Februari 09, 2009

Kematian MP PAS Satu Amaran???!!!!

Salam Bloggers,

Salam takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Roslan Saharom yang meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarham dijangka kan disempurnakan petang ini..........

Memang ia satu kejutan dan terlalu mengejutkan rakan dan lawan kerana dia masih sempat bermesyuarat pada malam sebelumnya dengan MB Nizar. Sememangnya ia adalah ketentuan Illahi Rabbi yang Maha Mengetahui Sesuatu.

Cuma apa yang bakal saya ulaskan ini diharapkan menjadi pesanan kepada diri saya dan semua. Bila Allah menetapkan kematian, maka ia akan tiba tanpa diduga. kalau melihatkan cara kematiannya maka dapatlah kita simpulkan bahawa ia adalah AMARAN ALLAH kepada semua. Tak terkejut kalau yang akan mati esok atau lusa ialah 'kekatak' yang glamour itu. Mungkin lain-lain pemimpin yang TEGAS pada satu ketika untuk tidak menerima 'kekatak' tetapi pada akhirnya akur dek alasan 'SIAPA YANG MEMULAKANNYA DAHULU?

Soalnya siapa yang akan menuruti jejak Allahyarham Ustaz Roslan selepas ini? Adakah Najib? atau ADUN Behrang? atau ADUN Changkat Jering? atau ADUN Bota yang HIJRAH parti itu? atau ANWAR? atau Karpal Singh? atau MB NIzar atau MB Zamri? atau mana-mana RAJA yang ada sekarang?

Saya amat berharap agar 'Datuk' Karpal Singh tidak meneruskan samannya esok bimbang akan ada yang 'mangkat' dek kerana serangan jantung. Bukan apa, Ustaz Roslan seorang yang tidak merokok dan sihat cara hidupnya pun kena juga serangan masa kecederaan itu. Apatah lagi para 'pemabuk' yang hidup bergentayangan dengan kemewahan dan kesenangan milik orang lain.

Renung-renungkanlah....

p/s: Artikel ini kalau tak dikomen pun tiada masalah...yang penting saya sudah menyampaikannya....

4 ulasan:

Fazrulls berkata...

Salam Tuan,

Terima kasih kerana sudi menyampaikan....

Sekian,

Tanpa Nama berkata...

Bukan mustahil lak orang yang memikirkan atau mengharapkan kematian orang lain yg "JALAN DULU". Apapun, ambillah iktibar yang berlaku tu pada diri sendiri, bukannya Orang Lain.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Aamiiiiin!

thx!

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Who's next tidak penting kerana kita semua memang dalam senarainya juga.....

Mati itu ada banyak caranya... ada yang mati soleh, mati katak, mati murtad..dan yang terakhir sekali...MATI PUCUK!! Harap-harap orang-orang PAS tiada yang `MATI PUCUK' selepas insiden di Perak ini..

Syalan.....