April 10, 2009

Kenapa UMNO Perlis Dipencilkan??? Tiada Ahli Dalam Kabinet ...

Salam Bloggers!

Apa sudah jadi? Bila senarai jemaah kabinet Najib diumumkan maka hampir semua memuji sama seperti yang berlaku dalam era Tun Abdullah. Tiada langsung cemuhan di media perdana dan seolah-olah ia suci sesuci embunan pagi.

Kalau tak salah kiraan saya hanya PERLIS negeri yang dipencilkan untuk menjadi ahli jemaah menteri kali ini. Hairan juga kerana BN Perlis antara yang berjaya mempertahankan kedudukan mereka. Pelik pula bila rata-rata negeri yang kalah mendapat sekurang-kurang satu atau dua menteri dalam 'line-up' kabinet kali ini. Secara tuntasnya, BN kena kalah di sesuatu negeri untuk mendapat ahli dalam kabinet sekarang. Adakah saya kena menyeru kepada semua pendokong setia UMNO Perlis yang sudah kali kedua dipencilkan dari menduduki sebarang kerusi kabinet Najib 2009?

Mungkinkah ini juga satu isyarat awal kepada Dato'Seri Shahidan Kassim agar berundur dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang disandangnya sejak 15 tahun yang lalu? Kalaupun beliau melepaskan jawatan tersebut, apakah MB Perlis yang baru akan dilantik menjadi menteri dalam kabinet Najib?

Saya secara peribadi kasihan melihatkan kepada kesungguhan ahli UMNO Perlis mempertahankan negeri dari jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU 12 tetapi pihak Kerajaan Pusat seperti tidak menghargai apa yang telah disumbangkan oleh UMNO Perlis itu. Apakah tiada langsung calon yang layak untuk memegang sebarang jawatan dalam kabinet Najib kali ini? Mungkin kita boleh singkirkan dua 'kuda tua' dalam politik Perlis yang pernah menjadi menteri kabinet kerajaan Tun Abdullah tetapi masih ada lagi wajah lain yang layak untuk diberikan peluang merasai pengalaman berkhidmat dengan kerajaan pusat seperti Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin atau Ahli Parlimen Arau Dato' Ismail Kassim yang juga menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau.

Janganlah Najib mengulangi apa yang telah dibuat oleh mantan PM terdahulu yang melantik orang yang kalah dan tiada berjawatan dalam parti sebagai pemimpin di peringkat yang lebih tinggi kerana ia menimbulkan perpecahan dalam UMNO. Saya secara peribadi tak nampak barisan yang ada ini menjadi barisan yang layak digelarkan 'Kabinet Rakyat' kerana masih terdapat unsur-unsur orang tertentu yang membayangi perlantikan kabinet kali ini. Lihatlah berapa orang yang bukan dikenali sebagai orang kuat Najib dalam kabinet kali ini? Mungkin ada tetapi tak ramai kerana jawatan penting semuanya disandang oleh orang yang sentiasa mengikut lenggok punggung Najib dulu, kini dan selamanya. Saya pun tak terkejut kalau berlaku perubahan politik di Perlis jika melihatkan 'trend' Najib yang tak pernah lupakan 'kawan-kawan' baiknya itu. Mungkin salah seorang EXCO Kerajaan Perlis akan dilantik menggantikan MB sedia ada. Kita tunggu sahaja kerana difahamkan 'orang ini' mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan Najib dan pencalonan beliau sebagai ADUN dalam PRU 12 adalah hasil keakraban yang dimaksudkan.

Buat Najib, ingatlah bahawa setiap kesilapan kecil mampu memberi padah yang besar kepada anda. Saya sekadar menasihat selaku suara yang tak laku didengar di telinga anda. Sebagaimana kata salah seorang bloggers, tak semestinya kita mempunyai jawatan tinggi dalam UMNO bahagian atau Ahli Parlimen mana-mana kawasan untuk menjadi menteri kerana cukuplah sekadar menjadi seorang rakan baik dan disukai pula oleh Najib maka pintu kabinet akan terbuka luas menanti langkah masuk kita.

