September 29, 2009

Akhirnya...ISA juga Jadi Pilihan...Inilah UMNO



Salam Bloggers!

Mungkin nasib dan takdir UMNO bila yang 'bermasalah' dan akan mendatangkan masalah masih diberikan peluang untuk menjadi calon mereka. Walaupun menerima pelbagai tentangan dari luar dan dalam tetapi kedua Presiden dan Timbalan Presiden UMNO masih menerima pencalonan Isa Samad Perasuah UMNO sebagai calon BN dalam PRK kali ini. Apakan daya, inilah UMNO...ENTAHLAH, APA LAGI YANG DIKEJAR OLEH ISA SAMAD...Kemewahan, kekayaan, kerusi MB, kerusi Menteri, Exco kerajaan Negeri??? Apapun, kita kena tunggu bagaimana kebijaksanaan pengundi di Bagan Pinang mentukan hidup mati seorang POLITIKUS seperti Isa Samad.

p/s: Tunggu kenyataan paling 'lembut' Tun Dr.Mahathir berkenaan hal ini nanti..Hahaha! UMNO Oh UMNO, nampaknya eko tak mau berubah jugo yo..

thx!

September 26, 2009

Andai Ku Tahu Perasuah Juga Bakal Calon UMNO?

Salam Bloggers!

Rasanya sudah hampir dua minggu terpampang berita mengenai siapa yang bakal menjadi calon UMNO di Bagan Pinang dalam PRK kali ini. Tiada muka lain yang dipaparkan selain wajah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang yang disebulat-suarakan dan disehati-jiwakan oleh 33 AJK UMNO Bahagian tersebut. Beliau ialah seorang manusia yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Linggi, Ahli Parlimen Jempol, menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan paling lama dalam sejarah negeri itu iaitu selama 22 tahun. Pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum meletak jawatan akibat tuduhan rasuah politik dalam UMNO. Mantan Naib Presiden UMNO yang digantung keahlian selama 6 tahun sebelum hukuman tersebut dikurangkan kepada 3 tahun, Layak bertanding untuk jawatan yang sama sebelum digantung keahlian UMNO tetapi tewas. Beliau seorang yang sudah kenyang dengan harta kekayaan dan kekuasaan tetapi amat menghairankan apabila UMNO Bahagian Teluk Kemang masih lagi mencalonkan beliau sebagai satu-satunya calon terbaik untuk mewakili UMNO dalam PRK kali ini.

UMNO Malaysia khususnya Najib dan Muhyiddin sememangnya berada di dalam keadaan terlalu dilema akibat keengganan UMNO Teluk Kemang mencadangkan lain-lain nama sebagai bakal calon. Maka ributlah suasana dalam UMNO Malaysia apabila pelbagai pihak mula menghalakan senjata ke arah kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO Malaysia agar tidak salah memilih calon kali ini. Antaranya Mantan Presiden UMNO dan PM Tun Dr. Mahathir yang menentang keras sebarang pencalonan ISA SAMAD sebagai calon BN di Bagan Pinang walaupun mungkin TDM mempunyai agenda tersendiri dalam hal ini.

Saya secara peribadi, sememangnya tidak menyukai pilihan yang UMNO ada kali ini kerana ia menunjukkan UMNO seolah-olah tiada pelapis lagi dan menggunakan kaedah kitar semula. Sudah habiskah pemimpin pelapis UMNO di Bahagian Teluk Kemang itu? Atau memang ini hakikat UMNO yang sedia ketandusan pemimpin pelapis akibat mainan politik keterlaluan para pemimpin yang tak mahu dicantas ‘awal’? Atau inilah hakikat UMNO yang mengamalkan politik ‘Siapa Berkuasa Dialah Raja’ akan pupus dalam masa terdekat ini?

Apa agaknya yang difikirkan oleh TS Muhyiddin dalam mencongak calon terbaik yang dicadangkan oleh pucuk pimpinan UMNO Bahagian Teluk Kemang sedangkan dalam masa yang sama beliau menerima tekanan daripada pelbagai pihak untuk tidak sesekali mencalonkan semula Tan Sri Isa Samad yang sudah ‘andropaus politik’ untuk membuat ‘comeback’ seterusnya mengganggu-gugat kestabilan yang tak sekukuh mana MB Negeri Sembilan yang sedia ada yang sememangnya takut untuk menghadapi gelombang kedua dari mantan MB Negeri Sembilan yang masih kuat dan hebat pengaruhnya itu?

Apa pulak yang difikirkan oleh Sang Presiden UMNO yang terkenal dengan konsep Satu Malaysia itu? Adakah beliau akan campur tangan atau membiarkan calon ‘terbaik’ yang dicadangkan terus menjadi pilihan BN dalam PRK Bagan Pinang kali ini? Walaupun Isa Samad hanya disabitkan kesalahan rasuah dalam parti tetapi kesannya cukup hebat kepada UMNO jika mereka terus tegar meletakkan beliau sebagai calon. Di sini hebatnya UMNO, tak perlu SPR(SPRM) untuk meletakkan kesalahan rasuah, cukup sekadar Lembaga Disiplin Parti menyatakan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka tak perlu lagi bagi Pegawai SPR(SPRM) untuk memulakan siasatan rasuah kerana di Malaysia sememangnya UMNO paling berkuasa mengatasi perlembagaan atau undang-undang yang ada?

Buat UMNO, inilah masanya untuk membuktikan kepada rakyat bahawa anda sedang melaksanakan perubahan dari segenap sudut dan ingin kembali dengan imej terbaik yang digemari rakyat bukannya terus dibenci rakyat kerana mengulangi episod drama yang sama. Jika ‘penawar’ yang ada ini masih tidak digunakan pimpinan UMNO yang hebat itu maka tak hairanlah jika UMNO sekali lagi akan tersungkur di Bagan Pinang walaupun di atas kertas, umum melihat kelebihan UMNO dengan undi pos hampir 5000 orang itu tetapi dalam PRK macam-macam boleh berlaku dan janganlah negatif yang terus dicium UMNO dan kemudiannya berbangga dengan kemenangan moral yang entah apa-apa itu seperti yang dihebah-hebahkan di Manek Urai dan Permatang Pasir sebelum ini. Rakyat semakin bijak menilai. Rakyat tidak sebodoh dan setempurung dulu. Usah hukum dan salahkan rakyat jika mereka sekali lagi menolak kebobrokan UMNO yang semakin jelek kerana mengekalkan kebodohan yang berkurun.

THX!

p/s: Seronok bila membaca luahan hati seorang pencinta setia UMNO tentang hal ini dalam blog hebatnya. Akhirnya beliau mengaku juga UMNO banyak buat kesilapan mudah yang merugikan.

September 21, 2009

Takziah Kepada MB Perlis... AL-Fatihah!

Salam Bloggers!

Pagi ini saya menerima sms yang menyatakan tentang pemergisn Bonda kepada YAB MB Perlis Dato' Seri Dr. Md.Isa bin Sabu, Puan Mahasa Jusoh, 89, yang tinggal di Kampung Kechor.Jalan Kaki Bukit - Kangar. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ruh Allahyarhamah. Al-Fatihah!

Saya ingin merakamkan takziah kepada keluarga YAB MB Perlis yang tentunya bersedih atas kehilangan orang tersayang pada Hari Kedua Aidil-Fitri tahun ini. Jenazah akan dikebumikan selepas Solat Asar petang ini.

Sekian harap maklum.

thx!

September 19, 2009

SALAM EIDUL-FITR 1430 H

Salam Bloggers!

Hari kemenangan sudah tiba. Jadi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Eidul-Fitr 1430 H kepada seluruh pengunjung blog ini yang sudi memberikan komen atau membaca artikel tulisan saya. Maaf Zahir & Batin!



