Mei 14, 2009

GEMPAR DAN HANGAT!!!!! FELDA CHUPING PERLIS BUANG PEKERJA RAKYAT TEMPATAN DAN GANTI DENGAN PEKERJA ASING BERMULA AWAL BULAN JUN INI..MALANGNYA MELAYU

Salam Bloggers!

Ini berita yang baru hari ini saya terima dari rakan-rakan seperjuangan. Perlis Plantation telah menamatkan hak pengurusan mereka dalam Industri Gula Perlis dan menyerahkan kepada Pihak FELDA yang mana kontrak mereka yang berjumlah lebih kurang 300 orang yang majoritinya BUMIPUTERA tidak akan disambung dan bakal digantikan dengan tenaga asing dari negara jiran.

Hahahaha! Inilah yang dikatakan "SEMANGAT SATU MALAYSIA! RAKYAT DIDAHULUKAN! PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!! Setakat ini tiada sebarang perubahan dan saya yakin pihak PM RAKYAT yang baru digelar tidak mengetahui KEZALIMAN PENGURUSAN FELDA CHUPING PERLIS menamatkan kontrak yang bermakna pemberhentian kerja beramai-ramai tanpa jaminan akan diberi atau mendapat pekerjaan yang baru selepas ini. Saya menggunakan kesempatan berblog ini untuk menyeru kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan terus dengan PM RAKYAT agar dapat memberitahu beliau sebelum tindakan pembuangan pekerja ini kekal dan menjadi satu kemelut khususnya di kawasan FLEDA CHUPING PERLIS yang terkenal dengan KUATNYA UMNO sejak dari dahulu. Tolonglah, saya merayu agar suara mereka didengar melalui blog saya yang kerdil ini. Kerja pemimpin tengok sahaja rakyat menderita?? entahlah...tidak semua sebegitu caranya...Media??? Biasalah, ada 'value' baru sampai..Tak percaya kita tunggu dua tiga hari ini...TV mana yang akan buat liputan DEMI SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!!!!

TERIMA KASIH!!!!!!

1 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

salam tuan,
harap dapat tuan terus mendedahkan hal-hal sebegini bagi membela nasib bangsa, dan sama-sam lah kita mencari jalan penyelesaiannya, tak silap ada sahabat di sana syed mohamad sebagai orang besar jugak la kat kilang gula di chuping tu..kena contact dia untuk cerita lanjut.
apapun thanks kerana menulis dan masih sempat menjengah ke blog kerdil saya
salam perjuangan