September 04, 2008

UMNO Rasuah Lagi?



Mazlan Harun Buat Laporan Kedua Kepada BPR Dakwa Kepimpinan UMNO Salah Guna KuasaBy: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Veteran Umno Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan kedua kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi Umno yang didakwanya melakukan rasuah politik dalam pemilihan parti.Beliau turut menyerahkan sebuah album mengandungi gambar, video dan dokumen bagi menyokong aduannya itu."Apa dalam album ini saya tidak boleh beri tahu dengan terperinci. Saya cuma minta perkara ini disiasat cepat," katanya kepada pemberita.Anggota Umno dari Muar, Datuk Kadar Ninam Shah, yang mengiringi Mazlan, berkata pula jika BPR masih tidak mengambil tindakan sepatutnya dalam tempoh tertentu, tindakan susulan akan dibuat."Kalau laporan kali kedua ini juga tidak diambil berat, kami akan buat lagi laporan atau menggunakan alternatif lain seperti mahkamah," katanya.Beliau mendakwa Lembaga Disiplin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan termasuk menyiasat dakwaan seperti ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas dan disediakan penginapan di hotel dan diberi buah tangan berupa sejadah, kain pelikat dan duit belanja melalui sumber kewangan kerajaan.Pada 5 Ogos lepas, Mazlan juga ditemani Kadar, membuat laporan kepada BPR berhubung dakwaan tersebut.Laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung Umno kononnya pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik.--BERNAMA



sekadar gambar hiasan
Sudah tiba masanya untuk Badan Pencegah Rasuah membuktikan kepada rakyat bahawa mereka adalah agensi yang bebas dan berkesan terutama dalam soal mempertegakkan integriti.
Persoalannya,

1)Mengapa perlu ada laporan kedua untuk aduan yang sama?

2)Adakah kerana laporan pertama yang hampir langsung tidak disiarkan oleh media perdana tempatan yang 'benar dan telus' kerana melibatkan pimpinan tertinggi atau dalam erti kata lain, tidak mendapat publisiti yang meluas?

3)Adakah BPR tidak nampak wujud unsur jenayah dalam aduan tersebut yang menjadi antara syarat terpenting utnuk memungkinkan sesuatu tindakan dilaksanakan kepada perasuah?

4)Adakah BPR masih sama fungsinya seperti dahulu, iaitu terlalu pantas dan hebat tindakan apabila melibatkan ikan bilis dalam dalam masa yang sama terlalu perlahan dan lembab apabila melibatkan ikan jerung?


Malaysia oh Malaysia...


Bila lagi mahu merdeka?




perfectwater75


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mohon menyampuk!

Woit sana woit sini
pagi petang siang malam
woit bloggers yang berani
jangan undur ke belakang

Kah sana kah sini
tidur siang jaga malam
kah kah kah digeruni
usah cabar bloggers serang

Woit sana kah sini
pesan mufti undur diri
anak singa mahu lari
anak tebuan naik LRT

Kah sana woit sini
kisah bunuh dan sodomi
integriti sudah mati
ketelusan tiada lagi

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

pantun ni pun boleh tahan jugak,

Pantun 1 Mufti

kota sarat disimpan tempayan
zahir berlian disunyi hari
harta rakyat dijadikan taruhan
akhir kebencian menjadi api

Oghang Kampung
Balaih Pantun 1

Indah hidupnya di kota saghat
Berlian banyak dia miliki
Ghugi pun tiada dia tak ngaku pun jahat
Kebencian apa pun dia tak peduli

Pantun 2 Mufti

gula dan santan diuli roti
kelapa diparut dimakan sama
bila kebencian menjadi api
apa dihasut ditelan semua

Oghang Kampung
Balaih Pantun 2

Ghoti dicanai pekena ngan kaghi
Makan soghang puih sendighi
Biaq pee lah benci sampai berapi
Penghasut dia tingkah bila tiba nanti

Pantun 3 Mufti

anak singa di Pulau Tebrau
anak tebuan seekor lari
jika negara sudah kacau
eloklah tuan mengundur diri

Oghang Kampung
Balaih Pantun 3

Di mana pulau ada keghbau balau
Laghi tebuan dia jeghat nanti
Biaqlah negagha menjadi kacau
Mengundur dighi dia pantang sekali

Pantun 4 Mufti

pergilah mandi di Titi Tinggi
jalan tersepak tali pencuci
carilah ganti berbudi tinggi
bukan perompak ganti pencuri

Oghang Kampung
Balaih Pantun 4

Ghesort Mewah lebih seghonok dia mandi
Mata dia cuci jalan dia ghapi
Biaqlah peghompak biaqlah penchughi
Janji dibeghi anak menantu dia kelak pengganti


hehehe!

Tanpa Nama berkata...

Mr Perfectwater.. komen saya tentang rasuah ialah ianya diibaratkan seperti irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan.. begitu juga rasuah dan pelacuran.. ianya wujud semenjak sebelum masehi lagi dan sampai kiamat pun tak akan ada mana-mana parti pemerintah diatas muka bumi Allah ini yang boleh mengatasinya.. termasuk lah Nik Aziz dan pemerintah-pemerintah dibumi arab yang dikenali sabagai alim dan ulamak tuu.. percaya lah..