Mac 14, 2010

Kuatkah UMNO Bila MENGKATAK (Mengkarung + Katak) Melompat Masuk???



Salam,

Bila propaganda seperti ini dibuat dalam laporan SAHIH ini, rasanya kebanyakan ahli UMNO di seluruh Malaysia akan berfikir sama seperti saya iaitu Kuatkah UMNO selepas ini? Adakah dengan menerima masuk puak-puak yang kuat menghenatm dan menelanjangkan UMNO dalam 2 tahun sebelum ini tetapi kembali dengan alasan SKIMA seperti UMNO terbukti mendokong perjuangan sebenar dan hanya UMNO yang mampu untuk memberi kebajikan terbaik kepada rakyat sedangkan skrip seperti itu hampir-hampir dianggap haram oleh mereka yang kini berubah seperti MENGKATAK(singkatan bagi MENGKARUNG & KATAK). Apa alasan mereka untuk masuk selain menafikan material menjadi penyebab atau faktor utama. Mereka tentunya menafikan sebarang pemberian dari pimpinan UMNO sedangkan 'mungkin' mereka terima dengan cara yang lebih 'bersih'.

Saya yakin puak MENGKATAK ini akan menjadi LIABILITI baru kepada UMNO kerana tentunya mereka takkan melepaskan kerusi ADUN yang mereka duduki dan dalam masa tentunya akan berlaku rasa tak puas hati dalam kalangan pendukung UMNO di peringkat Bahagian kerana mungkin mereka yang baru MENGKATAK ini akan mendapat tempat dan perhatian lebih khusus dari pimpinan UMNO yang sentiasa tidak adil kepada penyokong-penyokong setia mereka. Pimpinan tertinggi juga akan memberikan ulasan penuh berskima seperti "UMNO sentiasa membuka pintunya kepada sesiapa sahaja untuk kembali berjuang atas nama Bangsa, Agama dan Nusa" dan jangan terkejut mereka ini akan berubah cara hidup dalam masa yang singkat kerana ini contoh pejuang yang rakus dan tidak berprinsip. Walaupun UMNO yang dipilih anmun dia tetap tak berprinsip kerana dulunya pernah menyakini perjuangan parti lain dan hari ini sudah berbeza dan mungkin esok kembali bertaut perbezaan tadi.

Kepada MENGKATAK-MENGKATAK ini, saya ingin berpesan, hendak dengar dan terima atau pekak dan tolak, itu terpulang. Saya tetap tak menyukai cara politik anda. Selamat Me'mengkatak'kan diri anda. Tindakan anda sebenarnya adalah merugikan anda sendiri. UMNO mungkin ada tempat untuk anda tetapi percayalah penyokong setia UMNO takkan mudah menerima anda seperti yang Pimpinan UMNO yang takut hilang kuasa lakukan. Percayalah.. Beristikharahlah sebelum membuat sebarang keputusan...Moga Allah mengampuni kita semua...


thx!p

4 ulasan:

Unknown berkata...

salam,
apabila kita mengata atau brperasangka orang itu atau ornag ini menjadi liabiliti kpd umno, apakah kita ada terfikir bahawa diri kita sendiri merupakan liabiliti kpd umno itu sendiri???

Tanpa Nama berkata...

hentam jgn tak hentam perfect water. kekadang ahli UMNO sendiri perlu pendirian yg jelas.Kaki sokong, kaki bodek buta tuli nie lah liabiliti utama dlm UMNO. Golongan ini dpt RM10 pun maka depa akan canang UMNO itu terlalu indah.

Fr: Rakan sekampung

perfectwater75 berkata...

Salam,

sdr bebas mengeluarkan apa jua kenyataan... Tak payahlah saya komen pertanyaan sdr...janganlah bila kita ada jawatan maka kita bebas untuk membuat keputusan. Mandat rakyat tak boleh sesekali dipermainkan. Kita sepatutnya menjaga ia sebagai amanah perjuangan tak kira dari parti mana sekalipun. Jika parti AIRMAN sekalipun, kekal selama diberi mandat. Berubah bila tiba peluang rakyat mengundi lagi. Bertandinglah atas apa jua tiket sekalipun, jangan tiket wayang sudahlah..UMNO sebuah parti yang kuat dan tak perlu mengemis belas dari haprak yang ada untuk berdiri. Hanya perlu sedar diri untuk mengubah cara dan tingkah agar ia dapat merubah persepsi rakyat terhadap perjuangan UMNO yang tulus selama ini.

thx!

perfectwater75 berkata...

Salam,

Tanpa nama,

terimakasih atas sokongan anda...RM10 pun mahallah boleh beli 15 biji roti canai,boleh jamu 15 orang kaki bodek dan ampu dalam UMNO...sedangkan yang disapu berpuluh-puluh-puluh-puluh RM... Biarlah, kalau tak mahu sedar diri nak buat macamana kan...kita hanya berusaha memperjelaskan UMNO dengan cara kita. Soal tak puas hati dan tak mau terima itu hak masing2 tapi tak payahlah nak menyibuk di laman orang pulak...

thx!