April 19, 2009

Mahazir Khalid makin tak betul sebab banyak sangat PRK?! Hahahaha! RETORIK UMNO tak habis-habis!!!!

Salam Bloggers!

Dulu ketika timbul isu peribadi melibatkan mantan YB Bukit Selambau merangkap EXCO Tunggal India Kedah, maka berduyun-duyun yang bercakap termasuk 'mangkuk hayun' yang hilang negeri meminta beliau meletakkan jawatan atas sebab tidak layak menjadi wakil kepada rakyat dan EXCO yang dilantik Sultan Kedah. Selang beberapa bulan isu 'panas' diketengahkan maka dengan rela hati YB berkenaan meletakkan jawatan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan sem,ula siapa yang layak mewakili mereka.

Begitu juga di Pulau Pinang bila TKM yang juga ADUN Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh disiasat SPeRMa atas tuduhan menyeleweng dalam satu kontrak maka berduyun-duyun 'mangkuk hayun' dan tudung-tudungnya mendesak agar si YB ini meletakkan jawatan atas alasan tak layak mewakili rakyat dan tiada integriti. Akhirnya, YB Penanti pun mengumumkan beliau meletakkan jawatan atas alasan-alasan tertentu.

Soalnya, siapa dan puak mana yang selalu dok desak YB seperti ini meletakkan jawatan mereka? Ini bukan mainan politik tetapi inilah hakikat politik terkini. Bila rasa tak mampu letak sahaja jawatan dan usaikan amanah rakyat bukan dok bawa juga walaupun tahu tak mampu dan tak pernah layak. Cerdik Punya MINDA!!!!

Alih-alih bila BN/UMNO tewas di beberapa kawasan yang ditandingi dengan pertambahan majoriti maka timbul pula hal 'membazir' wang rakyat dan tidak sepatutnya berlaku. Ada juga yang mendesak agar Akta Pilihanraya digubal semula bagi melarang perlakuan serupa berlaku. Beberapa ekor kuda tua UMNO yang turut menyampuk bercakap soal tidak relevan diadakan PRK kerana ia tidak membantu pembinaan bangsa. Ada juga yang membawa isu kerugian kepada wang rakyat yang dibelanjakan untuk mengadakan PRK seperti ini.

Begitu lekehnya UMNO sekarang kerana baru ingat tentang rakyat sedangkan mereka raja pembazir terhebat sepanjang zaman. Mereka juga Penderhaka kepada mandat rakyat tetapi berlakon dan hipokrit dengan alasan 'rakyat'. Siapa yang menabur projek-projek mee segera sebelum ini di kawasan yang terlibat? Peruntukan kilat kepada Sekolah Cina di Perak seperti yang diberikan Muhyiddin sebanyak RM 1 juta yang masih gagal menarik undi bersih dari kaum Cina. Semua ini bukan pembaziran? kalau bukan kenapa tidak disalurkan terus kepaa semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah Tamil dan Melayu sehinggakan ada sekolah yang gagal menjalankan aktiviti secara efektif lantaran kurang kemampuan dari segi kewangan?

Susahlah kalau masih takut mengaku kelemahan tetapi masih sanggup mendendang irama sumbang menyatakan mereka masih diterima rakyat. Mahazir Khalid sendiri baru rasai teruknya penderitaan rakyat bila sempat sekejap meronda kawasan pilihanraya di Bukit Selambau selepas tidak lagi menjadi MB Kedah. Itupun diupahnya pemberita dan jurukamera bagimerakam tiap detik perjalanannya itu. Satu lagi perangai UMNO/BN yang tak boleh diubah kerana ia telah sebati. Mana sahaja ada cerita dan derita di situ ada wakil UMNO/BN bersama juga pemberita dan jurukamera seperti yang kerap kita saksikan dalam program BERSAMAMU TV3. Seolah hilang rasa malu kerana sanggup turun untuk menyelesaikan masalah yang bertahun-tahun sedangkan ada dalam kalangan YB pun sudah berpenggal-penggal menjadi wakil kepada rakyat yang derita itu.

Pesan saya kepada Mahazir Khlaid dan kuncu-kuncunya. Sudahlah beretorik dengan cerita wayang kulit ASUN. Anda sepatutnya menginsafi apa yang telah ALLAH hukumkan ke atas diri kamu atas kelalaian dan kecuaian menunaikan amanah rakyat.

MUHASABAH DIRI!

thx!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Tanpa Nama berkata...

Helo ! Forex - Outwork чашку кофе успешной имеют свободные деньги, просто зарегистрируйтесь forex [url=http://foxfox.ifxworld.com/]forex[/url]