UMNO....Makin berubah?

p/s:

Negeri Kalah Dapat Menteri,
Negeri Menang Gigi Jari;
UMNO Perlis Siapakan Diri,
PRU 13 bagi undi lari.....berani? hahahaha!

thx!

8 ulasan:

Akar Umbi berkata...

Satu ketika, Perlis yang mempunyai 3 kawasan Parlimen tapi ada 2 Menteri penuh. Berbanding dengan Selangor ada 22, tidak ada wakil Menteri Melayu/Islam setelah Dr Shafie digugurkan dari kabinet!

perfectwater75 berkata...

Salam Azlan,

Bagaimana dengan konsep SATU MALAYSIA yang cuba diterapkan Najib?

Wajah kabinet pun sudah nyata tidak mewakili satu Malaysia.

Mustafa Mohamed digambarkan sebagai pemimpin yang kuat kerja tetapi negerinya milik siapa? Kalau setakat nak gambarkan sesiapapun boleh hanya dengan baik dengan wartawan Utusan atau Berita Harian sahaja...

Dr.Awg Adek yang tewas dalam PRU juga diambil semula, Bukankah ini juga satu proses KITAR SEMULA dalam kabinet Najib?

mantan KM P.Pinang pula yang jelas ditolak rakyat secara teruk mengalami kekalahan kepada muka baru pula diberi peranan sedangkan parti pimpinannya yang dahsyat mengadu-domba orang UMNO dalam kekalutan mengurus kekalahan PRU 12 sehingga ada Ketua UMNO Bahagian yang digantung keahlian kerana mempertahankan hak Melayu UMNO.

Semua ini tidakkah dilihat sebagai kurang cantiknya pemilihan Ahli Kabinet Najib? Sabah yang diberi banyak kerusi, adakah hanya untuk menjaga kedudukan dalam pemilihan akan datang?

Semua ini perlu dijawab.....

thx!

Tanpa Nama berkata...

perlis negeri kecil & miskin. tiada lumayan lah.

Tanpa Nama berkata...

3 bahagian X 13 perwakilan = 39 undi. Celah gigi saja......

kena jaga johor,perak,sabah. boleh lama maintain presiden.

Pyanhabib berkata...

silap-silap, perlis jadi gulai!

add berkata...

Tok Pa memang hebat...bukan di utusan atau berita harian sahaja... malah rakyat umum tahu termasuklah pengikut PAS. Awang adek beliau sebelum ni adalah timbalan gabenor bank negara, memang bergeliga kepala otak beliau,,
nak harap pada MP perlis sapa? kalau sebelum ni bagi can pada azmi khalid,,, last-last di sapunya normala samsudin..
kasi pada radzi shekh padzir last-last merajuk lah diri... so apa lagi nak diharapkan....mail kasim.. 2x5 je...

KZSO berkata...

sudah ketentuan ALLAH SWT...
terimalah qada' dan qadar Nya. Berusahalah untuk agama, bangsa dan tanahair. InsyaALLAH balasan dariNya lebih dari balasan dan pemberian jawatan di dunia dan ingatlah sebagai pemimpin adalah amanah dan bebanan sebenarnya sebab akan dipersoalkan akan tanggungjawab dan perkara yang dilakukan sebagai seorang menteri walaupun sekecil hama dan kuman.... bukan senang dan bukan glamor jawatan tu.. lagipun pasti DSN dah lihat dari dulu lagi siapa yang boleh dipertanggungjawabkan dan pasti aka ada kapasiti dari perlis dan melaka dan negeri lain untuk memperjuangkan dan membela agama, bangsa dan tanahair ini...

perfectwater75 berkata...

Salam,

Terima kasih Bro Pyan! Kari Kepala Kuda ke? hehehehe!

Bersatu di bawah Satu Malaysia?

thx 4 all!