سلام عيدالفطر المبارك هجرة 1430
من العائدين والفائزين
معاف ظاهير دان باطين

Semoga kita terus meneguhkan ukhuwah dengan TALI ALLAH...ALHAMDULILLAHIRABBIL'ALAMIN

September 07, 2009

PRK Bagan Pinang, Antara Undi Rakyat & Undi Pos..Siapa Penentu?

Salam Bloggers!

Seperti yang diketahui, PRK Bagan Pinang bakal menyusul selepas kematian ADUNnya beberapa hari yang lalu. Timbul persoalan siapa yang bakal merajai PRK kali ini. Adakah UMNO akan terus menerima 'kemenangan' moralnya atau PR akan terus bergendang gembira?

Jika dilihat rekod pengundi ketika PRU-12 yang lalu, jumlah pengundi adalah 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%). Dari jumlah itu dikahabarkan jumlah Undi Pos mengikut 'Formula PEKAN' yang menyelamatkan PM Malaysia ialah sejumlah 5000 dan ini memungkinkan UMNO akan terus mempertahankan kerusi ini sekaligus mencanangkan kepada dunia bahawa sokongan rakyat mula beralih kepada BN tetapi harus diingat jika undi rakyat tiba-tiba memihak pembangkang akibat isu-isu panas yang tak mampu dipadamkan UMNO/BN maka tak mustahil PRK ini menjadi penentu dan petunjuk akhir bahawa UMNO/BN tidak diterima lagi rakyat keseluruhannya.

Maka betapa pentingnya PRK kali ini kepada umum untuk menilai kemampuan kerajaan semasa yang memerintah yang selama ini dilabel sebagai kerajaan yang hanya retorik janji-janji mereka sahaja. Konsep 1Malaysia yang dipopularkan seolah-olah akan menjadi racun bisa kepada kempen UMNO/BN. Ini kerana selama konsep ini dicetus PM Najib, memang benar banyak perkara RAKYAT DIDAHULUKAN, antaranya menerima kenaikan harga minyak dan barang-barang. Jika UMNO kalah maka ia melengkapkan satu pusingan kehendak rakyat tetapi jika UMNO terus mempertahankan kerusi ini maka seperti biasa yang kita pernah lalui, tak cukup sehari mungkin seminggu dan tak cukup seminggu mungkin sebulan kemenangan ini dicanangkan sebagai tanda penerimaan rakyat kembali mencium 'wangi' UMNO. Tidaklah semudah itu, kerana minit-minit awal perlawanan sudah timbul desas-desus perebutan untuk menjadi calon bagi kerusi tersebut. Antara nama yang disebut ialah mantan MB Negeri Sembilan sendiri yang pernah disabitkan kesalahan rasuah oleh UMNO bukan SPRM. Nama-nama lain sudah berlegar dalam kalangan ahli UMNO khususnya di Bahagian Teluk Kemang itu sendiri. Kesilapan memilih calon hanya mengundang keparahan dan mungkin 'koma'nya UMNO terus dalam arena politik nasional selepas ini. Ia terbukti apabila UMNO Pulau Pinang tersalah letak calon di Permatang Pasir yang telah memberika kelebihan serta-merta kepada calon pembangkang ketika itu yang kini sudah bergelar YB akibat kebodohan pimpinan yang tidak pernah cuba untuk meneliti sedalam-dalamnya profil sesorang bakal calon sebelum diisytiharkan sebagai pilihan terbaik. Kesannya, UMNO tewas lagi di sana. Adakah UMNO terus ingin melakukan kesilapan dalam pemilihan calon kali ini. Itulah yang diharapkan pembangkang dan ia seperti bakal direalisasikan sedikit masa lagi. Kita tunggu!!!

Rasanya tak perlulah saya kemukakan banyak lagi kerana ia hanya akan mengundang rasa tak puas hati dalam kalangan sahabat UMNO saya yang sentiasa memerhati blog ini sejak mereka mula mengetahui gerangan penulis di belakang tabir blog ini. Bagi mereka, saya tak perlu menelanjangkan UMNO jika hendak menegur sekalipun. Bagi mereka saya mesti menggangguk setiap kata dan perintah dari pimpinan tertinggi kerana ia umpama firma dan sabda, tak mungkin akan salah dan silap di mana-mana. Namun atas prinsip bercakap benar walaupun pahit demi melangsaikan tanggungjawab sebagai umat dan ahli dalam parti maka saya tak perlu menoktahkan setiap kata dan tulisan saya demi melegakan hati dan perasaan puak-puak yang sudah kenyang dengan kekayaan dan kemewahan hasil bergelumang dalam politik semasa.

Ada yang menghantar komen berupa sebuah sajak tulisan ABUYA ASSHAARI yang difatwakan sesat oleh UMNO pada sekitar awal tahun 90-an kononnya untuk menyedarkan saya tentag kelantangan saya berbicara dalam ruangan yang bebas ini. Ada yang memaki dan menghentam saya secara terus tetapi semua itu bukankah asam garam kehidupan? Ada juga antara komen yangterpaksa saya padamkan kerana tak manis kata-kata yang dilafazkan sempena Ramadhan yang mulia ini. Jadi, kepada mereka yang berkenaan, tak payahlah membaca tulisan saya ini lagi kalau rasa tidak senang dengan apa yang saya tuliskan ini.

Bagi saya, PRK Bagan Pinang(satu lagi kawasan anak emas BN) akan menjadi permulaan detik kejatuhan sebuah kerajaan yang kini diserang pelbagai penyakit dan hanya menunggu masa untuk mati sekiranya penawar yang ada tidak mahu digunakan lagi oleh pimpinan sedia ada. Ingatlah, jika masih terlambat menyembuhkan kerosakan ini, maka lebih cepat UMNO akan rebah di pangkuan pertiwi mengisi muzium sejarah politik negara secara abadi...AL-Fatihah!

p/s: UMNO...Berubahlah!

Terima kasih!

Isu Arak Kepala Lembu...Senjata Yang Bakal Makan Tuannya...

Salam Bloggers!

Kekadang macam tak faham kenapa isu Pemindahan Kuil Hindu ini tetiba sahaja menjadi isu yang besar berkait rapat dengan sensitiviti Islam kata mereka yang berarak pada hari tersebut. Saya cukup cam dengan satu wajah kerana saya pernah bertemu secara peribadi dalam satu perjumpaan yang diatur oleh pimpinan tertinggi pemuda UMNO Malaysia di sebuah hotel di Seberang Jaya Pulau Pinang sebelum hari penamaan calon DUN Permatang Pasir baru-baru ini iaitu Datuk Sohaimi Shahadan yang beralamat di
No. 15, Jln DM3, Jln Desa Moccis Desam Moccis, Sungai Buloh, Selangor ternyata bukan orang atau penduduk di Seksyen 23 Shah Alam Ketua Pemuda Selayang merangkap Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia yang turut sama hadir dengan megahnya mengangkat tangan bertakbir dengan pendemonstrasi Seskyen 23 Shah Alam pada hari itu.

Saya sengaja bicarakan tentang artikel ini kerana hendak menekankan kepada ahli-ahli UMNO parti yang semakin tenat hari ini tentang betapa 'cerdiknya' pelakon-pelakon yang sudah kenyang dengan kautan khazanah rakyat selama mereka menjadi pelakon utama UMNO melaraskan senjata untuk ditembak kepada pakatan pembangkang. Mana tidaknya, masing-masing sudah punya kekayaan dan kemewahan hasil kerapatan mereka dengan pak-pak menteri yang banyak memberikan kontrak, tender dan projek besar dan kecil kepada pelakon-pelakon utama ini. Sesungguhnya senjata yang dicipta ini akan memakan tuannya sendiri dalam masa terdekat kerana banyak faktor. Antaranya ialah :-

1. Isu ini sudah 26 tahun berlarutan di Selangor dan sudah empat MB Selangor dalam kalangan pemimpin UMNO yang menduduki kerusi hangat MB itu. Kalau Khalid Ibrahim yang dikatakan gagap itu gagal menyelesaikan dalam tempoh tak sampai dua tahun, saya rasa itu tidak menjadi maslah yang besar khususnya kepada kerajaan PR di Selangor.

