tidak diendah maka andai UMNO ditakdirkan jadi begitu aku terima sebulat hati...

Pada ketika itu, siapa yang menjadi ahli UMNO dianggap sebagai orang yang malang...

renungkan...

p/s: thx 2 ahmad razin & hafiz 4 ur comments!

thx!