Mac 23, 2010

Apalah Md Isa...Dok rayu buat apa lagi??? Takut PRK ke???

Salam,

Bila membaca laporan ini maka saya berpendapat bahawa alaan yang dikemukakan oleh bakal mantan YB Titi Tinggi yang juga merupakan mantan Polis dari Cawangan Khas yang berpangkat Kopral meletakkan jawatan bukan semata-mata tak berpuas hati dengan pucuk pimpinan MCA Pusat tetapi beliau juga tak berpuas hati dengan kepimpinan negeri yang menggugurkannya dari jawatan AMK Negeri Perlis.

Antara faktor yang boleh dikaitakan ialah kegagalan MB Perlis yang menaiki tampuk melalui kudeta terancang oleh orang yang kini menjadi penasihat pentadbirannya menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai tekanan dalaman UMNO khususnya dalam bahagian Padang Besar yang mana DUN Titi Tinggi ini berada. Apa tidaknya, beliau telah melucutkan jawatan 2 JKKK merangkap Ketua Cawangan UMNO yang salah seorangnya juga merupakan AJK Bahagian UMNO Paang Besar tanpa rasa bersalah dan rasional. Ini yang telah menjadi kudis kepada keberadaan YB Yip bila hendak menjalankan tugas kepada rakyat yang majoritinya Melayu dan tentunya ramai dalam kalangan ahli UMNO yang terbukti setia mengundi setiap calon BN tanpa mengira warna kulit dan agama serta apa jua kezaliman mereka khususnya selepas menang jawatan tersebut dalam PRU sejak dari merdeka.

Kenapa pula MB Md Isa Sabu terhegeh-hegeh merayu agar surat perletakan jawatan ditarik kembali bagi mengelakkan satu pilihanraya diadakan?

1)Jawapannya mudah, beliau amat bimbang dengan kekuatan pembangkang khususnya DAP yang berjaya mengembangkan sayap di kawasan Titi TInggi dan ini memberikan kelebihan kepada pakatan rapuh pembangkang untuk mencuri majoriti dalam kalangan pengundi Cina yang dilihat semakin cerdik memberikan undi mereka kepada pihak yang lebih menguntungkan mereka.

2)Tekanan dari dalam UMNO sendiri yang tak berpuas hati dengan pentadbiran Md Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang banyak menganiayai ahli UMNO khususnya di Bahagian Padang Besar.

3)Rakyat atau pengundi atas pagar sendiri sudah menilai lemahnya prestasi UMNO di bawah pentadbiran Md Isa sebagai MB yang gagal menonjolkan kuasanya dan banyak dipengaruhi oleh watak-watak TOK DALANG di belakangnya yang mengatur hampir semua keputusan dalam pentadbiran.

4)Kebencian umum kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Zabidi yang berlagak sebagai lebih dari MB bila membuat sesuatu keputusan tanpa perlu merujuk kepada MB. Kes penggantungan Ahli MAjlis Perbandaran Kangar yang dilihat tak sebulu dengan cara autokrasinya sudah cukup emnguatkan kebenciannya rakyat yang sedia cerdik pasca PRU-12 2008.

5) Faktor seterusnya ialah PUJUKAN MB melambangkan betapa UMNO masih pengecut kerana takut mengahadapi pilihanraya kecil dan mungkin terpaksa membayar harga yang tinggi kepada YB Yip jika MB bersetuju dengan syarat yang bakal dikenakan oleh YB Yip ini. Tentunya salah satu mengembalikan semula jawatan EXCO Kerajaan Negeri PErlis dan hak-hak sebagai EXCO tanpa sebarang syarat serta banyak lagi yang akan didedahkan melelui sumber paling rapat dengan pejabat MB Perlis. Kita tunggu sahaja.

Saya tak terkejut kalau Drama Perletakan Jwatan YB Yip ini akan berakhir dalam masa yang singkat kerana sememangnya kuasa dan wang akan menjadi taruhan terbaik pihak yang berkenaan. Bagi saya, biarkan ada satu pilihanraya kerana ia menjadi medan UMNO Perlis menunjukkan kekuatan kepada seluruh Malaysia, walaupun negeri ini hampir diketepikan dalam semua segi selepas menang dan mempertahankan negeri dari lemas dek Tsunami Politik 2008 tetapi masih kuat akar tunjang perjuangan UMNOnya kerana pejuang UMNO yang sebenar masih menyayangi UMNO walaupun dianaktirikan. Sedarlah pemimpin UMNO di peringkat pusat, jangan salah menduga....

thx!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah masanya umno perlu meletak calon kerana Yip bkn saja ditolak oleh org cina sendiri malah org melayu keseluruhannya. Aku menyampah sgt dgn ststement md isa tadi, katanya Yip masih disayangi dan diperlukan. Alahai, dia tau apa nie

perfectwater75 berkata...

Salam,

Bila seorang MB berbohong untuk seorang yang jelas mementingkan diri sendiri, apa lagi yang perlu dipertahankan??? Apakah Md Isa takut kehilangan kerusi MB kalau dia gagal memujuk CINA yang dibenci oleh CINA??? Satu kenyataan dangkal dari seorang tua....