2. Isu perkauman yang cuba dinyalakan apinya akan memakan diri dalam jangkamasa dua tahun sahaja lagi iaitu menjelang PRU-13 apabila BN/UMNO menagih undi kaum bukan Melayu untuk memenangkan mereka di kawasan-kawasan pilihanraya yang telah dipersempadankan semula oleh SPR sehingga memberikan satu kuasa khas untuk kaum bukan Melayu menentukan siapa yang layak menjadi wakil mereka.

3. Pelakon-pelakon ketika majlis dialog Kerajaan Negeri Selangor dengan penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang bertukar manjadi huru-hara dengan terpaculnya pelbagai ugutan manis dan masam adalah terdiri dari pelaku ahli UMNO sendiri yang cukup dikenali sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri.

4. Campurtangan Menteri Polis Malaysia yang baru ternyata amat mengecewakan kaum bukan Melayu yang masih ada kekal menyokong BN dan mungkinkah mereka akan terus kekal mengubah haluan bila tiba saatnya nanti? Drama yang dipertontonkan Hishamuddin dalam menyelesaikan kes ini ternyata dilihat sebagai 'bias' kerana sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan diambil kepada muka-muka Melayu yang jelas dirakamkan oleh kamera video kerana menimbulkan provokasi perkauman dan keagamaan yang berlebihan.

5. Saya secara peribadi selalu menegaskan UMNO banyak sangat menggunakan 'senjata' yang pada akhirnya memakan diri dalam artikel saya sebelum ini. Mengapa begitu lekeh UMNO parti tua yang sentiasa keliru dengan umurnya sendiri ini? Mengapa perlu keterlibatan secara terang-terangan ahli UMNO yang berpangkat besar dalam tragedi ini? Tidakkah mereka tak sedar langsung akan implikasi buruk yang akan terpalit kepada UMNO? Benarkah mereka ini pejuang yang sayangkan UMNO atau pengkhianat yang akan membawa UMNO jatuh lebih pantas dari yang disangkakan? Asyik-asyik nak pertahankan Melayu dan mempergunakan Islam sebagai perisai untuk menutup 'kemaluan' mereka. entah Melayu mana yang hendak dipertahankan UMNO sedangkan status kemelayuan sesetengah pemimpin tertinggi dalam UMNO boleh dipertikaikan?

Terpulanglah kepada anda sama ada ntuk menerima teguran dari insan kerdil dalam blog yang dipinjamkan oleh Google ini dengan cara apa sekalipun. Biarlah UMNO berdiri atas kekuatan yang TULEN dan PADU dan bukannya berdiri atas kelemahan sendiri yang dicipta atas nama kelemahan orang lain. UMNO hari ini sudah rosak dan hancur kekuatannya kerana mainan politik yang keterlaluan oleh ahli dalam UMNO sendiri. Ini hakikat yang perlu ditelan dan pantas tidak boleh dinafikan hatta oleh Presiden UMNO sendiri.

Secara tuntasnya, UMNO perlu menginsafi diri, menghayati kembali makna perjuangan asal yang sebenarnya UMNO perjuangkan sejak dari penubuhannya. Saya tak terkejut jika lambang UMNO akan diludah dan dipijak oleh generasi akan datang kerana 'kecerdikan' pimpinan atau pelakon yang ada pada hari ini.

THX!

September 06, 2009

14 DALIL MENGAPA CALON UMNO/BN BOLEH KALAH? Harap Dijawab!!!!

Salam Bloggers!

Artikel yang saya ambil dari sini yang saya salinkan untuk menunggu jawapan dan hujah balas dari pihak yang berkenaan. Terima kasih kepada empunya artikel ini. Sekurang-kurangnya, jentera UMNO/BN boleh lebih bersedia untuk menangkis sebarang cubaan menggunakan dalil-dalil yang dinyatakan ini nanti.

14 DALIL MENGAPA CALON UMNO/BN BOLEH KALAH?

1. KENAIKAN HARGA PETROL

Kenaikan harga petrol isu ini ada hubung kait dengan penghidupan
rakyat Bagan Pinang. Pengundi yang tinggal dikampung rata rata
pendapatan mereka kais pagi makan petang, kais petang makan pagi. Kos
tambang taxi dan bas pun sudah melambung tinggi belum lagi dikira
beras dan serba satu keperluan hidup rakyat luar bandar.

Pengundi akan tanya, bila petrol naik harga dipasaran dunia, kenapa
Malaysia rugi sedang Malaysia negara pengeluar minyak? Bila harga
petrol turun harga jualan runcit pula naik? Alasan Kerajaan bahawa
Kerajaan telah beri subsidi 30 sen setiap litter. Alasan ini susah
diterima oleh pengundi.

2. KOS HIDUP RAKYAT MELAMBUNG TINGGI

Bila harga minyak petrol naik, maka dengan sendirinya kos hidup rakyat
begitu menghimpit penghidupan rakyat. Walaupun kenaikan minyak petrol
mendapat subsidi 30sen dari Kerajaan tetapi rakyat masih lagi tertekan
dengan kenaikan kos hidup yang tinggi. Kenaikan kos hidup ini tidak
ada apa apa subsidi dari Kerajaan? Harus diingat kos hidup rakyat
setiap item mahal dari 30sen. Kalau segala galanya kos hidup tinggi
dan mahal, bererti Kerajaan dapat keuntungan berlebihan dari cukai
barangan kos hidup. Kerajaan cuma bantu subsidi harga petrol 30sen
tapi rakyat keseluruhannya rugi beribu. Ini bererti Kerajaan UMNO/BN
mengamalkan sistem double standard?


3. KRISIS POLITIK DIPERAK

Sedikit sebanyak krisis politik di Perak boleh mempengaruhi pengundian
PRK di Bagan Pinang kerana terlalu banyak orang orang yang tidak
berkenaan turut campur tangan. Rakyat Malaysia keseluhannya tidak suka
mendengar ada tekanan keatas Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.,

4. SPRM CAMPUR TANGAN DALAM POLITIK

Seperti biasa dizaman Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Tun
Razak, Hussin Onn, mereka tidak suka Pegawai Pegawai Kerajaan atau
Institusi Institusi Kerajaan campur tangan dalam politik negara.
Mereka kerap diberi nasihat agar bersikap berkecuali bila berhadapan
dengan permasahan politik negara.

Mungkin pengundi tidak suka SPRM menangani masalah rasuah dikalangan
ahli ahli politik bersikap berat sebelah. Rakyat suka melihat kalau
SPRM menjalankan tugas menyiasat masalah rasuah dengan cara
profesional dengan tidak memilih bulu PR atau BN.

5. MAHKAMAH HENDAKLAH BERSIKAP BEBAS

Pengundi mahu melihat mahkamah bersikap bebas dan tidak terikat dengan
mana mana pengaruh politik. Rakyat mahu mahkamah dan hakim berkhidmat
dibawah Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang DiPertuan Agung bukan
dibawah Perdana Menteri Malaysia.

6. KES RASUAH PORT KLANG FREE ZONE

Biasanya kes rasuah yang melibatkan berprofil tinggi disiasat oleh
SPRM dengan telus bukan disiasat untuk cover up. Rakyat sedang
perhatikan SPRM dalam kes rasuah tersebut secara serius. Ada beberapa
kes yang berprofil tinggi setelah disiasat oleh SPRM bunyinya "No case
to answer" kemudian yang menyiasat pun dapat gelaran Datuk Seri.

Anggapan pengundi bukan sahaja korban lembu boleh dijadikan kes rasuah
tetapi kes terima anugerah Datuk juga boleh melibatkan seseorang itu
terlibat dalam rasuah anugerah kerana ada prima facie dari orang yang
disiasatnya menerima budi.

