April 24, 2009

Harussani Nyanyok ke? Betullah tu apa yang kabinet NAJIB buat!


Salam Bloggers!

Mesti ramai yang akan kata saya ni terlalu berani kata begitu kepada Mufti Agung Perak yang mahaberani mencelah keputusan kabinet NAJIB dalam laporan ini. Saya terpaksa kata kepada MUFTI AGUNG ni sebab selalunya dia setuju saja dengan apa jua yang ULUL AMRI buat sebelum ini tiba-tiba sahaja kali ini dia kurang setuju.

Takkanlah MUFTI AGUNG PERAK ini lupa bahawa NAJIB merupakan IMAM BESAR HADHARI MALAYSIA sebab itu isterinya tak perlu bertudung kerana 'MAQAM' isterinya itu terlalu tinggi. Bila kabinet SATU MALAYSIA buat keputusan mengenai SATU MALAYSIA apa barang MUFTI AGUNG nak kacau-kacau. Biarlah Mahathir seorang sahaja dok kacau PM NAJIB sebab tak puas jadi PM selama 22 tahun.

Baik duduk diam dan keluarkan fatwa budak-budak seperti sebelum-sebelum ini baru la nampak "MANTOOOP'. Tak payah dok canggah kerajaan yang ada kerana itukan termasuk dalam suruhan "TAATI ALLAH, TAATI RASUL dan ULUL AMRI DALAM KALANGAN KAMU" seperti yang MUFTI AGUNG pernah kata tempohari...

Keputusan kabinet ini amat baik sebagai permulaan sebelum buat 'fatwa kabinet' yang lebih besar seperti boleh pilih nak masuk mana-mana agama bagi orang ISLAM..Tahniah NAJIB, wa tak sangka la LU MEMANG POWER!!!! Hahahaha! Mana dia Ahli BPN, mai jawab la isu ini...bagi terang sikit kepada orang UMNO yang 'bodoh' macam aku ini...mai jelas bagi terang kat dunia....

p/s: Jangan lupa singgah kat LUMUT...ada JOMHEBOH!!!! MUFTI AGUNG PERAK tak keluarkan apa-apa fatwa maknanya boleh sertai JOMHEBOH!

thx!

2 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

salam tuan,
ini la masaalah apabila orang jahil membuat keputusan, JK dlm kabinet pulak su koon dan subramaniam, sementara shahrizat masih pening dari mabuk kerusi ketua wanita, jamil khir pulak budak najib yang akan mengangguk apa sahaja kehendak bos nya, tanya lah pendapat majlis fatwa, jakim dan alim ulama kecuali najib dan kabinet merasa mereka lebih alim...
jeep jahanammmm

Tanpa Nama berkata...

JomHeboh tu dibuat oleh TLDM....bukan melalui kerajaan negeri perak