Mac 12, 2010

Lagi Bukti UMNO Pertahankan Kepentingan Melayu???

Salam,

Agak terkejut apabila membaca kenyataan seorang timbalan menteri dalam laporan palsu ini. Apa tidaknya, difahamkan ia akan dilancarkan pada akhir bulan Mac 2010 yang tinggal tak berapa hari sahaja lagi.

Mengapa ia boleh terlepas sedangkan sepanjang dua tahun ini tiada lain isu yang dimainkan selain kepentingan Bumoputera dan khususnya kepada kaum Melayu yang makin tersepit akibat mainan politik sempit oleh dua tiga pemimpin 'terulung'. Apa yang hendak dikorbankan UMNO lagi selepas banyak melakukan pengorbanan sejak 'menang' PRU 12 2008? Tak habis lagi ke apa yang disifatkan sebagai "GAGAL MENGURUSKAN KEKALAHAN'???

UMNO telah banyak berkorban demi memastikan kuasa tak terhakis, apakah masih perlu satu dasar yang terus menekan kepentingan MELAYU(ISLAM) di Malaysia. Siapa yang menjadi Jawatankuasa Penggubal Dasar MEB ini? Kenapa mereka boleh terlepas pandang unsur terpenting dalam mana-mana dasar yang hendak dibuat di Malaysia agar ia selaras dengan peruntukan perlembagaan yang menjamin dengan tegas hak-hak keistimewaan Melayu yang sentiasa diagung-agungkan oleh pejuang ulung Melayu khususnya dalam parti PEKEMBAR ini?

Kalau beginilah caranya penasihat-penasihat jahanam yang menasihati Menteri Kewangan Malaysia dalam menentukan sesuatu dasar, saya yakin kita tak perlu berubah kerajaan jika hanya untuk melepaskan lebih dan lebih banyak lagi kepentingan Melayu dalam negara ini. Saya bukannya rasis tetapi lebih kepada persoalan apa benar UMNO ini masih tegar memperjuangkan kemelayuannya atau sudah mengikis sedikit demi sedikit ketebalan jiwa melayu mereka akibat percampuran budaya yang keterlaluan sehingga keliru antara Melayu yang tulen dengan Melayu yang 'mix'.

Janganlah berbicara tentang suatu dasar jika dasar itu belum cukup mantap untuk diketengahkan ideanya kerana ia menjadi satu kerugian kerana 'orang lain' akan tahu 'kecerdikan' kita merencana dan merancang apa yang dikatakan sebagai KEPENTINGAN MELAYU di sebuah negara MELAYU yang semakin hilang hari demi hari. Sedarlah wahai pejuang-pejuang UMNO, jangan disalahkan orang lain yang mengambil kesempatan atas 'angguk dan geleng' anda kerana di waktu itu mungkinkah kita sudah terlambat untuk mengubahnya. renungkanlah....Sekarang waktu untuk bangun kembali dan bukannya tunduk tak berisi lagi....

thx!

p/s: Lepas ini kena hafal lagu Shidee "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" siap-siap supaya boleh diperdengarkan dalam mana-mana majlis BTN bagi menggantikan lagu 'Menara Bangsa' yang kini menduduki Carta Hit BTN Malaysia. Hahahaha!

2 ulasan:

Detguaq berkata...

Seti yang saya katakan bahawa tiada apa lagi yang perlu di layan tuntutan-tuntutan mereka, Semua tuntutan mereka(100%) telah di penuhi semasa proses menuntut kemerdekaan dahulu. Kini kita sebenarnya melayan permainan silap mata mereka....kenapa mata kita juga harus silap?

Sila ikuti:

http://pelantaqhujah.blogspot.com/2010/03/hanya-tinggal-umno-untuk-perkasakan.html

perfectwater75 berkata...

Slm DG!

Sy amat setuju dgn pandangan sdr. Apa lagi yang hendak diperkasakan sedangkan keprkasaan UMNO dah semakin luntur hari ke hari....