7.POLIS PUN MESTI BERKECUALI

Semasa menjalankan tugas keselamatan, polis juga pengundi kehendaki
bersikap berkecuali. Semasa rakyat adakan perarakan kalau pembangkang
yang mengadakannya maka tangkapan dibuat. Kalau UMNO yang adakan,
polis cuma jaga keselamatan mereka.

8. RASUAH POLITIK WANG

SPRM tidak pula mengeluarkan kenyataan hasil siasatan rasuah politik
wang dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa Datuk
Seri Mohd.Ali Rutam didapati merasuah wang dan Khairi Jamaludin
didapati merasuah wang?

Yang rakyat tahu Datuk Norza dan beberapa orang lain lagi telah
didakwa oleh SPRM kerana didapati mengamalkan rasuah politik wang.

Pengundi Bagan Pinang mungkin nak tanya SPRM kenapa Datuk Seri
Mohd.Ali Rustam dan Khairi Jamaludin kalis siasatan SPRM? Kalis didakwa?
Tidak kah SPRM dianggap oleh rakyat sebagai double standard?

9. PERANAN ARUS PERDANA DALAM POLITIK

Arus Perdana bersikap keterlaluan memutar belitkan kenyataan Pakatan
Rakyat. Kadang kadang perkataan yang dibuat buat yang tidak masuk
akal, tapi masuk dalam TV3 dan arus perdana. Orang yang membuat berita
berita fitnah itu dianggap oleh kaki tangan TV3 dan arus perdana
sebagai berkesan? Tidak sama sekali tidak. Backfire pula akan mengena
dengan UMNO/BN.

Pendengar dan pembaca hari ini bukan pendengar dan pembaca tahun 60an
lagi, hari ini rakyat pandai berfikir, menimbang dan bertanya.
Pembohongan TV3 dan arus perdana akan terserlah juga.

10. KES LIWAT ANWAR

Kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, umum tahu bahawa kes itu
cuma kes yang dibuat buat. Guna logik akal, mustahil seorang muda
berusia 23 tahun tidak boleh elakan jika ia diliwat? Taklah masuk akal
Saiful pasang sahaja belakangnya untuk diliwat? Walaupun DNA
mengatakan benda itu ada didalam dan mahkamah putuskan Anwar bersalah.
Rakyat tidak akan telan sahaja bulat bulat, apa yang diputuskan oleh
mahkamah itu semua betul. Kerana alibinya manusia boleh buat segalanya
dalam erti kata politik "kill or to be killed" kepada sesiapa sahaja musuh
politik UMNO.

11. ISA YANG RAKYAT BANTAH

ISA rata rata rakyat berpendapat tidak perlu tangkap orang tanpa
bicara. Negara ada undang undang, dakwa mereka kemahkamah sesiapa yang
menggugat keselamatan dalam negara. Tidak perlu guna ISA tanpa bicara.
Tindakan Kerajaan tangkap dan seksa
manusia dianggap oleh semua pengundi Malaysia sebagai satu tindakan
Kerajaan yang zalim tidak berperi kemanusiaan.

12. KRISIS DALAM MCA

Krisis kepimpinan dalam MCA boleh menggugat kemenangan UMNO/BN dalam
PRK Bagan Pinang. Pengundi pengundi Cina sudah mula hilang kepercayaan
kepada pucuk kepimpinan MCA. Rasuah RM10 juta yang polis bekukan
account yang memberi tidak kepada tertuduh yang menerima turut
dibekukan accountnya dan disiasat.

Para pengundi menganggap, "biasa lah tugas polis dan SPRM untuk jaga
maruah BN". Ini yang dianggap oleh para pengundi, kerana menurut
andaian Kerajaan UMNO/BN bahawa para pengundi itu selalu punya fikiran
negatif.

13. SPR

SPR juga tidak begitu disenangi oleh para pengundi. Campur tangan SPR
dalam politik kerap didakwa oleh para pengundi. Ada pula yang mendakwa
ada undi hantu dalam buku nama nama para pengundi. Setakat ini kita
belum pasti kebenarannya tapi peranan SPR sangat diragukan oleh para
pengundi.

14. SEMANGAT PERKAUMAN

Biasanya selalu kita dengar dalam berita TV3 dalam Astro Awani forum
para professor, kadang kadang dengan tidak mereka sedari mereka
membincangkan pasal negara Malaysia ini adalah negara orang Melayu.
Hak orang Melayu, hak Bumiputera. Kepada kaum Cina dan India warga
negara Malaysia, orang orang UMNO menganggap mereka sebagai bangsa
asing.

Isu ini adalah isu perkauman. Tentu sekali kaum Cina dan India tidak
senang dan takut dengan parti UMNO. Takut dengan semangat perkauman
mereka, menjadikan renggang perhubungan orang Melayu, Cina dan India
padahal kalau UMNO nak meraih undi tentu sahaja bukan dari orang
Melayu sahaja, kaum Cina dan India juga punya hak untuk mengundi.

Sepatutnya TV3 dan Astro Awani tidak lagi mengundang para professor
untuk memberi pendapat kerana ia boleh mengeruhkan keadaan.

Kalau calon UMNO kalah dalam PRK Bagan Pinang, tentu sekali 14 dalil ini
yang punya punca yang agak sukar untuk para pemimpin UMNO telan,
kerana tidak mahu kehilangan senjata hikmat mereka, sekalipun mereka
tahu mereka akan kalah..


perfectwater: Kita tunggu jawapannya dari Ahli UMNO yang ada....

thx!

September 04, 2009

Kota Siputeh Tak Jadi PRK...Bagan Pinang? Confirm!!

Salam Bloggers!

maka benarlah kuasa Allah yang menentukan segalanya. Al-Fatihah kepada Kaum Kerabat Allahyarham Azman Mohd Noor ADUN Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang yang disahkan meninggal dunia hari ini.

Tentunya SPR terpaksa mengadakan satu lagi siri PRK selepas 'berjaya' untuk menggagalkan PRK yang 'dirancang' oleh Kerajaan PR di Kedah minggu ini. Inilah yang dikatakan UMNO sebagai alasan perlembagaan yang memaksa mereka untuk menghadapi satu lagi PRK yang sebenarnya tak sanggup lagi dihadapi oleh mana-mana jentera BN apatah lagi dalam satu kawasan yang 'tak selamat' walaupun undi yang dimenangi oleh mantan YB dari BN ini agak besar tetapi sebenarnya ia bermasalah untuk mempertahankan lagi majoriti undi melihatkan kepada pecahan pengundi di kawasan Bagan Pinang ini.

Seperti selalu, saya suka bertanyakan kepada pimpinan tertinggi BN. Apakah mereka sanggup bertanding secara 'gentleman' dengan Pakatan Rakyat? Sanggupkah mereka mereka menggunakan 'kudrat' sendiri tanpa mencampuradukkan jentera 'kerajaan' seperti kebiasaannya? jawapan sudah ada dan tak mungkin BN/UMNO sanggup 'berperang' dengan jentera sendiri dan tentunya jentera seperti apa yang slalu kita tengok akan digunakan tanpa segan-silu oleh pimpnan BN/UMNO dalam PRK kali ini sama seperti selalu. Tak mustahil Bagan Pinang akan diisytiharkan sebagai satu lagi kawasan 'ANAK EMAS' dalam kempen BN/UMNO kali ini.

Saya seperti biasa, yakin BN/UMNO akan terus menempah 'kemenangan' moral dalam siri PRK seperti yang dinyatakan pimpinan BN/UMNO sebelum ini. Kepada Datuk Ahmad Maslan yang pernah 'bergurau' ketika ucapan beliau dalam Persidangan UMNO Bahagian Padang Besar 2009 tentang hal kematian yang melibakan ADUN Pakatan Rakyat dan kali ini tak tahulah apa pula yang akan dikomen oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang 'hebat' dan 'petah' berlawak dan bersenda dengan ahli-ahli UMNO yang setia itu.

