Salam Ukhuwah!
Tampak hebat, mantap tetapi kelihatan masih kurang 'powernya' dan lebih nampak retoriknya. Itu yang dapat saya simpulkan apabila membaca berita dari malaysiakini.com tentang pengumuman rasmi anak bongsu Mantan Perdana Menteri Malaysia yang kini bukan lagi ahli UMNO Malaysia.
Menurut Mukhriz lagi, krisis kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina kerajaan "dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri. Tambah beliau lagi "Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan Umno yang sebenar, yakni perjuangan agama, bangsa dan negara," "Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan pilihanraya umum ke-12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita. "Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan Umno. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan."Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan.
"Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa Umno akan membetulkan dirinya sendiri. "Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli Umno, maka jangan terkejut jikalau hayat Umno berakhir," kata Mukhriz lagi.Ahli Umno, tegasnya, harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Umno. "Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan."Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan Umno. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula Umno. "Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. "Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini". kata Mukhriz lagi.
Kalau membaca bait-bait yang keluar dari kenyataannya maka kita mungkin berpendapat dia antara calon yang layak untuk memegang jawatan ketua bagi sayap 'pendesak' UMNO yang hebat itu tetapi saya rasa masih ada yang kurang jika kita renung betul-betul hakikat yang hakiki yang berlaku sebelum ini.
Apakah yang menjadi antara faktor penyumbang kepada keputusan PRU 12 yang lalu?
Apakah yang menjadi antara penyebab UMNO kian dipandang lemah oleh rakan dan juga lawan?
Apakah UMNO sebuah parti yang memberi peluang kepada wujudnya satu 'dinasti atau legasi' untuk memegang dan meneruskan tampuk kepimpinannya?
Apakah penawar awal yang terbaik untuk menyelamatkan sisa-sisa perjuangan UMNO sebelum ia 'wafat' satu hari nanti?
Apa yang paling penting ialah UMNO yang mana satu yang hendak diselamatkan oleh Mukhriz?
Bagi saya secara peribadi, baik Mukhriz mahupun Khairi, kedua-duanya sepatutnya tidak bertanding dalam pemilihan akan datang ini kerana mereka ternyata mempunyai 'liabiliti' yang akan menjadi penentu kepada kemenangan mereka dalam pemilihan tersebut. Lainlah jika para Perwakilan Pemuda UMNO masih lagi menantikan imbuhan sekiranya undi mereka mereka hendak ditagih oleh kedua calon yang tersebut ini, maka mereka akan mengenepikan 'Fear Factor' yang akan wujud sekiranya salah seorang dari mereka ini terpilih untuk jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, itu adalah hak mereka untuk bertanding dan perlembagaan parti pun tidak menghalang mereka untuk bertanding jawatan itu. Mereka adalah jutawan yang tidak langsung mempunyai masalah berkaitan imbuhan jika itu diinginkan oleh para Perwakilan Pemuda UMNO yang kebanyakannya hanya berjuang untuk memenuhi kantong habuk dan perut busuk mereka sendiri. Saya tidak dapat menghalang apa jua keputusan yang akan terjadi kerana bukan kuasa saya untuk menghalang semua itu tetapi biarlah tulisan saya ini dilihat dari sudut positif dan minda yang terbuka agar UMNO tidak terus tersilap langkah untuk kali seterusnya.
Entah 'Perjuangan Siapa Yang Belum Selesai...'
Entah ' Melayu Mana Yang Sudah Terlupa...'
Entah 'Siapa Yang Akan Menang...'
Entah 'Siapa Pula Yang Akan Diaibkan...'
Entah 'Damai Mana Yang Kita Cari...'
Entah 'Siapa Yang Layak Jadi Pemimpin Kali Ini...'
Usahlah Penyangak Yang Ganti Pencuri...
Renungkanlah...
terima kasih....
5 ulasan:
Salam Tuan,
Kalau betul la Mukhriz ni nak selamatkan UMNO, suruh bapak dia yang dah tua itu senyap dan tak payah nak komen lagi tentang UMNO sebab setiap yang keluar akan terukkan lagi kesakitan UMNO...Kalau di aboleh buat, minta bapak dia tu masuk balik UMNO tak payah bersyarat-syarat.UMNO adalah sebuah parti bukannya individu
tq!
