Salam Bloggers!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Akhirnya selepas 7 hari dikurung di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) maka Ahli Parlimen Siputih merangkap ADUN Kinrara dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ini diBEBASkan TANPA SYARAT. Di benak saya yang makin benak sekarang ini mula tertanya-tanya soalan mengenai apa bentuk jawapan yang akan diberikan oleh "Kucing UMNO" merangkap anak kepada "Singa UMNO" dan juga Menteri Dalam Negeri kalau "diusik" lagi oleh wartawan tentang pembebasan tanpa syarat Teresa Kok kali ini. Adakah beliau akan menggelabah bila memberikan jawapan itu nanti? Mungkinkah akan keluar lagi jawapan 'BODOH' seperti yang pernah diberikan sebelum ini?
Saya pernah mengulas sebelum ini tentang kenyataan akhbar Si Kucing UMNO tentang penahanan orang awam mengikut ISA tetapi malangnya tindakan itu telah diambil juga tanpa memikirkan implikasinya kepada negara. Apabila keluar kenyataan tahanan kedua ISA ini dibebaskan maka terserlahlah apa yang saya sifatkan sebagai "kebodohan paling memalukan" dekad ini iaitu Polis mengambil tindakan hanya berpandukan kepada fitnah beberapa tokoh politik 'bola kempis' seperti Khir Toyo dan beberapa "blog pro-kera" (singkatan kera merujuk kerajaan) yang dengan lantangnya meniup sentimen perkauman kepada orang Melayu khususnya dengan berselindung di sebalik nama suci ISLAM kononnya hak Melayu Islam makin terhakis dan tercemar dengan tindakan 'agresif' beberapa orang tokoh politik pembangkang khususnya dari DAP. natijahnya, akhbar Utusan Malaysia a.k.a Utusan Meloya dan Khir Toyo yang saya kenali sebagai seorang 'model BOTOX' yang telah bergabung untuk menyerang melalui kenyataan akhbar yang menyatakan ada usaha untuk menghalang laungan azan di masjid-masjid negeri Selangor.(kemudiannya kenyataan ini telah 'diubah' tanpa rasa bersalah, sekadar ada usaha untuk memperlahankan alat pembesar suara untuk aktiviti kuliah subuh, ceramah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di waktu pagi). Apakah UMNO sudah 'muflis' isu untuk menyerang Pakatan Rakyat? mengapa perlu dicipta isu yang pada akhirnya membunuh UMNO kembali? Permainan isu sebegini menunjukkan seolah-olah politiking kuno UMNO tak pernah berubah sedangkan dalam masa yang sama minda rakyat 'totally' sudah berubah menentang sebarang penyebaran berita fitnah dan palsu terutama daripada golongan FASIQ dan MUNAFIK Politik. Kepada pengusaha 'blog pro-kera' hentikanlah cerita dan isu karut-marut serta fitnah tentang hal berkaitan sentimen perkauman dan agama. "Be advance, true, fast and free ".
Sebenarnya hanya ada satu cara untuk menyelesaikan kemelut politik semasa Malaysia yang telah membelenggu rakyat pasca PRU 12 iaitu semua pimpinan tertinggi UMNO meletak jawatan sebagai penanggungjawaban terhadap keputusan rakyat yang menolak BN/UMNO. Tidak semata-mata PM semasa sahaja yang meletak jawatan kerana ia masih tidak menyelesaikan masalah politik yang terlalu berserabut akibat kerosakan yang dibuat oleh mereka yang berkenaan. Keputusan Pak Lah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Pak Najib's terus menimbulkan persoalan apa yang hendak dilakukan oleh "Bakal Mantan PM Malaysia" ini kerana mampukah Pak Najib's mengembalikan kecemerlangan ekonomi negara dalam masa setahun. Pak Lah mengeluarkan 'statement' menyatakan besar kemungkinan peralihan kuasa akan dilaksanakan lebih awal sekiranya Pak Najib's menunjukkan prestasi cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai Menteri Kewangan Satu Malaysia. Mampukah Pak Najib's melaksanakan 'special task' hidup dan mati ini? Sempatkah "Wanita Kedua Malaysia Semasa" duduk di kerusi empuk Wanita Pertama Malaysia?
Secara tuntasnya, tumpukan usaha untuk membangunkan negara seperti yang diamanahkan sebahagian rakyat sekiranya kerajaan semasa berpendapat apa yang diwar-warkan oleh Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) untuk membentuk kerajaan satu sandiwara cinta semusim dan retorik politik Pakatan Rakyat (PR). Buktikanlah hal yang berlaku ini adalah mengarut dan tak usahlah diikut rentak DSAI untuk 'mengkucar-kacirkan' negara. Lainlah kalau apa yang dibawa oleh DSAI adalah sesuatu yang benar-benar akan berlaku bagai bom jangka menunggu masa untuk meledak menghancurkan keegoan UMNO yang seolah-olah tak mahu menerima hakikat bahawa UMNO sedang meniti hari-hari terakhir dalam sejarah politik Malaysia. Kepada blog pro-kera yang setia menyokong kebodohan pemimpin sedia ada sedangkan kuasa sebenar untuk memilih pemimpin yang bakal membawa kebangkitan semula UMNO di persada politik negara ada di tangan akar umbi, sudah tiba masa bagi anda untuk melaksanakan perubahan secara agresif untuk mengenepikan apa yang telah menghancurkan UMNO.Usahlah lagi ditulis berita atau ulasan 'ampu-bodek' untuk terus melenakan pemimpin rakus dan 'rakai' agar lestari dengan posisi sedia ada tanpa sebarang perubahan. UMNO bakal pupus atas kesilapan dan kelemahan sendiri bukannya kerana kekuatan dan kehebatan Barisan PR. "Kita Merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang..."
Mohon bicara...
4 ulasan:
Betul betul betul...(cara cakap versi upin & ipin)... heh!
bukan DSAAB je... Sume kene letak jawatan!
p/s : bro, tak nak ulas pasal Rafidah Aziz dan Hishamudin Hussien yang secara terang2an menolak kepimpinan DSAAB tu ker... Rafidah & Hisham ni nampaknye 'full swing' untuk Tok Najib C4 ni...
Salam Laxmana!
hehehe!
nanti saya cari bahan sebelum buat ulasan ekslusif tentang Kak Fidah dan Tikus UMNO tu..
thx!
saya dah penim dgn politik msia skng:[
Salam kikiey!
Takde apa yang perlu dipeningkan..cuma tukar pimpinan tertinggi dan bagi peluang orang baru jalankan pemerintahan..Insya Allah every prolems will solve after... anyway thx 4 ur comment!
thx!
Catat Ulasan