Apa-apapun, kita tunggu apa 'isi-isi' dan 'nilai moral' dan siapa pula yang akan menjadi mangsa serangan peribadi dalam kempen PRK Bagan Pinang yang mungkin akan diadakan selepas Aidil-Fitri nanti. Harap-harap BN/UMNO tak salah dan silap pilih calon kali ini. Dengarnya, sudah beberapa nama yang keluar melobi untuk menjadi calon kali ini. Biasalah, memang selalupun begitu. Kita jumpa di sana!

thx!

p/s: Mampukah UMNO menerima 'kemenangan' moral yang seterusnya?

Ogos 31, 2009

Alhamdulillah....Minyak Naik Lagi! Ahli UMNO mesti suka sangat?

Salam Bloggers!

Akhirnya harga minyak dan bahan api naik lagi. Hadiah NAJIB kepada rakyat sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 52 hari ini. Kepada sahabat dalam UMNO yang 'terhiris hati' akibat komen dan ulasan keterlaluan saya dalam blog pinjaman Google ini, saya harap sahabat ini dapat berfikir tentang bagaimana hendak melangsungkan 'kekuasaan' kerajaan semasa yang semakin membebankan rakyat. Bagaimana hendak menyatakan UMNO 'PEMBELA RAKYAT' jika hari demi hari apa yang diperolehi rakyat hanyalah bebanan dan kesensaraan semata-mata? Saya menghentam UMNO bukan kerana saya bencikan UMNO tetapi hakikatnya saya bencikan 'watak-watak utama' yang melakonlayarkan perjalanan UMNO sehingga dilihat menghancurkan sisa-sisa perjuangan ahli di peringkat akar umbi. Tidakkah sahabat yang memberi komen ini sedar? Terima kasih kepada sahabat tanpa nama yang memberi komen di bawah :-



thx!

p/s: Mungkin fakta ini boleh membantu mereka yang tak pandai MATEMATIK

http://www.oil-price.net/
crude oil price - $70.93/barrel
1 barrel=158.76litres

http://www.xe.com/ucc
Live rates at 2009.08.31 13:37:54 UTC
1.00 USD=3.52850 MYR

REAL OIL PRICE
70.93/158.76=$0.447 per litre.
0.447 x 3.5285 = RM1.58 per litre

Govt subsidy - 30cents/litre.
Means, RM1.58-RM0.30=RM1.28

Ogos 13, 2009

ASRI RABBANI...PERGIMU TAK KEMBALI LAGI...AL-FATIHAH

Salam Bloggers!

Saya merakamkan ucapan takziah kepada kaum kerabat Ustaz Asri Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah jam 11 pagi tadi. Semoga Allah mencucuri Ruh Allahyarham Ustaz Asri ikon Nasyid Terkenal di Malaysia yang telah membawa seni nasyid kepada satu dimensi baru.

Al-Fatihah!

thx!

Ogos 12, 2009

PRK Permatang Pasir...Maka Rasuah dan Ugutan UMNO Sudah Bermula?

Salam Bloggers!

Tak sampai sehari saya mengulas bersama rakan-rakan bloggers yang sama waktu dengannya mengenai Patung@Replika@Gambar Najib di belakang Patung Emas Dewa Murugan keprcayaan penganut Hindu maka ia dikhabarkan telah diarahkan oleh 'tangan ghaib' agar dirobohkan. Namun begitu, yang tersurat tetap tersurat bahawa bila Penyokong Fanatik ANWAR menaikkan perkara yang sama maka berduyun-duyun pemimpin atas bawah memberikan komen dahsyat mereka tetapi senyap sunyi kali ini. Apakah hero-hero Melayu UMNO telah kehilangan 'telur'mereka atau memang tak sanggup memandang jelingan tajam Dr. Rosmah yang 'baharu' sahaja menyertai kabinet NAJIB?

Berbalik kepada PRK yang akan diadakan di Prmatang Pasir, menjelang hari penamaan calon sudah wujud unsur-unsur rasuah dan ugutan terhadap pengundi-pengundi di kawasan tersebut. Lihat laporan 'palsu' ini dan pelbagai laporan yang akan menyusul nanti. Ia jelas membuktikan pendekatan UMNO masih kuno dan tiada tanda-tanda mahu berubah. Jika ia tegar diteruskan maka tidak mustahil, satu lagi episod kekalahan UMNO dalam PRK pasca PRU-12 akan tercipta.

Soalan ikhlas saya...,

Sanggupkah UMNO terus menerima kekalahan setelah 'menang' di Manek Urai dalam siri PRK sebelum ini?

Mampukan ahli-ahli UMNO terus menelan senyuman manis dan sinis para penyokong pakatan pembangkang atau Pakatan Rakyat yang dikatakan haram itu sekali lagi?

Sanggupkah UMNO menggunakan jentera parti dan bukannya jentera kerajaan pusat untuk berkempen kali ini?

Beranikah TPM TS Muhyiddin menjanjikan jambatan baru untuk dibina merentangi 'sungai' di Permatang Pasir kali ini?

Apakah UMNO akan menggunakan deretan 'senjata-senjata' canggih yang akan memakan diri mereka kembali kali ini?

Beranikah UMNO secara 'gentleman' menggunakan kudrat yang mereka 'patut' ada untuk memenangi PRK kali ini?

Mungkinkah UMNO akan terus mendendangkan irama 'pondan siam' untuk memenangi hati para pengundi di kawasan majoriti Melayu ini?


Semua akan terjawab dua tiga hari sahaja lagi. Kepada anda semua, jangan lupa sentiasa disiplinkan diri anda untuk setia 'menonton' Edisi 7 dan Buletin Utama TV3 setiap hari kerana pastinya ada 'filem' yang tak pernah berjaya dilakonlayarkan hatta arwah Yasmin Ahmad sekalipun. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

thx!

p/s: Hidup lagikah UMNO????

Ogos 10, 2009

Antara Replika NAJIB dan ANWAR? Mana Lebih Hebat?

Salam Bloggers!

Seperti biasa dan selalu saya katakan UMNO suka menggunakan apa yang mereka sifatkan sebagai SENJATA untuk menyerang pakatan pembangkang bila timbul sesuatu isu tetapi pada akhirnya tanpa mengira waktu tertentu senjata itu makan tuannya iaitu UMNO.

Saya setia menunggu apa pula yang bakal difatwakan oleh Ulama' bertaraf Ayatollah khususnya di phak UMNO tentang terbinanya replika patung atau gambar NAJIB di belakang DEWA MURUGAN pujaan penganut Hindu di Batu Caves iaitu dalam kawasan DUN yang sama dengan terbinanya replika ANWAR satu ketika dulu. Imbas kembali pelbagai pendapat dalam kalangan Balaci UMNO yang baru kalah di Selangor pada ketika itu seperti dalam laporan palsu ini atau di sini atau juga laporan ini.

Saya yakin dua tiga hari akan keluar kenyataan dari Mantan Mufti Perlis mengenai hal ini. Cuma saya tunggu sangat kenyataan mantan Menteri Agama UMNO yang kini telah bertukar menjadi Menteri Perang UMNO kerana beliau pernah mengeluarkan kenyataan "pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam. Tak lupa juga kenyataan maha tinggi dari seorang calon Timbalan Presiden yang tak sempat merasa hangat dan empuk kerusi TPM dan Timbalan Presiden UMNO akibat 'RASUAH' yang bukan didefinnisikan sebagai 'RASUAH' oleh Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia? atau SPRM atau saya lebih suka menyebut 'SPeRMa'. Ali 'Baba' Rustam ini telah mengatakan 'merupakan satu simbol yang melihatkan parti itu mendewakan pemimpinnya. Beliau menegaskan adalah lebih baik wang yang digunakan untuk membinan replika tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin'. Cukup 'mulia' hati dan 'hebat' pendirian Ali 'Baba' Rustam ini.

