April 13, 2009

Md.Isa Sabu MB 'HARAM'? Drama Sembah Mohon Derhaka UMNO Perlis...

Salam,

Kuda Tua UMNO Perlis yang sedang terkapai-kapai menyelamatkan 'Big Bossnya' seperti menyembah mohon derhaka kepada Raja Perlis selepas membuat kenyataan ini yang saya sifatkan sebagai episod lama yang bersambung kembali.

Memanglah pada dasarnya apa yang disebutkan itu betul tetapi Hashim Suboh seperti terlupa bahawa banyak yang sudah berubah dalam setahun ini seperti turunlah Tun Abdullah dari dua Takhta Agung Melayu kepada 'insan kamil' yang hadir dengan slogan 'SATU MALAYSIA' yang hampir sama dengan slogan agung DAP 'Malaysian Malaysian' itu?

Tidakkah beliau sedar ada janji yang telah dibuat oleh Najib ketika PRK Parlimen Kuala Terengganu dahulu kepada 'gerombolan' pengikut baru yang setia kepada MB 'Haram' ini? Najib dilaporkan berkata "sabarlah...tunggu selepas bulan Mac' kepada mereka yang berkenaan. Maka MB 'haram' itupun semakin bernafsu menuntut janji tulus Najib untuk memegang jawatan yang akan mematikan terus pengaruh Shahidan Kassim selepas berjaya menafikan kemenangan Shahidan Kassim dalam pemilihan UMNO lalu dengan penyebaran 'Surat Layang' yang memburukkan peribadi Shahidan Kassim secara tidak bermaruah ke seluruh Malaysia khususnya secara individu diposkan kepada semua perwakilan UMNO dari Kedah hingga ke Sabah.

Shahidan pula dilaporkan akan menghantar gerombolan tiga buah bas untuk mengadap MahaNajib di Astana Putrajaya bagi memohon watikah perlantikan baru sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Tindakan 'desperado' yang menjadi jalan terakhir kepada kelangsungan karier politik Shahidan Kassim di Perlis sebenarnya telah dirancang sebagai 'plan B' selepas perit menerima kekalahan dalam pemilihan lalu.

Ali Rustam yang dikatakan membuat kenyataan agar jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dikembalikan kepada Menteri Besar telah berjaya menimbulkan semula polemik politik yang tak pernah habis di sebuah negeri sekangkang kera ini. Cuma rasanya kenyataan daripada seorang 'PERASUAH' besar UMNO tak perlulah diambil sebagai 'firman' atau 'sabda' yang perlu dituruti. Lainlah kalau ia keluar dari mulut 'orang-orang UMNO yang bersih lagi membersihkan'.

Cuma saya amat menyokong kenyataan dan nasihat Kuda Tua UMNO Perlis kepada ADUN Bintong itu agar dapat menumpukan tugas beliau untuk memajukan Perlis, di samping berlapang dada dengan mengiktiraf jasa Shahidan sewaktu memegang jawatan tersebut.

"Tak perlu bergaduh. Sepatutnya beliau tarik (pemimpin Umno negeri) bekerja bersama-sama, bukan bertindak meminggir dan menyisihkan orang yang dilihat rapat dengan Shahidan," tambahnya lagi. Ini hakikat yang berlaku di Perlis. Ramainya puak-puak dalam satu kabilah yang tak sebesar mana menyebabkan seluruh rakyat rasa kerugian kerana 'perang kabilah' yang masih berterusan hingga kini.

Bagi saya mudah, kalau hendak meniru pendekatan Najib ketika tidak melantik KJ sebagai Menteri Kabinet Satu Malaysianya, maka berikanlah kerusi Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis kepada seorang lagi Ketua UMNO Bahagian yang ada dan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan setakat ini iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin supaya MB 'Haram' Md.Isa dapat menumpukan tugas terbaik sebagai 'khalifah' Empayar Barlisiyyah dan Shahidan Kassim pula menumpukan tugasan sebagai Penasihat Perdana Menteri Untuk NCER. Selesai masalah perebutan kuasa 'Amirul-Amnuyyin' ini.

Nasihat saya kepada Kuda Tua UMNO, jangan bercakap tentang hal yang memungkinkan anda dikatakan meneruskan 'Drama Sembah Mohon Derhaka' Bahagian Kedua kerana Paduka Tuanku Raja Jamalullail sedang bergumbira dengan kelahiran Pewaris Takhta Kerajaan Baginda. Usah tuan hamba 'sepoilkan' pesta tersebut.

Pesan dari aku yang engkau kenali....

p/s; Sabar Tunggu Puak dari Kabilah mana yang akan buat 'police report' selepas ini.

Thx!

Tiada ulasan: