Bertambah bosan apabila membaca berita di bawah.
Tidak gantung dua Exco bukti kerajaan Perak bermasalah
September 8, 2008 by Pendeta
KUALA KANGSAR 7 Sept. - Kerajaan campuran negeri Perak dilihat mempunyai masalah yang cukup besar apabila sehingga kini masih belum menggantung tugas dua Exconya yang berdepan dengan dakwaan rasuah di mahkamah.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, kelemahan kerajaan negeri itu amat ketara dengan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin sehingga kini tidak dapat menjelaskan mengapa tindakan penggantungan itu tidak dilaksanakan.
”Bagi saya, pakatan pembangkang di Perak sebenarnya sedang bermasalah.
September 8, 2008 by Pendeta
KUALA KANGSAR 7 Sept. - Kerajaan campuran negeri Perak dilihat mempunyai masalah yang cukup besar apabila sehingga kini masih belum menggantung tugas dua Exconya yang berdepan dengan dakwaan rasuah di mahkamah.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, kelemahan kerajaan negeri itu amat ketara dengan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin sehingga kini tidak dapat menjelaskan mengapa tindakan penggantungan itu tidak dilaksanakan.
”Bagi saya, pakatan pembangkang di Perak sebenarnya sedang bermasalah.
(gambar di sebelah sekadar gambar hiasan)
Ini antara satu sebab mengapa saya paling tidak menyukai kelibat si budak hitam ini terutamanya dalam arena politik UMNO Malaysia, saya pun tak tahu kenapa Pemuda UMNO Rembau masih lagi berikan kerusi Ketua Pemuda UMNO Rembau kepada si budak hitam ini. Mengapa saya nampak seperti marah yang amat sangat kepada si budak hitam ini? Jawapannya cuma satu, setiap kali si budak hitam ini mencipta isu, maka di akhir cerita itu nanti, tentulah yang kena balik ialah UMNO dan dalam kes ini yang akan kena tempiasnya ialah UMNO Perak yang sudah kehilangan negeri dan sekarang ini dikhabarkan sedang 'gila talak' dengan janda lama. Pernah sekali ketika menonton aksi 'cerdiknya' di Parlimen, beliau menggunakan akronim PKR untuk Projek Khinzir Rakyat tanpa rasa bersalah tetapi apabila ditempelak oleh barisan pembangkang yang tak kurang hebatnya dengan balasan hujah mencelah oleh salah seorang MP iaitu dengan mencadangkan agar disebut 'PROJEK BABI NEGARA' atau 'PBN' kita lihat beliau sudah mula gelabah kerana apa yang cuba dipalitkan kepada lawan menjadi sebaliknya. Sama juga seperti ketika berlagak seperti seorang pegawai polis dalam Parlimen ketika meminta sampel DNA dari DSAI terus sahaja ia menjadi satu lagi modal lawan untuk mempersoalkan tindakan kerajaan keseluruhannya termasuk wujudnya konspirasi dan sebagainya. Ini belum lagi saya masukkan episod sekitar 'by-election P.44' yang rata-rata amat memalukan dia sebagai pemimpin yang 'bakal' menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.(angan-angan?)
Di sini, saya ingin berpesan kepada KJ, sudahlah jadi jaguh, orang bukan suka pun kepada saudara. Selagi saudara bergantung kepada Bapa Mertua Tersayang saudara maka selagi itulah saudara tak kemana-mana.(jangan tanya maksud tak kemana-mana seperti ditanyakan kepada Lim Kit Siang tentang "Go To Hell", susahlah saya hendak interpretasikan sebab saya bukan lulusan Oxford University seperti saudara).Selagi saudara berdiri dengan kuasa wang dan politik kotor maka selagi itulah UMNO khususnya Pemuda UMNO akan terus lesu dek penangan suap-menyuap ini. Mungkin hari ini, saudara belum isytiharkan pendirian, tetapi mungkin esok, lusa atau hujung bulan ini sebagai mengambil 'berkat' Syawal tahun ini. Apapun, lawatan sosial sama ada rasmi atau tidak yang dibuat saudara ke seluruh pelusuk tanahair ketika ini sebenarnya sudah sedia dibaca oleh umum jadi tak payahlah hendak berbunga lagi, keluarkan sahaja buah silat saudara itu.
Nasihat saya,
"Hentikanlah Sandiwaramu!!!"
7 ulasan:
Eeeiii...betis!
Ngilu gua tgk...
Tulisan direct sgt lah,Bro...tak berkias langsungg!!!
Roger
Salam Aboo,
Kalau nak tegur orang kena berhikmah...hikmah pula tak semestinya penuh kelembutan, lemah gemalai disukai ramai kerana ia belum tentu mampu merubah tetapi kekadang manusia bila ditegur secara kasar bisa merubah diri kembali kepada fitrahnya....
renungkanlah...
anyway, thanks!
Ramai ahli dan org2 umno sekadar untuk menjadi jaguh parti dan survival diri dalam parti.kononnya tindakan ini perkara yg bijak.tetapi golongan ini bukan berjuang untuk islam dan orang melayu.hanya kepentingan peribadi,duit dan kemewahan duniawi.mereka ini yang sebenarnya merosakkan bangsa melayu.orang yang seperti inilah harus di usir secara demokrasi...
hazeim
salam,
thanks haziem! Saya tak nafikan fakta ini.
tq!
Mr Perfectwater, sekiranya khairy diangkat sebagai ketua pemuda malaysia, maka gelap lah masa depan umno.. setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau adalah racun buat umno.. Khairy adalah punca kejatuhan umno.
BRO...
Salam!
Sah tawar diri juga...dok nafi sana, dok nafi sini, akhirnya kena ngaku juga sebab tak sabar2 nak jadi menteri..(ada kosong lagi tu)..buatlah kedi..kalau umum ahli pemuda UMNO arif dan bijaksana maka si kedi ini tahulah dimana dia nanti...
thx!
apa apa pun kj memang bapok!pakat pakat la layari www.janjidikota.blogspot.com
Catat Ulasan