Sekarang lihatlah gambar ini....,



dan sekarang lihat pula gambar ini......,



Agak-agak siapa lebih HEBAT???? ANWAR atau NAJIB???
Bagi pandangan peribadi saya, saya yakin tiada yang lebih hebat selain NAJIB kerana 'patung' replikanya lebih gah di belakang patung Dewa Kesayangan penganut Hindu iaitu Dewa Murugan.

Jadi, mana orang UMNO yang suka sangat 'mengampu-bodek' pemimpin kesayangan mereka ini? mana kenyataan Orang Kuat UMNO Gombak yang kuat hendak berdemonstrasi membantah pembinaan replika Anwar dahulu? Dasar perosak UMNO!!!! Inilah wajah-wajah penghancur UMNO yang hanya berani 'menyalak' ketika merasakan dirinya kuat sedangkan hakikatnya jiwa kosong semata-mata.

Lu Fikirlah Sendiri!!!!!!!!!!!!!

Thx!

Ogos 03, 2009

ADUN TERENGGANU RASUAH???!!! UMNO Jangan Bimbang!!!! SPRM Buat Lawak Sahaja...Hahaha! Tak Habis RETORIK!

Salam Bloggers!

Bila membaca laporan 'palsu' ini saya seperti dapat agak apa kesudahannya nanti kerana sudah beberapa kali apabila kes 'ikan sembilang' seperti ini dibawa dan dibicarakan di mahkamah maka pada akhirnya keputusannya cukup mudah..."Lepas dan Bebas" dari tuduhan tersebut. Untuk sementara Mat BIJAN dan puak kiri dan kanan akan menggunakan isu ini sebagai 'penawar' yang 'menguatkan' prinsip keadilan SATU MALAYSIA mereka di samping mengubah arah 'angin politik' Malaysia yang tak pernah sejuk sejak berakhirnya PRU 12 MAC 2008 lalu.

Kepada ADUN yang dijadikan 'kambing putih' itu saya doakan semoga beliau bersabar kerana Insya Allah apa yang dituduh kepada YB akan berakhir sebagaimana siasatan terhadap ADUN Jawi di Pulau Pinang. YB tak payah bimbang kerana memang sedia maklum tugas SPRM selain dari 'membunuh' rakyat Malaysia yang menjadi 'saksi' mereka juga berperanan 'menghabiskan duit rakyat' dengan 'siasatan' yang dibuat dan 'pendakwaan' yang mereka sedia tahu akan keputusannya. Kita tunggu sahaja...

p/s: Kepada yang ingin menjadi SAKSI SPRM, beringatlah! Anda mungkin MATI kerana ada yang sudah MATI dek kerana dipanggil membantu sebagai SAKSI. Gila Punya Kerja!!!!

HIDUP SATU MALAYSIA!!!!

Julai 31, 2009

Nyala Lilin HARAM!!!! Letak Kalungan Bunga HALAL???

Salam Bloggers!



Inilah yang selalu saya katakan 'senjata makan tuan'. Isu 'hangat' yang cuba dimainkan media BN dua tiga minggu ini ternyata telah memakan diri secara total kerana hingga ke saat ini tiada dari mana-mana mufti tua atau muda yang mempersoalkan laporan palsu ini atau kelakuan 'syirik' ini secara 'adhock' sama ada untuk menegur atau menasihat IMAM BESAR Satu MALAYSIA. Mungkin kerana sudah lama difatwakan seperti yang berikut :-

1) Fatwa Mufti Pulau Pinang - Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

2) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

3) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.


Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.


Namun begitu saya yakin, yakin dan yakin sangat apa jua yang IMAM BESAR Satu Malaysia lakukan hari ini tidak akan difatwakan sebagai haram atau syirik kerana mana mungkin ahli UMNO boleh berpemimpinkan seorang yang syirik amalannya dan khurafat kepercayaannya. Saya juga terpaksa 'meyakinkan' diri saya bahawa orang yang meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara hari ini sebenarnya bukan NAJIB tetapi mungkin orang lain yang menyamar...Hahaha!

Mana suara keramat 'MUFTI TUA' yang diagungkan ahli UMNO yang bijaksana? Mana suara MB KUDETA ZAMBRI MANDELA yang lantang mempertikaikan isu LILIN TIGA KUPANG yang dipegang oleh MB NIZAR? Mana suara JAMIL KHIR Menteri Agama dan Timbalannya nan ayu itu? Keluarkan fatwa anda!!!! Mana JAKUN??? Opps...JAKIM???? Memang anda semua hanya tahu menjaga perut agar tak terlepas imbuhan dan elaun perkhidmatan. Kebenaran mesti 'disembunyikan' kerana bukan semua ahli UMNO bijak laksana. Ahli UMNO memang akan terima apa sahaja perbuatan 'agung' oleh pemimpin yang mereka pilih. Syabas dan TAHNIAH wahai ahli-ahli UMNO yang hebat kerana terus mempertahankan ISLAM sebagai Ad-Diin mereka. Saya cabar pro UMNO yang tahap tinggi ilmu agamanya untuk berhujah tentang hukum meletak kalungan bungan ini. Mana tahu ada hujah atau kekhilafan yang mengharuskan perbuatan seperti itu dibuat 'HANYA' oleh pemimpin tertinggi sahaja. Kita tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

THX!

p/s: Elok sangat... Mahathir 'perketat', Pak Lah bagi 'perlonggar', Najib 'perlucut'...UMNO??? Pengecut!!!!! DEMI BUMIPUTERA NAJIB SANGGUP LAKUKAN SEGALANYA.... DEMI NAJIB AHLI UMNO SANGGUP TELAN SEGALANYA...

PRK Pulak!!!! UMNO Dah Ready Ke???

Salam Bloggers!

Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada kaum kerabat Allahyarham YB Mohd Hamdan Abdul Rahman Adun Permatang Pasir yang dijemput Allah awal pagi tadi kerana Komplikasi Jantung di IJN Kuala Lumpur. Semoga Ar-Ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Sudah tentu UMNO akan bertanding kerana kerusi ini kosong mengikut 'perlembagaan'. Sesungguhnya perancangan Allah Maha Hebat untuk ditunjukkan kepada umat. Lagi UMNO tak mahu siri pilihanraya selagi itulah bayangan pilihanraya terus mengekori langkah ngeri UMNO. Kepada TPM yang 'pandai cerdik' itu, janganlah buat seperti apa yang telah dibuat di Manek Urai..Kelak, kemenangan moral yang dicanangkan seantero dunia hanya tingga sejarah semata-mata.

Kepada petugas-petugas pilihanraya dari semua parti yang bakal bertanding. Inilah masanya untuk membuktikan keutuhan sokongan pengundi atau rakyat kepada parti masing-masing. Apakah UMNO akan merampas kembali kerusi ini atau terus menangis untuk sekian kalinya. Kita tunggu sahaja apa bala atau laba yang bakal dimiliki oleh pengundi-pengundi kawasan ini. Apa pula fitnah yang akan diribut-taufankan dalam kempen kali ini? Semuanya pasti menjanjikan 'drama' yang menarik. Kita tunggu dan tunggu!!!

THX!

p/s: UMNO!!!! Ini masa untuk berubah! Kalau tak nak juga, pasti luka dalam makin parah!

Julai 29, 2009

Sabar Menanti Pengeluaran Sijil Halal Dari Seorang Mufti Perut...


Salam Bloggers!

Saya pernah menulis tentang perihal seorang MUFTI yang lebih menjaga PERUTnya sehinggakan mendapat kutukan terhebat secara khusus dari seorang bloggers yang hebat caci dan makiannya namun begitu setelah saya jelaskan secara lembut dan insya Allah dia mula faham dan menerima penjelasan saya.

Maka apabila MB Nizar 'mencetuskan' kontroversi dengan lilin sebagai aktor utamanya maka berduyun-duyun manusia sama ada yang bodoh agama mahupun yang cerdik agama mengeluarkan fatwa termasuklah seorang mufti yang semakin tua tetapi masih digemari oleh Paduka Rajanya untuk membaca doa dalam majlis yang melibatkan rajanya. Biasalah kalau di Malaysia, sebenarnya taraf mufti hanyalah sekadar seorang pembaca doa dalam majlis raja sahaja. (Siapa yang boleh nafikan?)

