April 17, 2009

Penanti Is Coming! mampukah UMNO Berubah?!

Berita perletakan jawatan sebagai ADUN sebenarnya disambut 50-50 oleh rata-rata pemimpin BN.
Ada yang dengan lantang menyetakan "kami sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang pilihanraya.."
Ada pula yang menggunakan 'professor upahan' untuk menganalisis isu berkaitan.

Saya lebih suka berada di dunia yang sebenar, soalan ini khusus untuk UMNO!

1.Adakah UMNO sedia berubah pendekatannya? Susah selagi perasuah masih ada dan TDM tak keluarkan senarai yang ada.(Mahathir tak berani bawa keluar)

2.Adakah UMNO berani untuk tidak menggunakan siaran TV Kerajaan dan Swasta yang tentu selalu menjelekkan berita yang dipaparkan hingga menimbulkan kebencian dalam kalangan umum? mana boleh, nanti rating siaran turun. Siapa yang rugi? Aku juga!

3.Adakah Media Cetak seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian akan menjadi medan penghebah propaganda seperti selalu? Confirm! memang itu cara nak naikkan rating yang semakin turun.

4.Apakah semua menteri kabinet yang sentiasa di'KPI'kan akan turun beramai-ramai untuk memberi pelbagai 'gula-gula' politik seperti kebiasaannya? Inilah masa untuk mereka tunjukkan kepada Najib, mereka 'kuat bekerja' dan 'komited' dengan tugasan.

5.Apakah isu 'liwat' akan diperbesar-besarkan dan dalam masa yang sama isu 'Misteri Altantuya' akan diharamkan untuk dijadikan bahan kempen kali ini? Memanglah tak boleh bicara isu perempuan Mongolia ini kerana mana ada rekod dia masuk Malaysia!

6.Adakah UMNO berani mengundang forum bebas untuk membicarakan isu-isu semasa di mana-mana stesen tv yang ada?

7.Adakah UMNO akan menghentam Cina ketika kempen di kawasan Melayu dan 'membodek' Cina ketika kempen dalam kawsan majoriti Cina?

8.Apakah KJ akan dibenarkan turun berkempen? Bagaimana pula dengan TDM? KJ kena turun tapi TDM akan turun juga tetapi di kampung yang berbeza.Mukhriz? Ikut bapalah.

9.Adakah TM Net akan melakukan satu lagi penyelenggaraan ketika musim kempen hangat berlangsung? 90% berkemungkinan akan berulang kerana ia mampu mengganggu kempen pembangkang.

10.Agak-agaknya berapa ramai pula Ahli PKR akan keluar parti secara beramai-ramai dan diterima masuk UMNO seperti yang dibuat UMNO kepada permohonan TDM? Tetap punya, kempen kuno yang sentiasa 'berkesan'.hahahaha!

11.Apa pula buah tangan TDM untuk PRK kali ini? Harap-harap dia tak pernah lupa dan nyanyuk seperti selalu.

12.Adakah UMNO akan tersalah memilih calon untuk kali keenam? selalunya silap kerana ramai yang hendak jadi YB dalam UMNO. Lobi dulu Bro!

13.Apa tindakan Menteri Dalam Negeri yang baru? Tegas dalam lembut atau Lembut dalam Tegas atau Lembut dalam Lembut? No Komen! nak asapkan 'keris' dulu.

14.Apakah Satu Malaysia Najib berjaya menarik sokongan puak-puak Malaysian-Malaysian? Konsep ini 'diharamkan' kepada sesiapapun untuk kelirukannya!Hehehe!

15. Apakah Zahid Hamidi kecewa kerana gagal menubuhkan batalion Tentera Wataniah di kawasan Penanti? maklumlah tak sempat nak tambah undi pos.Mungkin juga!

Saya tunggu sahaja jawapan lain dari semua yang mengunjungi blog ini.

THX!

3 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

salam perfectwater,
mengikuti pandangan tuan mengajak saya untuk mengulas sedikit tentang TDM yang saya melayu tak mudah lupa...
TDM politikus hebat kerana berjaya membawa aspirasi diri dan kehendak sendiri di dalam geografi politik negara..maklum lah 22 tahun merintah dan berkuasa...
TDM politikus hebat kerana berjaya merosakkan UMNO terutama sepanjang 5 tahun pemerintahan Pak Lah.. biar keluar parti asal matlamat peribadi tercapai..
TDM politikus hebat kerana berjaya membawa emosi perwakilan dan rakyat untuk menahannya meletak jawatan kerana beliau sendiri yang mula-mula menangis...akhirnya dapat lagi road tax setahun merintah...
TDM politikus hebat kerana setakat ini berjaya menentukan bahawa negara ini diperintah oleh orang yang mendapat restunya kata aruah harun perancis cuma 3 keluarga jer yg boleh merintah negara ini...keluarga lain jgn harap lah...sekadar pengikut boleh lah...
tapi Allah juga mempunyai perancangannya..mudah2an kita semua sentiasa mendapat taufik dari nya...amin

perfectwater75 berkata...

Salam Putra Merdeka...,

Tajam bidasan sdr kali ini...tak tahulah apa pulak kata BPN nanti...

saya tunggu saja...

thx!

Tanpa Nama berkata...

Blog baru berkaitan AJK PKR Putrajaya bernama Jamil Kucing di http://jamilismail.blogspot.com

Hantam produk munafik itu cukup cukup