September 22, 2008

Tahniah! DS Shahidan Kassim (Harimau UMNO)


Shahidan Kassim dilantik penasihat khas NCER
22/09/2008 6:49pm


KUALA LUMPUR 22 Sept. — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melantik bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (ECER) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, tugas utama Shahidan termasuk menasihati dan membantu Perdana Menteri dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

— BERNAMA
Salam Bloggers!

Akhirnya setelah 6 bulan PRU 12 berakhir barulah kelibat DS Shahidan Kassim yang kehilangan 'kuasa' akibat satu 'rampasan kuasa' terganas di Perlis dilihat mempunyai jawatan penting. Adakah ini antara usaha terdesak kepimpinan sedia ada untuk menarik kembali seberapa banyak sokongan ahli yang kian pudar menjelang Persidangan UMNO Bahagian seluruh Malaysia selepas Aidil-Fitri nanti? Atau ia merupakan satu 'BONUS' kepada DSSK menjelang pemilihan UMNO akan datang(khabarnya beliau akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO)Apapun telahan, usah terlalu mudah dikaburkan dengan satu pemberian jawatan oleh PM sehingga menelan segala kekuatan prinsip yang sedia terbukti ada pada DSSK sebelum ini. DSSK mesti ingat bukan sedikit golongan yang tegar membenci kelangsungan DSSK terutama di Perlis ini. Harapan saya, Buatlah yang terbaik dan usahlah menggunakan pendekatan mendiskriminasikan rakyat kerana ia terbukti merugikan karier politik cemerlang Dato' Seri...

p/s: Buktikan kepada rakyat bahawa DSSK adalah calon terbaik untuk memulihkan UMNO di persada politik Malaysia kerana sekali lagi DSSK tersilap langkah maka bersedialah untuk terus padam...thx!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mr.Water-loo!

Shahidan Kasim calon terbaik? Takdak calon lain ka?Ada baiknya lu kasi senarai calon2 yang OK skit...

Asyik2 muka sama jer...Apa takdak orang lain dah ke?Huhu

Betol2 mau pulih...Masuk pusat pemulihan la..Kuarantin dulu,peram kasi masak.Huhu!


Roger!

perfectwater75 berkata...

Salam Aboo!

Mungkin Yang Terbaik Dalam Kalangan Yang Tidak Baik...

Hehehe!

thx!

Fazrulls berkata...

Salam Tuan..

Hee jasa mu tetap di kenang bergitulah dengan mereka dan mereka ini....

Salam..

Laxmana berkata...

Salam bro... kalau tak silap kat berita tv3 semalam, diorang sebut "Tan Sri" Shahidan Kassim...

Bleh tulun cari confirmation tak?

thanx...

p/s : balik Sabah beraya, insyaAllah ;)

perfectwater75 berkata...

Salam Laxmana!

TV3 sudah buat permohonan maaf di akhir siaran atas kesilapan menyebut nama gelar tersebut.

thx!