Akan tetapi bila laporan ini dan ini dan juga ini dan ini dikeluarkan oleh blog-blog penyokong pembangkang maka setia dinanti akan keluarnya satu SIJIL HALAL atau HARAM dari seorang Mufti Tua yang 'paling dihormati' ummah di Malaysia.

Saya ingin menarik perhatian kepada semua yang rajin mengunjungi laman blog saya ini tentang pengeluaran gambar halal yang melibatkan PM Najib dan Isteri dalam satu majlis yang melibatkan panganut agama lain seperti yang tertera di gambar hiasan ini untuk membuat pentafsiran tentang fatwa atau hukum yang terbaik bagi 'menghalalkan' perbuatan PM Najib@BIJAN bersama Bik Rosmah ini. Adakah hukumnya haram? atau hukumnya diharuskan kerana ia menepati konsep kepercayaan SATU MALAYSIA anutan NAJIB@BIJAN dan isteri tersayangnya?


Tunggu sahaja komen berapi dari bloggers pro dan kontra blog ini.

THX!

p/s: UMNO masih tak sedar diri bila suka menggunakan senjata menyerang musuh politik yang mana kerapkali senjatanya itu makan tuan kembali...Renungkanlah...

Julai 21, 2009

BN Kalah Lagi Di Manek Urai!!! Kenapa UMNO Masih Tak Sedar Diri???!!!

Salam Bloggers!

Malam ini secara tak sengaja saya telah terbaca satu tulisan yang menarik untuk dikongsikan khususnya kepada Pimpinan UMNO yang masih tak berubah-ubah dan tak sedar diri untuk menawan hati rakyat secara total. Mungkin ramai dalam kalangan ahli UMNO yang masih tidak sedarkan diri mereka yang lebih banyak diperbodohkan oleh tingkah pemimpin kesayangan mereka yang terus mengaut untung dari polemik politik Malaysia. Pandangan yang cukup ikhlas dari seorang penulis berdarah UMNO yang pada pendapat saya menegur UMNO dengan cara yang lebih terbuka kerana memikirkan kelangsungan kuasa ketuanan UMNO yang semakin goyah hari demi hari. Tulisan ini saya kutip dari sebuah akhbar kerajaan. Sama-sama kita baca dan hayati teguran khususnya kepada ahli-ahli UMNO yang berkepentingan dalam 'memperjuangkan' politik bangsa 'MELAYU' (tak tahu MELAYU mana yang diperjuangkan...kena tanya Presiden GPMS)

Kutip pengajaran dari Manek Urai

Oleh DUSUKI AHMAD

SEPERTI dijangka, Pas terus mengekalkan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. Pilihan raya kecil Selasa lalu membuktikan jangkaan itu. Pas terus menguasai Manek Urai.

Bagaimanapun kemenangan Pas itu bukan kerana parti itu kuat atau disebabkan kelemahan UMNO dan Barisan Nasional. Sebenarnya kemenangan Pas di situ kerana majoriti pengundi di Kelantan tidak merasa apa-apa kerugian di bawah pentadbiran Pas.

Mereka tidak merasa sebarang kesusahan dan kesulitan. Rutin harian mereka selesa dan tidak ada perbezaan langsung dengan rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh BN.

Seorang penceramah Pas melontarkan soalan: "Apakah rakyat Kelantan hari ini miskin kerana sokong Pas? Adakah anak-anak muda Kelantan merantau kerana kelaparan di negeri sendiri?"

Bagi penulis, kekalahan BN dengan majoriti nipis itu amat luar biasa dan mengejutkan. Ia boleh dianggap sebagai kekalahan dalam kemenangan.

Seorang pekerja UMNO dan Rancangan Tanah Kampung Peria memberitahu secara sinis: "Jika UMNO Kelantan hendak menang, mesti lakukan dua perkara. Pertama, jangan calonkan orang muda yang cerdik dan berkelulusan. Cari penjual roti atau aiskrim atau yang kerja menjaja di sekeliling kampung. Mungkin calon-calon daripada golongan ini lebih mudah menang.

"Kedua, tawarkan projek semewah mungkin kepada Kelantan sehingga rakyat merasa mereka lebih maju dari negeri lain. Dan projek itu mesti dilaksanakan oleh UMNO."

Dia mungkin sinis dengan kenyataan itu tetapi mempunyai andaian sendiri. Katanya, selagi majoriti pengundi Kelantan tidak merasa rugi di bawah Pas, mereka akan terus sokong Pas. Kelompok itu hanya akan menyokong UMNO apabila mula merasa mereka tidak mendapat apa-apa di bawah Pas.

Namun sekarang mereka tidak merasa begitu kerana semua hajat dan keperluan mereka dipenuhi oleh kerajaan pusat walaupun Kelantan diperintah oleh Pas. Jadi mereka tidak merasa dipinggirkan walaupun telah memilih Pas. Jadi kenapa perlu mengundi BN?

Kenyataan beliau ada logiknya. Sejak sekian lama, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bertukar ganti. Mereka melakukan pelbagai strategi termasuk membawa pembangunan. Namun sehingga kini belum berjaya memujuk pengundi Pas untuk berpaling kepada UMNO. Puncanya, kerana mereka merasakan usaha pembangunan itu dibuat oleh Pas dan bukannya UMNO.

Nelayan, petani, pekebun dan peneroka masih terus mendapat bantuan kerajaan. Mereka mendapat pelbagai subsidi. Ia turut dinikmati oleh golongan yang enggan mengundi UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO sewaktu berkempen sering berkata, rakyat Kelantan mundur, miskin dan terkebelakang.

Namun sebenarnya itu tidak betul. Ia disangkal sendiri oleh rakyat. Bahkan orang luar yang datang ke Kelantan juga dapat merasakan bahawa negeri itu tidak mundur atau ketinggalan.

Semua kemudahan ada di negeri itu. Kemudahan asas dari Tumpat hingga ke Guaa Musang lengkap. Jalan raya, elektrik, air bersih dan sebagainya disediakan oleh kerajaan pusat. Begitu juga dengan sekolah, masjid, madrasah dan dewan orang ramai. Malah pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta pun ada di Kelantan.

Sejak Pas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 1990, beberapa jambatan telah dibina merentangi Sungai Kelantan. Jalan-jalan raya juga diperbesarkan. Jalan-jalan kampung sudah ditar.

Semua itu dibina melalui peruntukan kewangan kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan. Tetapi mereka yang mengundi Pas tidak tahu semua itu. Yang mereka tahu ialah pembangunan tersebut hadir sewaktu Pas memerintah. Maka tidak salah sekiranya mereka menyangka ia dibuat oleh Pas.

Walaupun rakyat Kelantan menolak BN tetapi mereka tidak diketepikan. Maka tentunya mereka tidak perlu menyokong BN hanya untuk mendapat bantuan.

Memetik kata-kata seorang pemimpin Pas: "Adik kakak jangan runsing dan gelabah tentang pembangunan, kerana orang UMNO ada kepentingan dengan pembangunan itu. Ketua-ketua mereka akan buat permohonan dengan menteri-menteri di Kuala Lumpur. Mereka akan mendesak kerana mereka ada kepentingan dengan projek-projek itu.

"Mereka adalah kontraktor dan ahli perniagaan. Jika tidak pun mereka akan beroleh komisen daripada projek itu."


Tidak tahu benar atau tidak kenyataan itu tetapi itulah yang dipegang oleh pengundi Kelantan yang mengundi Pas.

Walaupun isu-isu yang disumbat ke dalam telinga orang ramai itu kebanyakannya fitnah belaka, tetapi ia sudah menjadi persepsi rakyat.

