Mac 16, 2010

TERKINI DAN HANGAT!!! INKUES KEMATIAN 'OKU' YANG DITEMBAK POLIS DITANGGUH...LAPORAN POLIS RAKAN WANITA DIBUAT...LAGI HANGAT

Salam,

Pagi ini sepatutnya berlangsung INKUES mengenai kematian pemuda 'OKU' Allahyarham Mohd. Tawfiq di Kangar tetapi ia ditangguhkan kerana peguam pemerhati pihak keluarga ada kes lain di Alor Setar. Namun begiu, apa yang megejutkan ialah, menurut sumber rapat dengan keluarga si mati, salah seorang rakan wanita yang bersama pada malam sebelum kejadian yang sebelum ini mengaku dalam laporan polisnya bahawa pemuda ini MABUK telah membuat satu laporan polis untuk 'membatalkan' laporan awal yang dibuatnya sekaligus ia memberi kelebihan kepada kaum keluarga yang menuntut inkues ini diadakan kerana dalam laporannya telah menyatakan dengan tegas bahawa arwah 'OKU' itu tidak pernah minum arak apatah lagi mabuk. Ini antara bukti awal bahawa apa yang pernah saya laporkan tentang kes pemuda mati ditembak dalam blog ini pada 23 November 2009 bukanlah sesuatu yang berbentuk fitnah bahkan fitnah besar telah dilemparkan kepada si mati hanya kerana mahu menutup kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Inkues tersebut ditangguhkan ke esok hari untuk memberi peluang kepada peguam pemerhati keluarga hadir bersama.

Apa yang mendukacitakan ialah sikap sesetengah pihak khususnya daripada parti pembangkang yang turut hadir kononnya untuk memberi sokongan tetapi lebih kepada mempertikaikan kredibiliti peguam keluarga yang dilantik sedangkan tiada pula mereka mencadangkan atau menawarkan khidmat guaman terbaik untuk keluarga si mati ini. Begitu juga dengan sikap pendukung UMNO yang selama ini gah mendahulukan rakyat tetapi dihamkan hanya dua orang sahaja ahli UMNO yang hadir memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa ini. Tiada wakil kerajaan negeri dan UMNO negeri yang dilihat. Sedangkan jelas salah seorang ahli keluarga ini ialah ahli aktif dalam UMNO dan khabarnya turut memegang jawatan dalam ketumbukan sayap UMNO di peringkat bahagian.

Sayang...inilah wajah UMNO yang hanya gah dengan isu-isu yang mereka bukan ahlinya dan berlagak hebat dan juara tetapi dalam hal ini nampaknya menikus dan takut pula untuk hadir memberikan sokongan. Bukan hadir berhimpun secara haram seperti yang gemar dilakukan oleh sesetengah orang. Bukan apa, jika hadir sesuatu majlis tanpa 'ongkos' maka secara otomatisnya tiada orang tetapi jika dibayar dan dijamu dengan makanan percuma serta endapatkan 'bahagian' maka berebut-rebutlah manusia entah dari negara mana hadir memberikan sokongan. Begitulah UMNO, kononnya mahu jadi JUARA RAKYAT tetapi akhirnya dicemuh sebagai KERA RAKYAT lantaran sikap meminta-minta yang tak pernah hilang dari fikiran mereka.

Pembangkang pula hanya mahu mengambil kesempatan memburuk-burukan orang lain. Sekadar mengutuk tetapi tiada tindakan positif untuk ditayangkan kepada umum... Kesimpulannya, sama sahaja hodoh perangai antara ahli dua parti utama. Birlah rakyat menilai nanti.. Cakap banyak pun tak guna, nanti ada yang marah tak ketahuan....Biarlah...

thx!

p/s: Esok akan dimuaturun laporan polis berkaitan...Insya Allah....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya inilah rupa UMNO yang sebenar, sy amat menyokong kenyataan saudara. Tentang pembangkang sy tak kisah kerana kita tahu sejak azali lagi mereka mmg mcm tu. Juara rakyat konon.

Ahli UMNO yg mmg dah lama melihat muka hodoh UMNO

Tanpa Nama berkata...

Ya inilah rupa UMNO yang sebenar pemimpin2 yg hanya sebok pada pilihanraya, mereka telah dgn cara langsung atau pun tidak telah mengkhianati united malay national organisation trmasuklah....