Salam..
Apa yang anda fikirkan semacam sama dengan apa yang saya fikirkan. Cuma ada beberapa perkara yang perlu difikirkan bersama seperti :
1) Adakah UMNO sudah ketandusan pemimpin muda?
2) Adakah UMNO lebih sesuai menjadi pemerintah ataupun menjadi pembangkang pada masa kini?
3) Adakah sokongan Melayu terhadap UMNO sudah benar-benar beralih kepada Pakatan Rakyat?
Apapun, tulisan awak sangat bagus. Teruskan usaha anda.
Salam,
Terima kasih Nuraflah atas komen anda.
1)UMNO sebenarnya tidak pernah kurang barisan pelapisnya tetapi ramai dalam kalangan mereka sengaja dilupuskan oleh 'pemimpin tua' yang mengganggap diri mereka 'masih muda' dan berdaya untuk meneruskan kesinambungan perjuangan UMNO.
2)Bila saudari bertanyakan tentang kesesuaian UMNO sama ada terus menjadi pemerintah atau belajar menjadi pembangkang, jawapan saya mudah dengan melihatkan apa yang berlaku kini, maka UMNO lebih sesuai di'muzium'kan kerana ia sudah tergolong dalam kategori 'antik'. Lagipun UMNO yang ada kini bukan UMNO yang 'original' dan pengasasnya sendiri sudah berada di luar parti dan masih 'segar bugar' menghentam parti dan kepemimpinannya.
3)Sokongan Melayu pada masa kini sudah mula beralih sedikit demi sedikit jika dinilai dari keputusan 'by-election P.44' yang lalu tetapi masih banyak yang perlu dilakukan Pakatan Rakyat dalam usaha memperkemas jentera dan kedudukan pakatan itu sendiri agar ia tidak goyah andai dilanda oleh mana-mana angin, ribut, taufan atau tsunami ciptaan BN. DSAI mesti buktikan bahawa beliau mampu untuk memperteguhkan kesepaduan pakatan itu kerana bukan mudah hendak menyatukan pelbagai jenis kepala yang ada dalam satu-satu parti yang wujud dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.
Thanks!
Mr Perfectwater.. Apakah yang akan terjadi sekiranya Dato'Mukhriz bin Tun Mahathir berbinkan Dato'Mukhriz bin Lebai Kulup dan Khairy Jamaludin pula bermenantukan kepada Mat Karim Petai yang menjual petai dan sayur di pasar malam.. Saya rasa tentu kedudukan politik mereka tak tentu hala atau mungkin dah lama kena pancung di peringkat cawangan dan bahagian. Saya tidak pertikaikan kebolehan mereka tetapi pada pendapat saya .. berpolitik dengan cara bermula dari bawah adalah satu kelebihan yang baik berbanding sebaliknya.. Mereka berdua terlalu protokol sehingga menimbulkan masalah pihak bawahan di akar umbi.. Nak berjumpa dan meluahkan masalah pemuda secara terus menerus bersama mereka berdua adalah mustahil sama sekali. kalau buat appoinment minggu ini mungkin tahun depan baru boleh jumpa atau pun tak boleh jumpa terus. Entah lah.. saya pun tak tahu nak komen apa-apa lagi.. terpulanglah kepada akar umbi untuk menilainya.
P/S. Pemimpin yang bermula dari bawah mempunyai satu sentuhan yang luar biasa berbanding pemimpin yang baru celik mata dan tup tup dah dok kat atas..
BRO...
Salam,
Bila BRO Tanpa Nama bertanyakan soal bin dan binti ni, saya dengan yakinnya menegaskan di sini bahawa apa yang khalayak UMNO dewasa ini gelarkan kepada dua orang pemimpin berjiwa rakyat ini? iaitu 'si kedi dari Rembau' dan 'si botak dari Jerlun' sebenarnya hampir tiada dalam politik kebangsaan UMNO ini kalau tidak bersandarkan kepada keupayaan yang disebutkan tuan tadi. Apa yang saya tahu, Si Kedi layak jadi penari PROM PARTY dan Si Botak layak jadi TUKANG URUT REPORTER..Itu jer..
thanks!
Catat Ulasan