Andainya semua pihak merasai selesa berpayung di negeri yang kalah maka UMNO negeri Kelantan akan kalah selama-lamanya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah beberapa kali membuat seruan kepada pemimpin peringkat kebangsaan yang terdiri daripada anggota tertinggi UMNO supaya turun ke akar umbi.

Rakyat kini mengukur UMNO berpaksikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri kerana para pemimpin bawahan inilah yang berada bersama rakyat setiap masa.

Maka sebagai persiapan untuk pilihan raya akan datang, biarlah rakyat merasai dan menyedari mereka berada di negeri pembangkang. Pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan juga harus insaf bahawa mereka adalah pemimpin dari negeri yang kalah.

PENULIS ialah Pengerusi Amanah Raya Berhad.

p/s: Benarkah kenyataan bahawa lagi baik satu-satu negeri dipegang pakatan pembangkang kerana ia akan mendapat lebih perhatian dalam semua segi.... Lihatlah Perlis, negeri kecil tetapi ramai puak...terkonteng-konteng kerana ada yang masih mabuk kuasa dan sanggup menikan kawan hanya kerana berebut tanah sekangkang kera....renungkanlah wahai ahli UMNO!

Julai 14, 2009

Malaysiakini....Janganlah Buat Laporan Macam Ni!!! UMNO kan sudah berubah!!!

Salam Bloggers!

Mana betul LAPORAN TIPU ini dan LAPORAN TIPU ini. UMNO kan sudah berubah, jadi mana boleh hal ini berlaku lagi dan dilaporkan pula oleh gergasi media Internet di Malaysia.

Benarkah dakwaan oleh sesetengah pemimpin UMNO Kuala Krai bahawa duit tersebut merupakan duit yang hendak diagihkan kepada 'petugas-petugas' parti? Apapun saya tetap mengganggap 'laporan' Malaysiakini ini satu yang 'palsu' kerana mana boleh sebuah parti yang 'kuat' dan 'teguh' sokongan di seluruh 'Malaysia' melakukan perbuatan 'mulia' ini.

Kepada pimpinan UMNO yang sedar, buatlah apa yang patut, sama ada hendak mengaku atau menafikan apa yang dilaporkan oleh 'laporan palsu' ini. Kalau ia benar-benar palsu maka UMNO 'tetap benar'.. Hahahaha!

p/s: Jambatan Emas Jambatan Bosi...Ada juga TPM macam ni...

Julai 10, 2009

Sayang....Rupanya UMNO Masih Tak Berubah? Part III

Salam Bloggers!

Walaupun jutaan nafian dibuat namun siapa dapat menyatakan UMNO sudah berubah? Lihat satu lagi laporan tipu ini jika anda rasakan UMNO telah berubah di bawah kepimpinan PM 'Satu Malaysia'.

Balaci-balaci UMNO sememangnya teguh mempertahankan setiap tindakan yang akan, sedang atau telah dilaksanakan oleh pemimpin mereka satu-persatu walaupun ada dalam kalangan mereka langsung tak faham apa yang dipertahankan mereka hanya mengikut kuat jeritan 'menyokong' semata-mata. Lihatlah kepada pemansuhan PPSMI pada 2012 oleh TPM semalam, ramai yang bertanyakan rasional untuk apa ia dimansuhkan pada 2012 sedangkan pelbagai laporan dan kajian menunjukkan ia gagal dilaksanakan atas faktor yang tertentu. Kenapa tidak dimansuhkan selewat-lewatnya tahun 2010? Kenapa mesti ada lagi murid dan pelajar di Tahun Satu dan Tingkatan Satu tahun hadapan dan dua tahun ke depan 'menanggung siksa' pelaksanaan idea 'hebat' seorang mantan PM yang nampaknya agak terkejut dengan keputusan kabinet memansuhkan PPSMI ini. Saya ada meyaksikan rakaman ucapan TPM TS Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkenaan pemansuhan PPSMI. Apa yang menarik cara beliau berucap seolah-olah PPSMI telah dimansuhkan serta-merta sedangkan harus diingati masih ada tiga tahun lagi 'peluang' untuk para kontraktor mengaut segala keuntungan dari 'kecerdikan' orang-orang politik mengaut khazanah dan wang rakyat dengan rakus. Adakah ini menunjukkan UMNO telah berubah?

Dalam masa yang sama, penyokong TDM dalam blognya telah mengundi menenang pemansuhan PPSMI dengan bersungguh dan ini telah membuka ruang kepada TDM untuk bingkas menghentam semula kegoyahan UMNO dalam menangani isu-isu panas dan jika kita baca 'laporan tipu' ini maka umum sudah mengetahui mungkinkah ini satu lagi peperangan yang akan tercetus untuk memuktamadkan hayat UMNO selepas ini. TDM secara terang-terangan membidas PM 'Satu Malaysia' yang dilihat banyak melakukan pembaharuan 'negatif' berbanding positif. Apakah penyokong setia TDM yang ada di Manek Urai akan mengundi PAS sebagai protes kepada keputusan kerajaan BN/UMNO dalam beberapa perkara yang dilihat sebagai 'cuba menjolok sarang tebuan'. Apapun kita tunggu sahaja apa keputusan rakyat Kelantan khususnya di Manek Urai yang sudah tentu 'akan termakan' segala hasutan jahat dari PAS dan sekutunya serta 'terpengaruh' dengan hamburan 'MEE SEGERA' sepanjang tempoh kempen berjalan. Adakah nasib malang UMNO/BN akan berakhir di Manek Urai? atau mungkinkah ia menjadi satu lagi penanda bahawa UMNO/BN sudah 'mahateruk' sedahsyat penangan pendermik 'SELSEMA BABI H1N1'? Kita tunggu.....

p/s: Apa pula komen Pengarah Indah Water dalam ulasan kali ini...Aku tunggu....

Julai 05, 2009

Sayang....Rupanya UMNO Masih Tak Berubah? Part II

Salam Bloggers!

Sayang sekali bila menilai perwatakan UMNO yang kononnya mahu dilihat sudah melaksanakan transformasi tetapi terus beretorik terutama menjelang musim pilihanraya sama ada PRK atau PRU. Sila baca laporan tipu ini.

Ia jelas menunjukkan bahawa pendekatan Projek Mee Segera dan penyalahgunaan fungsi kementerian tertentu terus dijalankan tanpa ada perasaan bersalah. Kali ini TPM TS Muhyiddin pula yang menyalahgunakan peruntukan kementeriannya walaupun dia tahu apa yang dibuatnya itu salah sama sekali tetapi saya yakin dan amat yakin ahli UMNO tetap menyokong secara 'membabi-celik' apa jua cara dan kaedah yang digunakan.

Maka, pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran terus melaksanakan 'titah perintah' Timbalan Maharaja Malaysia demi menjaga periuk nasi masing-masing walaupun jauh di sudut hati mereka terlalu benci dengan amalan 'korupsi' yang terus dipaksa untuk dibuat oleh mereka. Itu semua belum dikira siapa yang mendapat kontrak mee segera membekalkan sumbangan tersebut. Sahih kroni 'penjilat punggung' UMNO.

Bagi saya tak salah untuk pihak KPM menyumbangkan apa jua bentuk sumbangan tetapi mengapa yang bercakap itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, seolah-olah apa jua peruntukan kementerian itu menjadi milik UMNO dan hanya UMNO berhak mengambil segala peruntukan yang ada untuk disumbangkan demi parti. Kenapa hanya sekolah di Manek Urai sahaja yang mendapat peruntukan tersebut? Kenapa tidak disalurkan kepada semua sekolah yang ada di Malaysia? Inlah yang saya katakan UMNO tidak pernah berubah yang berubah hanya slogan 'bodoh' yang menjadi bahan ketawa dan mainan generasi kini. Kalau sudah tua, mesti tua segala. Apapun, syabas kerana berjaya mempamerkan kebodohan yang sedia diketahui umum. Tahniah UMNO!

thx!