September 13, 2008

ISA...Wajar ke Tak?!!!

Salam Bloggers!


Entah untuk kali ke berapakah akta ini digunakan untuk menutup mulut rakyat?

Entah apakah strategi Pak Menteri yang berkenaan memutuskan penggunaan akta ini kali ini?

Entah apakah yang akan terjadi dalam seminggu dua ini, melihatkan kepada situasi semasa seolah-olah memberi petanda bahawa sesuatu yang besar akan berlaku? Kalau tak masakan akta ini di'refresh'kan untuk kali yang seterusnya...

Dalam kes RPK, saya agak bersetuju beliau dikenakan tindakan tetapi bukanlah di bawah akta ini kerana beliau tidak dipanggil untuk memberi penjelasan tentang artikel yang dikatakan menyinggung sensitiviti ummah itu selepas laporan Polis dibuat oleh 'agensi' Islam?.(Sedangkan Konsert Avril menjelang Ramadhan disepakati oleh para 'umara dalam kabinet Pak Lah sebagai sah dan halal tidak pula dikatakan menyinggung perasaan ulama' ular mak' UMNO tersohor negara termasuk JAKUM)

Dalam kes penahanan wartawan akhbar Cina (Tan Hoon Cheng) yang dikatakan menjadi punca ketegangan seminggu ini, saya tak bersetuju kalau beliau dikenakan tindakan kerana melaporkan perkara yang benar walaupun dinafikan oleh tuan kepala yang telah digantung tiga tahun itu kerana beliau dikatakan mempunyai bukti dan Pak Lah sendiri dalam satu kenyataannya menyatakan perlunya media melaporkan hal yang sebenarnya kepada umum untuk menjaga reputasi dan kredibiliti berita yang hendak dilaporkan itu.

Dalam kes Teresa Kok pula, entah mekanisme mana yang digunapakai untuk menghalalkan tindakan Polis menggunakan peruntukan dalam seksyen 73(1), adakah PDRM menerima laporan akhbar yang memetik kenyataan Khir Toyo (MB Jawa yang kalah pilhanraya lalu...memalukan orang-orang Jawa sahaja) berkenaan isu azan di Selangor?
Adakah Ahmad Said sahabat karib Pak Lah dan Pak Sheikh juga salah seorang yang di'target' untuk disumbatkan bagi memakmurkan Kem Tahanan di Kemunting menjelang Aidil Fitri nanti kerana akta ini membenarkan seseorang itu ditahan selama 60 hari tanpa bicara...???(sedangkan beliau yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman walauapapun alasan yang dikemukakan, kenyataannya tetap satu yang berunsurkan hasutan dan perkauman)

Kenapa "Mat Koyak Gambar"(Zainol Abidin Hashim)yang cuba men'glamour'kan diri dengan melakukan aksi mengoyak gambar Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang iaitu sahabat baik Ahmad Said selama 18 tahun sebelum ini tidak diambil apa-apa tindakan kerana mungkin gambar aksi atau video yang dirakam menggunakan teknik 'super impose' sedangkan itu antara 'turning point' kepada apa yang digawatkan ketika ini...???

Kalau Kerajaan BN masih mengamalkan apa yang dikatakan sebagai 'double standard' dalam menghukum rakyat maka sampai bila-bila pun negara ini akan kekal dilabelkan sebagai negara Islam Hadhari yang mengamalkan undang-undang rimba sebagaimana yang diwar-warkan oleh pemimpin pembangkang.

Saya masih teringatkan Manifesto BN dalam PRU 12 lalu iaitu 'Selamat, Aman dan Makmur'. Kalau ini diambil kira, saya tak tahu apa yang hendak diSELAMATkan BN/UMNO, apa yang hendak diAMANkan BN/UMNO dan apa ayng hendak diMAKMURkan BN/UMNO.

Saya mencabar sesiapa juga yang mengaku dirinya rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat mulia untuk mempertahankan tindakan 'zalim' ini kerana ia tidak sepatutnya berlaku lagi dalam usaha BN/UMNO hendak memandu negara ke arah yang lebih cemerlang dan saya tak terkejut kalau apa yang diangankan oleh Pakatan Rakyat pada 16 September ini akan menjadi kenyataan akibat apa yang berlaku hari ini. Kepada kerajaan, saya menyeru agar mempertimbangkan semula setiap tindakan agar tidak disalahtafsirkan akan kepentingan sesuatu tindakan yang diambil. Usahlah ditakutkan rakyat yang sedia matang dalam era globalisasi ini. Usah menyesal kalau nasi yang ditanak akan menjadi bubur dek kesilapan yang sepatutnya tidak menjadi sebesar ini. Kita sebenarnya hidup dalam harmoni sentiasa tetapi api perkauman yang menyala dewasa ini adalah kesan dari perpecahan yang berlaku dalam UMNO sendiri.Janganlah pihak lain yang dikambinghitamkan. Sesungguhnya sikap ASSOBIYYAH akan menyebabkan kita hidup dalam kehancuran yang nyata...










Apakah ini petanda bahawa UMNO sedang tenat menghadapi hari-hari terakhir pemerintahannya selama 51 tahun? Kalau ya pun UMNO sudah hendak mati, usahlah dicalarkan imej parti yang terulung di Malaysia ini untuk kali yang seterusnya...


Maaf kalau terkasar...

4 ulasan:

Laxmana berkata...

Salam...

Saya setuju...
Mereka mungkin bersalah...
Mereka juga mungkin tidak bersalah...

Prosesnya senang sbnrnya, hadapkan mereka ke muka pengadilan...

Berikan mereka peluang untuk melalui satu proses perbicaraan yg sempurna...

Itu hak mereka...jgn rampas ia...

Tahan tanpa bicara akan lebih mengeruhkan suasana, yg telah sedia keruh...

p/s : saya juga mengikuti p'kmbgn blog saudara, juga melalui Aflah... cuma kekadang x sempat nak komen... and bro, dah letak link "perfectwater" kat laman saya... thanx..

azlishukri berkata...

ISA tidak perlu dimansuhkan, jika tidak Khalifah Umar tidak akan melakukannya pada suatu ketika dahulu. Asobiyyah, saya cadangkan saudara baca artikel saya berkenaan hal tersebut. jelas dan apakah maksudnya. ISA yang salah ialah pelaksanaan bukan konsep ISA. yang menjadi masalah ialah, cara ia dan kepada siapa ia dilaksanakan, itu yang perlu diperbetulkan. dan yang lebih penting, ISA perlu orang yang beriman tinggi untuk melaksanakannya. wallualam.

Tanpa Nama berkata...

Mr Perfectwater.. Kalau tak ada ISA (ikut suka saya) maka jahanam lah negara ini.. kalau nak hadapkan puak-puak ini ke muka pengadilan maka lima enam tahun lah proses nya.. ISA telah banyak menyelamatkan malaysia dari keadaan huru hara.. kalau tak ada ISA, susah juga dibuat nya.. kat negara lain pun pakai ISA juga cuma nama dia sahaja berlainan sikit.. ISA memang sentiasa di kritik semenjak dari dahulu, kini dan selama lamanya, tapi ianya tetap berada disitu..

BRO...

perfectwater75 berkata...

Salam!

Bro!

Saya tetap komited tolak ISA!

thx!