April 11, 2009

Hangat!!!! SETPOL MB Perlis Letak Jawatan!

Salam Bloggers!

Berita yang berhembus sejak dari 3 bulan sebelum Perhipunan Agung UMNO akhirnya terlerai realitinya apabila SETPOL MB Perlis Tuan Haji Amier Hassan mengesahkan beliau telah meletakkan jawatannya itu.(klik sini)

Walaupun beliau menafikan sebarang kenyataan beliau tidak sehaluan dengan pentadbiran kerajaan negeri Perlis dan ingin menumpukan kerja guamannya namun ada beberapa cerita yang masih belum terungkai. Mengapa beliau meletakkan jawatan? Adakah ianya dilakukan secara sukarela atau paksarela?

Saya secara peribadi mengenalinya dan pernah berjumpa beberapa kali dengan beliau di Pejabat MB di Mini Putrajaya, Kangar. Apa yang boleh saya simpulkan, beliau dengan tegasnya menyatakan kepada MB Isa Sabu bahawa beliau tidak pernah inginkan jawatan tersebut tetapi atas dasar MB Isa Sabu memujuk dengan alasan dengan adanya beliau dalam 'line-up' MB Perlis yang cacamarba itu akan mengurangkan tekanan oleh Mantan MB Shahidan Kassim ke atas pentadbiran MB baru.Apa yang nyata, beliau seorang yang tegas dan berprinsip dan banyak tindakan beliau tidak dapat dikekang oleh sesiapapun dalam pentadbiran MB baru terutama mereka yang memang tidak sebulu dengan ketegasan beliau itu. Kekadang ada dalam beberapa tindakan beliau menimbulkan 'kontroversi' dan menyebabkan 'orang atasan' beliau terpaksa menjawab dengan 'orang yang lebih atas'.

kali terakhir saya bertemu dalam satu majlis yang mana Tengku Razaleigh Hamzah sebagai tetamunya. Pada ketika itu musim pencalonan UMNO sedang berlangsung dengan hangatnya. Walaupun beliau hadir secara peribadi tetapi jawatan dan status semasa beliau tetap diumumkan dan ini antara perkara yang kurang disenangi oleh juak-juak jahat yang tak pernah suka dengan kelibat beliau di pejabat rasmi kerajaan negeri Perlis. Oleh kerana itu, beliau menerima banyak fitnah yang 'mengarut' seperti menyokong Shahidan kassim sedangkan dalam masa yang sama beliau menubuhkan pasukan kempen untuk mencabar Shahidan Kassim ketika pemilihan UMNO Bahagian Arau yang lalu. Sebagai catatan, beliau tidak layak bertanding kerana gagal mencukupi kouta yang ditetapkan untuk bersaing dengan Ketua UMNO Bahagian Arau itu.

Kenyataan Kuda Tua UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh amatlah tidak tepat bila beliau menyatakan bahawa Tuan Haji Amier Hassan tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri Perlis sedangkan rasionalnya adalah sebaliknya iaitu pentadbiran kerajaan negeri perlis yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau yang banyak menimbulkan masalah terutama seperti perkara yang telah saya sebutkan di atas. Beliau hadir di majlis Ku Li ketika umum mengetahui bahawa Najib akan juga bertanding bagi jawatan yang sama. Beliau juga menyatakan sokongan yang padu kepada usaha untuk mencalonkan Ku Li sedangkan beliau juga tahu bahawa tindakannya itu akan menimbulkan konflik dan krisis dalam pentadbiran negeri Perlis yang dilihat masih bertatih hingga kini bagi mencari dahan kukuh untuk bergantung. Seperkara yang tidak boleh kita ketepikan, Tuan Haji amier Hassan ialah seorang bekas pegawai tinggi dalam kerjaya polis sebelum bersara dan menceburi bidang guaman dan disiplin, ketegasan prinsip dan istiqamah perjuangannya tidak pernah berubah. maka tak hairan dan saya langsung tidak terkejut bila berita tentang 'angin-angin' perletakan jawatan atau lebih tepat lagi 'perlucutan jawatan' beliau sebagai SETPOL MB mula bertiup kencang di negeri ini beberapa bulan yang lalu.

Pentadbiran negeri Perlis secara tepatnya dikuasai oleh dua puak utama. Satu yang menyokong Datuk Seri Mohd.Radzi Sheikh Ahmad dan satu lagi Datuk Seri Azmi Khalid. Walaupun mereka tidak menguasai pentadbiran Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis namun politik 'cantas-mencantas' tetap subur diamalkan oleh juak-juak yang bertangan kotor yang tak henti-henti berpolitiking sejak dari BN kekal memerintah Perlis. Perlu diingat bahawa hanya Perlis negeri 'terbesar' di Malaysia yang mempunyai penasihat kepada MB dalam hal ehwal pentadbiran sedangkan umum mengetahui MB yang dilantik mestilah tahu bagaimana hendak mentadbir negeri di bawah pimpinannya.

Implikasinya, rakyat hanya mampu melihat dan dalam masa yang kroni-kroni puak yang berkenaan terus mengaut 'sisa-sisa' projek yang masih tinggal untuk memenuhi kekosongan perut masing-masing dan rakyat yang miskin terus miskin dan diminta pula untuk tidak terlalu meminta sedekah seperti zaman MB terdahulu. Bahkan rakyat diminta untuk turut merebut peluang yang 'ada' walaupun ia tak pernah 'ada' untuk mereka nikmati. UMNO/BN Perlis sebenarnya sedang meniti masa-masa sukar akibat perpecahan yang dibuat oleh beberapa orang 'petualang' parti yang masih hidup dan dijulang tinggi oleh para penyokong mereka dan tentunya kesalahan memecahbelahkan perpaduan UMNO Perlis dibebankan ke atas bahu 'musuh politik' mereka yang kini sedang terkapai-kapai mencari pelampung untuk bergantung sebelum disahkan mati lemas kerana karam dalam keganasan ombak politik yang tak pernah reda ini.

thx!

2 ulasan:

Walk D Talk 09 berkata...

Jelas dan amat sukar untuk UMNO mahu berubah, kemelut demi keelut akan terus berlaku dan kata-kata oerubahan hanya alasan sahaja - sila lihat Konspirasi pemilihan UMNO disini

perfectwater75 berkata...

Salam,

Betul tu WALK D TALK 09,

Selagi transformasi dalam satu 'saf' sekadar satu retorik maka selagi itulah UMNO akan 'syok-sendiri' mendabik dada menayatakan mereka masih RELEVAN dalam iklim politik Malaysia...

thx!